Qabil Khushry Qabil Igam
Qabil Khushry Qabil Igam ialah sebuah filem drama Malaysia yang mula ditayangkan pada 8 Februari, 2007. Edaran Grand Brilliance
Qabil Khusry Qabil Igam | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | Zaili Sulan |
Penulis | Azlina Pa'wan |
Lakon layar | Zaili Sulan |
Dihasilkan oleh | Azlina Pa'wan |
Dibintangi | |
Sinematografi | Indra Che Muda |
Disunting oleh | KRU Film |
Diedarkan oleh | Grand Brilliance |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
SinopsisSunting
Sebuah kisah cinta yang berkisah tentang dua orang adik-beradik bernama Qabil Khushry dan Qabil Igam, anak kepada Ismail dan Tijah. Qabil Khushry amat sayang akan adiknya semenjak dari adiknya di dalam kandungan ibunya. Ketika dewasa, Rani jatuh hati kepada Khushry manakala adiknya, Karisma memuja Igam walaupun pada awalnya Karisma tidak dapat menerima kenalan Igam. Bagaimanapun, kerana satu kesilapan, mereka sekeluarga bagaikan tersepit, lalu satu keputusan terpaksa dibuat yang membabitkan satu pergorbanan yang besar.
PelakonSunting
- Rusdi Ramli sebagai Qabil Igam
- Hans Isaac sebagai Qabil Khursy
- Erra Fazira sebagai Karisma
- Ziana Zain sebagai Rani
- Rahim Razali sebagai Ismail
- Fauziah Nawi sebagai Tijah
- Hisham Ahmad Tajuddin sebagai Saat
- Maimon Mutalib sebagai Cik Som
- Izi Yahya sebagai Asrul