Qibla Cola merupakan sejenis minuman ringan berperasa kola keluaran Qibla Cola Company, yang beribu pejabat di Derby, England. Syarikat ini membezakan dirinya daripada produknya dengan syarikat yang lain dari segi pendirian etika. Hampir 10% keuntungan syarikat ini akan disumbang ke yayasan kebajikan.

Qibla-Cola
JenisKola
PengeluarQibla Cola Company
Negara asalFlag of the United Kingdom.svg United Kingdom
DiperkenalkanJanuary 2003
Produk berkaitanCoca-Cola, Zam Zam Cola, Mecca Cola

PengarahSunting

Syarikat ini mempunyai dua orang pengarah iaitu Zahida Parveen and Zafer Iqbal yang juga pasangan sepupu. Zahida Parveen sudah lama terbabit dengan kebajikan orang ramai dan bertekad untuk menyumbang 10% keuntungan syarikat kepada orang ramai atas dasar derma.

PelancaranSunting

Qibla Cola telah dilancarkan di UK bermula Februari 2003. Produk Qibla Cola dapat dilancarkan ke seluruh negara dalam masa hanya sebulan. Keajaiban ini dihebahkan pihak media dan sampai ke luar negara.

Perjanjian telah dibuat dengan lain-lain negara di Eropah, Amerika Utara and Asia, iaitu Kanada, Belanda, Pakistan, Bangladesh dan Malaysia.

FalsafahSunting

 
Poster iklan Qibla Cola.

Qibla Cola's mempunyai strategi pemasaran dan visi korporat yang cuba untuk memenuhi keinginan penggunaan bertanggungjawab. Mereka mendakwa menyediakan pilihan kepada pengemar kola yang risau akan kandungan serta etika kola yang disediakan kilang-kilang tempatan. Syarikat Qibla juga berjanji akan membuat sumbangan kemanusiaan hasil purata keuntungan.

Badan pengarah Qibla Company mengatakan nama "Qibla" adalah untuk menarik minat orang-orang Islam yang juga bermaksud kiblat/arah. Pihak Qibla Company turut menyebut yang produknya lebih terkenal di pasaran dunia Islam daripada tempat pelancarannya sendiri. Ini kerana produknya lebih terjamin kehalalannya.

Perkataan kiblat datang daripada perkataan Kiblat yang digunakan Muslim untuk bersolat iaitu ke Masjidil Haram yang terletak di Kota Suci Mekah.

Tambahannya lagi, perkataan Qibla dikatakan berasal daripada nama keluarga salah satu daripada penciptanya kerana ia merupakan anagram untuk Iqbal.

Selain berperisa kola, terdapat juga perisa lain iaitu:

  • Qibla Mango
  • Qibla Guava
  • Qibla Fantasy (oren)
  • Qibla 5 (lemon-limau)
  • Qibla Water (air mineral)

Pesaing kuat bagi Qibla Cola ialah Zam Zam Cola yang terletak di Iran selain Coca-Cola dan Pepsi Cola yang berada di Amerika Syarikat.

KemajuanSunting

Operasi di Malaysia, Pakistan dan Bangladesh dijalankan secara bebas.

Cawangan UK syarikat ini diletakkan di bawah pentadbiran pada September 2005 selepas pemiliknya mendakwa tindakan anti-persaingan dari pesaing.

Pautan luarSunting