RTB Sukmaindera
RTB Sukmaindera (televisyen ini dikenali sebagai RTB Brunei International dan RTB4 International) ialah saluran televisyen terestrial percuma di Brunei yang dimiliki penyiar Brunei oleh Radio Televisyen Brunei (RTB). Saluran ini secara rasminya mula bersiaran pada 9 Julai 2003 jam 3:00 petang.
Slogan | Colours of Brunei Darussalam (Warna-warna Brunei Darussalam) |
---|---|
Ketersediaan | |
Terestrial | |
![]() | Saluran 857 (HD) (Sarawak dan Labuan Sahaja) |
Penstriman | |
![]() | Tonton secara langsung |
Ini juga bagi melihatkan Brunei juga mampu berdaya saing dalam produk televisyen seperti Perbadanan Penyiaran British iaitu BBC World News.
Mengenai RTB Sukmaindera Sunting
Dilancarkan 9 Julai 2003 sebagai RTB Brunei International jam 1:00 pagi selama 24 jam.
Saluran ini menyiarkan rancangan tempatan terdiri daripada drama tempatan dan Melayu serta rancangan tempatan yang disediakan oleh Radio Televisyen Brunei.
RTB Sukmaindera menyiarkan sebuah buletin berita Inggeris 10:00 malam dengan saluran kembar RTB Perdana secara serentak.
Pada 9 Julai 2009, RTB Brunei International rasmi dinamakan semula sebagai RTB4 International.
Pada 11 April 2017, RTB4 rasmi dinamakan semula sebagai RTB Sukmaindera sebagai sebahagian daripada projek penjenamaan semula RTB serta peralihan penyiar dari analog ke penyiaran digital.
Kepada penonton RTB Sukmaindera di Sarawak dan Labuan, RTB Sukmaindera kini bersiaran melalui terestrial percuma myFreeview di saluran 857 dalam format HD (definisi tinggi).
RTB GO Live, RTB Aneka, RTB Sukmaindera, Nasional FM, Pelangi FM, Pilihan FM, Harmoni FM dan Nur Islam telah rasmi tersedia melalui laman web RTB GO untuk dilihat didalam dan luar Brunei.
Rancangan Sunting
Berita Sunting
- Berita Awal Pagi (Tayangan serentak RTB Perdana).
- Berita Jam 9 (segmen rancangan Rampai Pagi) (Tayangan serentak RTB Perdana).
- Berita Dunia 11 Pagi (Tayangan serentak RTB Perdana).
- Berita 11:30 Pagi (Tengah Hari) (kecuali Isnin hingga Khamis) (Tayangan serentak RTB Perdana).
- Sukan Antarabangsa (Tayangan serentak RTB Aneka).
- Berita Asean (Tayangan serentak RTB Perdana).
- Liputan Semasa (Tayangan serentak RTB Perdana).
- Berita Jam 3 Petang (Tayangan serentak RTB Perdana).
- Arena Sukan (Tayangan serentak RTB Perdana).
- Berita Dunia 4:30 Petang (Tayangan serentak RTB Perdana)
- Berita 5:45 (Tayangan serentak RTB Perdana).
- Berita Perdana (Tayangan serentak RTB Perdana).
- News at 10 (Tayangan serentak RTB Perdana).
Sejarah Sunting
RTB Sukmaindera bermula sebagai RTB Brunei International secara rasminya dilancarkan pada 9 Julai 2003 jam 1:00 pagi.
Lagu kebangsaan Sunting
Pada pukul 6:00 pagi dan 11:00 malam setiap hari bersama-sama dengan stesen kembar RTB Perdana lagu kebangsaan dimainkan sebagai pembukaan dan penutupan.