Buka menu utama

Adi Raïs Cobos Adrien M'Bolhi (lahir 25 April 1986), ataupun lebih dikenali sebagai Raïs M'Bolhi, merupakan pemain bola sepak Algeria yang bermain untuk Philadelphia Union dan pasukan kebangsaan Algeria. Beliau bermain di posisi penjaga gol.

Raïs M'Bolhi
Raïs M'Bolhi.JPG
Maklumat peribadi
Nama penuhAdi Raïs Cobos Adrien M'Bolhi[1]
Tarikh lahir (1986-04-25) 25 April 1986 (umur 33)
Tempat lahirParis, Perancis
Ketinggian1.90 m (6 ka 2+1316 in)
Posisi permainanPenjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkiniPhiladelphia Union
Nombor92
Kerjaya remaja
1995–2002Racing Paris
2002–2003Marseille
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2003–2005Marseille B47(0)
2005–2006Hearts0(0)
2006–2007Ethnikos Piraeus5(0)
2007–2008Panetolikos8(0)
2008–2009Ryūkyū22(0)
2009–2010Slavia Sofia27(0)
2010CSKA Sofia (pinjaman)10(0)
2010–2013Krylia Sovetov17(0)
2011–2012CSKA Sofia (pinjaman)28(0)
2013Gazélec Ajaccio (pinjaman)12(0)
2013–2014CSKA Sofia17(0)
2014–Philadelphia Union4(0)
Pasukan kebangsaan
2002–2003Perancis B17
2004Perancis B18
2010–Algeria32(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 19 Mei 2014.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 11 Jun 2014

Kehidupan awalSunting

M'Bolhi telah dilahirkan di Paris, Perancis. Bapa beliau merupakan orang Congo manakala ibu beliau orang Algeria. Walau bagaimanapun, ibu bapa beliau telah bercerai ketika beliau pada usia yang muda dan beliau membesar bersama ibu beliau yang berasal dari Bordj Bou Arreridj, Algeria. Beliau merupakan penganut agama Muslim.[2]

Kerjaya kelabSunting

Kerjaya awalSunting

M'Bolhi bermula bermain bola sepak ketika bersama RCF Paris. Kemudian, beliau menyertai Olympique de Marseille, namun beliau tidak membuat penampilan liga bersama Marseille sejak bersama kelab itu pada Januari 2006.

Selepas bersama Marseille, M'Bolhi ke kelab Scotland, Heart of Midlothian dalam perpindahan Januari.[3] Walau bagaimanapun, beliau tidak membuat sebarang penampilan bersama kelab tersebut dan dibenarkan pergi ke kelab lain.

M'Bolhi menandatangani bersama kelab Greece, Ethnikos Piraeus yang bertanding di Beta Ethniki. M'Bolhi membuat 5 penampilan bersama Ethnikos sebelum meninggalkan kelab itu pada musim sejuk untuk ke kelab sensasi, Panetolikos yang bertanding di Gamma Ethniki.

Pada tahun 2008, M'Bolhi bermain sebanyak 22 perlawanan untuk F.C. Ryūkyū di J. League.

Slavia SofiaSunting

Pada Mei 2009, kelab Bulgaria, Slavia Sofia menandatangani M'Bolhi dalam kontrak selama dua tahun. Beliau membuat debut bersama Slavia pada 14 Jun 2009 menentang Lokomotiv Sofia. Pada Januari 2010, M'Bohli telah dinamakan sebagai "Penjaga Gol Terbaik 2009" A PFG. Penyokong Slavia menamakan beliau sebagai pemain terbaik pada musim 2009–2010.

