RTB Aneka
RTB Aneka (dahulu dikenali sebagai Saluran 10 dan Saluran 11, RTB2 dan RTB3 HD)[1] ialah saluran televisyen terestrial di Brunei. Saluran itu secara rasminya memulakan siaran pada 23 Februari 2006.
Negara | Brunei |
---|---|
Kawasan siaran | Brunei juga terdapat di Malaysia Timur (bahagian utara negeri Sarawak dan wilayah pulau Labuan) |
Slogan | Varia Pilihan |
Ibu pejabat | Bangunan Sekretariat, Bandar Seri Begawan, Brunei |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | Melayu (rasmi/utama/nasional) Inggeris (rasmi/utama/nasional) |
Format gambar | 1080i (16:9/HDTV) |
Pemilikan | |
Pemilik | Radio Televisyen Brunei |
Saluran kembar | RTB Perdana RTB Sukmaindera |
Sejarah | |
Dilancarkan | 23 Februari 2006 | sebagai Saluran 10 dan Saluran 11 dan RTB2
Ditutup | 30 Jun 2017 31 Disember 2017 sebagai Saluran 11 (Analog) | sebagai Saluran 10 (Analog)
Nama dahulu | Saluran 10 (23 Februari 2006-30 Jun 2017) Saluran 11 (23 Februari 2006-31 Disember 2017) RTB2 (21 April 2010-10 April 2017) RTB3 HD (1 Januari 2010-10 April 2017) |
Pautan | |
Laman web | www.rtb.gov.bn |
Ketersediaan | |
Terestrial | |
![]() | Saluran 856 (HD) (Sarawak dan Labuan Sahaja) |
Media penstriman | |
RTB GO | Tonton secara langsung |
Ini juga bagi melihatkan Brunei juga mampu berdaya saing dalam produk televisyen seperti Perbadanan Penyiaran British iaitu BBC Two.
Mengenai RTB AnekaSunting
Siaran RTB2 dari 23 Februari 2006 hingga 8 Julai 2009 selama 4 jam 45 minit dari pukul 6:45 petang hingga 10:45 malam setiap hari.
Siaran RTB2 dari 9 Julai 2009 hingga 11 April 2017 selama 14 jam dari pukul 10:00 pagi hingga siaran tamat setiap hari.
Siaran RTB Aneka dari 11 April 2017 hingga 1 Ogos 2020 selama 13 jam dari pukul 10:00 pagi hingga 11:00 malam setiap hari.
Siaran RTB Aneka selama 13 jam dari pukul 10:00 pagi hingga 11:00 malam pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu dan selama 15 jam dari pukul 8:00 pagi hingga 11:00 malam pada Jumaat dan Ahad.
Pada 11 April 2017, RTB2 bersama-sama dengan stesen kembar RTB3 HD rasmi digabungkan dan dinamakan semula sebagai RTB Aneka sebagai sebahagian daripada projek penjenamaan semula RTB serta peralihan penyiar dari analog ke penyiaran digital.[1]
Kepada penonton RTB Aneka di Sarawak dan Labuan, RTB Aneka kini bersiaran melalui terestrial percuma myFreeview di saluran 856 dalam format HD (definisi tinggi).
RTB GO Live, RTB Aneka, RTB Sukmaindera, Nasional FM, Pelangi FM, Pilihan FM, Harmoni FM dan Nur Islam telah rasmi tersedia melalui laman web RTB GO untuk dilihat didalam dan luar Brunei.
RancanganSunting
BeritaSunting
- Sukan Antarabangsa (Tayangan serentak RTB Sukmaindera).
- Berita Perdana (Rakaman dari RTB Perdana).
- Berita Dunia (Rakaman dari RTB Perdana).
DramaSunting
- Seindah Tujuh Warna Pelangi (Ulangan dari TV3).
- Patah Sayap Bertongkat Paruh (Ulangan dari Astro Ria).
SukanSunting
SejarahSunting
RTB Aneka bermula sebagai RTB2 secara rasminya dilancarkan pada 23 Februari 2006 sebagai Saluran 10 dan Saluran 11.
Lagu kebangsaanSunting
Pada pukul 10:00 pagi dan 11:00 malam setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu serta 08:00 pagi dan 11:00 malam setiap Jumaat dan Ahad lagu kebangsaan dimainkan sebagai pembukaan dan penutupan.
RujukanSunting
- ^ a b Fizah Hab (12 April 2017). "State broadcaster to revamp, digitise TV channels". Asia News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-28. Dicapai pada 4 February 2018.