Rab Khalid
Pelakon komedi Malaysia
Khalid bin Shamsuri (5 Disember 1970 – 25 Januari 2018) atau lebih dikenali sebagai Rab Khalid atau Yeh Sekupang merupakan seorang pelakon komedi Malaysia. Gelaran Yeh Sekupang pula merupakan watak lakonannya dalam Rumah Pusaka Di Simpang Jalan arahan Mamat Khalid.[2]
Rab Khalid | |
---|---|
Kelahiran | Khalid bin Shamsuri 5 Disember 1970[1] Parit Buntar, Perak, Malaysia |
Meninggal dunia | 25 Januari 2018 | (umur 47)
Sebab kematian | serangan jantung |
Nama lain | Yeh Sekupang |
Pekerjaan | Pelawak |
Tahun aktif | 2009–2018 |
Rab berasal dari Parit Buntar, Perak. Anak kedua daripada enam beradik ini amat dikenali dengan lakonan komedi bersahaja menerusi beberapa karya Mamat seperti Hantu Kak Limah Balik Rumah, Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit, Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya dan 16 Puasa.[3]
Beliau disahkan meninggal dunia di Unit Penjagaan Koronari (CCU) Hospital Ampang akibat serangan jantung pada 25 Januari 2018.[4]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2010 | Hantu Kak Limah Balik Rumah | Yeh Sekupang | |
2013 | Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit | ||
2015 | Rumah Pusaka Di Simpang Jalan | ||
2018 | Hantu Kak Limah | Dikeluarkan secara anumerta | |
2020 | Manap Karaoke | Taiko Tai |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2014 | Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya | Yeh | Astro First Ekslusif |
2017 | 16 Puasa | ||
2018 | The Hantus | Din Pekak |
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2019 | Festival Filem Malaysia ke-30 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Hantu Kak Limah 3 | Tercalon |
RujukanSunting
- ^ Jamil Mutalib (8 November 2011). "Rab Khalid". Facebook. Diarkib daripada yang asal pada 25 Ogos 2018. Dicapai pada 25 Ogos 2018. Parameter
|dead-url=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan) - ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (25 Januari 2018). Rab Khalid meninggal dunia Utusan Malaysia. Diperoleh pada 26 Januari 2018.
- ^ Norhayati Nordin (25 Januari 2018). Rab Khalid kritikal Harian Metro. Diperoleh pada 26 Januari 2018.
- ^ Norhayati Nordin (25 Januari 2018). Yeh Sekupang sudah tiada Harian Metro. Diperoleh pada 26 Januari 2018.