Pada 6 Mei 2010, M'Bohli menyertai perbicaraan selama dua hari bersama juara Inggeris, Manchester United tetapi tidak dipilih untuk memasuki skuad itu.[4] Pada 23 Jun 2010, kelab Inggeris Newcastle United melaporkan telah membida beliau sebanyak £1juta.[5] Pada 22 Julai, beliau berlatih bersama West Ham dalam kem latihan musim panas di Jerman.[6][7]

CSKA Sofia (pinjaman)Sunting

Beliau telah dipinjam oleh kelab CSKA Sofia pada 30 Ogos 2010 sehingga hujung tahun. Selepas aksi yang tidak memuaskan oleh Ivan Karadzhov dan Zdravko Chavdarov, M'Bolhi menjadi pilihan pertama penjaga gol untuk setengah musim pertama dan peringkat kumpulan Liga Eropah UEFA. M'Bolhi tidak bermain dalam aksi menentang kelab asalnya, Slavia Sofia dalam pusingan ketujuh A PFG Bulgaria.[8]

Krylia SovetovSunting

Pada 16 Disember 2010, M'Bolhi berpindah ke kelab Rusia, Krylia Sovetov Samara dengan menandatangani kontrak selama tiga setengah tahun. Debut beliau bersama Krylia pada 12 Mac 2011, apabila tewas 1-0 kepada Spartak Nalchik, gol yang dilakukan oleh Spartak Nalchik hanya gol dari kotak penalti. Selepas menandatangani Sergey Veremko, M'Bolhi mendapati dirinya tidak sesuai bersama kelab Rusia itu.[9]

CSKA Sofia (pinjaman)Sunting

Beliau telah dipinjam ke CSKA Sofia pada 2 Ogos 2011 untuk tempoh setahun dan menjadi pilihan pertama untuk pasukannya tetapi dipanggil semula oleh kelab Rusia. Ketika musim panas 2012, M'Bolhi kembali ke CSKA Sofia untuk menandatangani tetap.[10]

Gazélec Ajaccio (pinjaman)Sunting

Ketika pertengahan bulan Januari 2013, M'Bolhi telah dipinjam oleh kelab yang bertanding di Ligue 2, Gazélec Ajaccio.[11] Beliau membuat debut bersama Ajaccio pada 1 Februari 2013 menentang RC Lens, tewas 2-0.[12] Pasukannya telah turun ke Championnat National semasa pengakhiran musim dan beliau kembali semula ke CSKA Sofia pada musim panas 2013 dengan menandatangani kontrak tiga tahun.[13]

CSKA Sofia (kali ketiga)Sunting

M'Bolhi menjadi pilihan ketiga penjaga gol untuk pasukan "Armymen",[14] tetapi beliau memulakan aksi bersama CSKA Sofia pada akhir tahun 2013 selepas Tomáš Černý melakukan aksi tidak memuaskan.[15] Pada 8 Mac 2014, M'Bolhi tidak dibolos apabila menang tipis 1-0 ke atas Levski Sofia dalam aksi "The Eternal Derby" tetapi dibuang padang akibat mengasari Larsen Touré pada minit akhir perlawanan.[16] He continues to be a regular for Algeria.

Philadelphia UnionSunting

Pada 30 Julai 2014, M'Bolhi menandatangani kontrak baru bersama kelab Major League Soccer, Philadelphia Union.[17] M'Bohli kemudiannya telah diajak untuk ke Trabzonspor di mana terdapat pengurus Vahid Halilhodžić dan rakan sepasukan Carl Medjani.[18]

Walau bagaimanapun, penampilan sulungnya telah ditangguhkan sehingga 25 Ogos (4: 2 menang ke atas San Jose Earthquakes)[19] selepas beliau terlibat dalam satu kemalangan kereta di Paris, Perancis dan terpaksa menyelesaikan isu kertas kerja. M'Bolhi telah menyarung jersi nombor 92.[20][21]

Kerjaya antarabangsaSunting

 
M'Bolhi bersama Algeria ketika menentang England dalam kejohanan Piala Dunia FIFA 2010.

Beliau telah dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan bawah-17 Perancis pada November 2002 untuk perlawanan persahabatan menentang England.[22] Pada tahun 2003, beliau telah dipanggil untuk menentang Portugal dan Republik Czech.[23][24]

Pada Jun 2004, beliau telah menerima panggilan pertama untuk menyertai pasukan bawah-18 Perancis dalam satu kejohanan di Salerno.[25]

Beliau telah dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan Algeria tetapi tidak dibenarkan oleh kelab beliau, Olympique de Marseille.[26] Pada 4 Mei 2010, pengurus Algeria, Rabah Saâdane mengumumkan senarai 25 pemain yang akan berlatih di Crans-Montana, Switzerland dari 13 hingga 27 Mei, M'Bolhi turut termasuk.[27][28]

Pada 28 Mei 2010, M'Bohli membuat debut untuk Algeria ketika menentang Ireland, tewas 3-0. Beliau memasuki padang pada separuh masa kedua dan beliau telah dibolos hanya satu gol dari sepakan penalti oleh Robbie Keane.[29] Beliau membuat penampilan kedua bersama Algeria dalam Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan ketika menentang England. M'Bolhi bermain dengan cemerlang tanpa sebarang bolos, Algeria seri 0-0.[30]

Gol Landon Donovan pada minit ke-91 menamatkan impian Algeria untuk mara ke peringkat kalah mati. Amerika Syarikat menumpaskan Algeria 1-0 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan membuatkan Algeria tersingkir dari kejohanan itu.[31]

Pada 11 Ogos 2010, M'Bolhi membuat kaps keempatnya bersama Algeria apabila tewas 2-1 kepada Gabon dalam satu perlawanan persahabatan.[32]

Beliau telah dipilih untuk menjadi penjaga gol dalam dua perlawanan pertama kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2012 dan kelayakan Piala Dunia 2014.[33]

Pada 9 September 2012, M'Bolhi menjadi kunci untuk Algeria menang 1-0 ke atas Libya dalam perlawanan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2013.[34] Beliau juga menjadi pilihan pertama untuk pasukannya dalam kejohanan Piala Negara-Negara Afrika 2013.[35]

M'Bolhi menjadi penjaga gol pilihan pertama Algeria dalam kejohanan Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil di mana Algeria layak ke peringkat kalah mati buat pertama kali dalam sejarah. Penampilannya dalam pusingan 16 menentang Jerman dengan 11 selamat tetapi Algeria tewas 2-1. Namun, M'Bolhi dianugerahkan sebagai "Pemain Terbaik Perlawanan".[36][37]

Statistik kerjayaSunting

Sehingga 31 Julai 2014.
Kelab Musim Divisyen Liga Piala Benua Jumlah
Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol
Hearts 2006–07 Liga Perdana Scotland 0 0 0 0 0 0 0 0
Ethnikos Piraeus 2006–07 Beta Ethniki 5 0 0 0 5 0
Panetolikos 2007–08 8 0 0 0 8 0
Ryūkyū 2008–09 J. League 22 0 0 0 22 0
Slavia Sofia 2008–09 A PFG 1 0 0 0 1 0
2009–10 25 0 3 0 28 0
2010–11 1 0 0 0 1 0
CSKA Sofia (pinjaman) 10 0 0 0 6 0 16 0
Krylia Sovetov 2011–12 Liga Perdana Rusia 17 0 0 0 17 0
CSKA Sofia (pinjaman) 2011–12 A PFG 28 0 2 0 2 0 32 0
Gazélec Ajaccio (pinjaman) 2012–13 Ligue 2 12 0 0 0 12 0
CSKA Sofia 2013–14 A PFG 17 0 2 0 0 0 19 0
Philadelphia Union 2014 Major League Soccer 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah kerjaya 139 0 7 0 8 0 154 0

PenghargaanSunting

RujukanSunting

  1. ^ name="List of Players">"List of Players" (PDF). FIFA. Dicapai 2010-07-13. 
  2. ^ name=Djazair
  3. ^ Hearts add 7 more new players BBC Sport, 1 February 2006. Accessed 16 October 2006.
  4. ^ Fergie prepares for clear out – Manchester United News
  5. ^ Newcastle United interested in Algeria & Slavia Sofia goalkeeper Rais M'Bolhi – report "Goal.com", 23 June 2010. Accessed 26 June 2010.
  6. ^ "Hammers looking at M'Bohli". Sky Sports. 22 July 2010. 
  7. ^ Davies, Christopher (22 July 2010). "Avram Grant checking out Algeria keeper Rais M'Bolhi at West Ham training camp". Daily Mail. London. 
  8. ^ Savov, Mihail. "Венци: М'боли няма право да играе срещу "Славия", Богомил Дяков и Виктор Генев след време ще стават за национали". topsport.bg. Dicapai 31 July 2014. 
  9. ^ ""Крылья Советов" отдали в аренду алжирского вратаря М'Боли". goals.by (Belarusian portal). Dicapai 10 June 2014. 
  10. ^ "ЦСКА отказа Мболи, продават Присо и Шеридън при първа възможност". sportal.bg. Dicapai 1 March 2013. 
  11. ^ "Голкипер "Крыльев Советов" Мболи отдан в аренду в "Газелек Аяччо"". sports.ru. Dicapai 16 February 2013. 
  12. ^ "Raïs M'Bolhi Ouhab match log". soccerway.com. Dicapai 1 March 2013. 
  13. ^ "Официално: М'Боли се върна в ЦСКА, подписа договор за три години". topsport.bg. 8 August 2013. Dicapai 11 July 2014. 
  14. ^ "ЦСКА не пуска Мболи, алжирецът иска да напусне". topsport.bg. Dicapai 9 June 2014. 
  15. ^ "Мболи записа рекорд в ЦСКА, изпревари Томас Черни". topsport.bg. Dicapai 9 June 2014. 
  16. ^ "Levski Sofia vs. CSKA Sofia Matchcast". topsport.bg. 8 March 2014. Dicapai 11 July 2014. 
  17. ^ Philadelphia Union Communications. "Philadelphia Union acquire FIFA World Cup veteran goalkeeper in Algerian Rais Mbolhi, veteran led Algeria to the knockout round 2014 FIFA World Cup". Philadelphia Union official website. Dicapai 31 July 2014. 
  18. ^ "M'BOLHI, MEDJANI SET TO JOIN VAHID AT TRABZONSPOR". African Football Official Website. 15 July 2014. Dicapai 28 August 2014. 
  19. ^ "Philadelphia Union vs. San Jose 4:2". flashscore.com. 25 August 2014. Dicapai 6 September 2014. 
  20. ^ "Car accident delays Mbolhi's return to Philadelphia Union". Soccer Ly Website. 19 August 2014. Dicapai 28 August 2014. 
  21. ^ "M'Bolhi debuts for Union in win over San Jose". Philly.com. 26 August 2014. Dicapai 28 August 2014. 
  22. ^ "Liste des joueurs retenus !". fff.fr. Dicapai 8 August 2011. 
  23. ^ "Liste des joueurs retenus". fff.fr. Dicapai 8 August 2011. 
  24. ^ "La liste des joueurs retenus". fff.fr. Dicapai 8 August 2011. 
  25. ^ "Les joueurs retenus". fff.fr. Dicapai 8 August 2011. 
  26. ^ name=Djazair>Djazair News Interview
  27. ^ ONLINESPORT. ro – Manchester United l-a suflat Stelei pe M'Bohli
  28. ^ Novinite.com – Manchester United Take Slavia Sofia Goalie on Loan
  29. ^ "Republic of Ireland 3 Algeria 0: match report". Telegraph newspaper. Dicapai 18 February 2014. 
  30. ^ "World Cup 2010: England v Algeria - as it happened". The Guardian. Dicapai 9 June 2014. 
  31. ^ "Tactical Line-up – Group C: USA - Algeria 1:0" (PDF). Fédération Internationale de Football Association. Dicapai 16 April 2014. 
  32. ^ "Algeria: Saâdane makes slight changes". CAF Online. Dicapai 20 May 2014. 
  33. ^ "Adi MBOLHI - tournament statistics". FIFA official website. Dicapai 4 May 2014. 
  34. ^ "AFCON 2013 Qualifier: Libya lose to last-gasp goal against Algeria". Tripoli Post. Dicapai 20 May 2014. 
  35. ^ "African Nations Cup 2013". RSSSF. Dicapai 20 May 2014. 
  36. ^ African bravery, European victories
  37. ^ We've entered the history of Algerian football: keeper M'Bolhi

Templat:Skuad Philadelphia Union