Qu Yuan ( s. 340 SM – 278 SM)[1] merupakan seorang penyair dan bangsawan Cina di Negara Chu semasa Zaman Negara Berperang. Beliau terkenal dengan patriotisme dan sumbangannya terhadap puisi dan prosa Cina klasik, terutamanya melalui puisi-puisi yang terkandung dalam antologi Chu Ci (juga dikenali sebagai Himpunan Lagu Negara Chu): yang merupakan sebuah jilid puisi-puisi yang dikaitkan dengan atau dianggap diilhamkan oleh penulisan rangkap prosanya. Bersama-sama dengan Shi Jing, Chu Ci merupakan salah satu daripada dua koleksi prosa Cina purba yang terbesar. Dia juga diingati berkaitan dengan asal usul Perayaan Duan Wu.

Qu Yuan
Lukisan potret Qu Yuan oleh Chen Hongshou (abad ke-17 M)
Lukisan potret Qu Yuan oleh Chen Hongshou (abad ke-17 M)
Lahirsekitar 339 SM
Negara Chu, yakni di Daerah Zigui, Hubei, China pada hari ini
Meninggal dunia278 SM (berusia 62 tahun)
Sungai Miluo
PekerjaanPenyair, ahli politik
Qu Yuan
Bahasa Cina: 屈原

Butiran sejarah tentang kehidupan Qu Yuan adalah sedikit, dan kepengarangannya terhadap banyak puisi pada Chu Ci telah dipersoalkan oleh para sarjana.[2] Walau bagaimanapun, dia diterima secara meluas untuk menulis sebuah puisi bertajuk "Li Sao" (bermaksud "Meratapi Kehibaan") di bawah koleksi Chu Ci. Rujukan pertama yang diketahui tentang Qu Yuan muncul dalam puisi yang ditulis pada 174 SM oleh Jia Yi, yang merupakan seorang pegawai dari Luoyang yang difitnah oleh para pegawai yang cemburu dan dibuang ke Changsha oleh Maharaja Wen dari Han. Semasa dalam perjalanan, dia menulis puisi yang menggambarkan nasib yang seakan dengan "Qu Yuan".[3] Lapan puluh tahun kemudian, biografi pertama yang diketahui tentang kehidupan Qu Yuan muncul dalam kitab sejarah dinasti Han bernama Shiji yang ditulis oleh Sima Qian, walaupun ia mengandungi beberapa butiran yang bercanggahan.[4]

Rujukan sunting

Petikan sunting

  1. ^ CUHK (2007).
  2. ^ Zhao Kuifu 趙逵夫, "Riben xin de Qu Yuan founding lun Chansheng de Lishi Beijing yu Sixiang Genyuan Chutan" 日本新的 "屈原否定論" 產生的歷史背景與思想根源初探, in Fuyin Baokan Ziliao, Zhongguo Gudai Jindai Wenxue Yanjiu 複印報刊資料,中國古代近代文學研究, (1995: 10): 89–93.
  3. ^ Quoted in Ban Gu's Book of Han biography of Jia Yi 《漢書·賈誼傳》, also appears in Wenxuan, "Diào Qū Yuán fù" 弔屈原賦.
  4. ^ Hawkes (1959).

Bibliografi sunting

  • "Qu Yuan", China: Five Thousand Years of History and Civilization, Kowloon: City University of Hong Kong Press, 2007, m/s. 205–6, ISBN 9789629371401
  • Davis, Albert Richard, penyunting (1970), The Penguin Book of Chinese Verse, London: Penguin Books.
  • Guo Moruo (1952), 《屈原》 [Qu Yuan], Beijing: Renmin Wenxue Chubanshe. (dalam bahasa Bahasa Cina)
  • Hartman, Charles (1986). "Ch'ü Yüan 屈原". The Indiana Companion to Traditional Chinese Literature, Volume 1. Bloomington: Indiana University Press. m/s. 352. ISBN 0-253-32983-3.
  • Hawkes, David (1959), Ch'u Tz'u: The Songs of the South, an Ancient Chinese Anthology, Oxford: Clarendon Press.
  • Hawkes, David (1974), "The Quest of the Goddess", Studies in Chinese Literary Genres, Berkeley: University of California Press, m/s. 42–68, ISBN 0-520-02037-5.
  • Hinton, David (2008), Classical Chinese Poetry: An Anthology, New York: Farrar, Straus, & Giroux, ISBN 978-0-374-10536-5.
  • Kern, Martin (2010). "Early Chinese literature, Beginnings through Western Han". The Cambridge History of Chinese Literature, Volume 1: To 1375. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 1–115. ISBN 978-0-521-11677-0.
  • Knechtges, David R. (2010). "Qu Yuan 屈原". Ancient and Early Medieval Chinese Literature: A Reference Guide, Part One. Leiden: Brill. m/s. 745–749. ISBN 978-90-04-19127-3.
  • Wen Yiduo (1956), "人民的詩人一屈原 [Rénmín de Shīrén—Qū Yuán, Qu Yuan: The People's Poet]", 《神話與詩》 [Shénhuà yú Shī, Mythology & Poetry], Guji Chubanshe. (dalam bahasa Bahasa Cina)
  • Yip Wai-lim (1997), Chinese Poetry: An Anthology of Major Modes and Genres, Durham: Duke University Press, ISBN 0-8223-1946-2.
  • Zhang Zongyi (1957), 《屈原舆楚辭》 [Qū Yuán yú Chǔcí, Qu Yuan and the Songs of Chu], Changchun: Jilin Renmin Chubanshe. (dalam bahasa Bahasa Cina)

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting