Qinasrin (Arab: قنسرين, Templat:Lang-syr; Qinnašrīn, Latin: Chalcis ad Bellum, juga dieja sebagai Qinsyren, Qinnasyrin, Qennesyren), ialah sebuah bandar purba di utara Syria. Ia mendapat nama sebagai pusat agama dan budaya Kristian Syriac sebelum kedatangan Islam. Qinasrin purba ialah tempat lahir ahli falsafah Neoplatonisme abad ke-3, Iamblichus.

Bandar ini terletak 25 kilometer (16 bt) di barat daya Aleppo, di tebing barat Sungai Quwaiq ((Arab: قويق‎). Pada zaman Byzantine (juga digelar Rum dalam penulisan Arab lama) bandar ini mempunyai jalan besar yang menghubungnya dengan Aleppo. Ia masyhur dengan sekolah teologi dan biara Kristian Syriac pada zaman itu.

Bandar ini menjadi pangkalan tentera Islam selepas ditawan tentera Muslim dan akhirnya ditinggalkan. Runtuhan bandar ini tertanam di bawah binaan kampung Syria moden bernama Hadir.

Lihat juga sunting


Rujukan sunting

  • Phenix, Robert R. (2008). The sermons on Joseph of Balai of Qenneshrin: rhetoric and interpretation in fifth-century Syriac literature. Mohr Siebeck. m/s. 52–54. ISBN 978-3-16-149676-9.

Pautan luar sunting

Koordinat: 35°59′55″N 36°59′53″E / 35.99861°N 36.99806°E / 35.99861; 36.99806


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.