Rabab adalah alat muzik bertali tradisional khas Minangkabau di Sumatera Barat yang terbuat dari tempurung kelapa. Ia merupakan turunan alat sedia ada iaitu rebab diterapkan unsur-unsur baharu: bentuk alat ini menyerupai bentuk biola[1] namun sebaliknya masih dimainkan sama seperti rebab Melayu dengan busur gesek yang rupa sama serta secara duduk bersila.[2]

Pemain rabab dengan rababnya

Alat ini berperanan khusus dalam suatu seni persembahan khas di mana pemain rabab memainkan rababnya dipadukan dengan suara pemain sendiri membawakan kisah dari berbagai cerita nagari atau dikenal dengan istilah kaba.[3]

Sejarah sunting

Peristilahan sunting

Alat muzik tersebut banyak ditemui di beberapa daerah di Indonesia dengan beberapa nama berbeza:[4]

  • di Sumatera Barat: rabab
  • di pulau Jawa: rebab
  • di Aceh: hereubab
  • di Sulawesi Selatan: gesok-gesok.

Perkembangan sunting

Alat muzik gesek ini diperkirakan berasal dari alat-alat muzik yang lazim dalam kalangan orang-orang Parsi dan Arab yang dibawa ke kepulauan Nusantara melalui para pedagang Arab ketika itu yang menjadikan ia sarana menyebarkan ajaran Islam;[5] para pedagang ini lazim singgah di Aceh dan dari sanalah alat ini dibawa ke Tanah Tinggi Minangkabau[2]

Pada awalnya, alat muzik rabab berbentuk mirip alatan yang sama keluarga dan bunyi sepertimana rebab-rebab Arab dan Melayu lainnya. Akan tetapi, kedatangan bangsa-bangsa Eropah termasuk Belanda, Inggeris, dan Portugis ke rantau kepulauan ini dengan alat biola mendorong kepada pembentukan alat yang berupa agak sama.[2]

Pertunjukan sunting

Dalam rabab memiliki komposisi tersendiri tergantung kepada lagu yang diinginkan dengan memainkan lagu yang bersifat kaba sebagai materi pokok atau melantunkan lagu tentang suatu kisah.[1] Lagu yang lahir tesebut merupakan ide gagasan yang berasal dari masyarakat yang berbeza namun ada dalam daerah yang sama. Muzik tradisional rabab pasisia biasanya dipertunjukan pada konteks upacara yang ada hubungannya dengan adat istiadat masyarakat pemiliknya, misalnya pada waktu majlis perkahwinan, turun mandi, dan upacara alek nagari.

Jenis persembahan sunting

Muzik seni rabab atau barabab[6] merupakan seni tradisi yang mula diwujudkan dalam kalangan kaum nelayan sebelum tersebar di beberapa daerah yang mengembangkan jenis dan ciri tertentu digemari masyarakat penduduk setempat.

Rabab darek sunting

Seni muzik ini berkembang di daerah darek Minangkabau meliputi luhak nan tigo.

Rabab piaman sunting

rabab piaman berkembang di daerah pesisir barat Minangkabau, yang meliputi daerah tepian pantai (pesisir) atau juga di sebut dengan rabab pasisia.

Rabab pasisia sunting

Rabab pasisia ("pesisir")[7] adalah seni yang terkenal berkembang asal secara bersejarahnya dari kabupaten Pesisir Selatan;[8] seni amat mengutamakan bentuk rabab yang mirip biola Portugis.[2] Dalam rabab pasisia, gesekan rabab beriringan dengan penyampaian cerita dalam gaya sijobang menceritakan nasib para lelaki merantau ke tanah-tanah jauh sepertimana yang lazim dalam budaya ini.[9] Pertunjukan ini membuka peluang untuk pemain alat muzik, penyanyi dan penonton untuk saling berinteraksi melalui syair dendang dan kaba, dalam ruang dan waktu pertunjukan yang mereka alami bersama.[10]

Rabab pasisia lebih variatif berbanding rabab piaman dengan kebolehan menghasilkan nuansa irama yang lebih beragam, bahkan dapat digabungkan dengan alat-alat muzik lain seperti gendang, chaar, rabano[9] dan juga saluang; hal ini menyebabkan rabab pasisia paling digemari antara jenis-jenis seni ini.[7] Seni ini banyak diminati pendengar[7] dan amatlah terkenal dan sering dipersembahkan di pasar-pasar, majlis keramaian seperti kenduri perkahwinan, malah disiarkan di radio mahupun dirakam dalam bentuk kaset-kaset yang terjual laris.[9] Namun, seni ini kurang dipedulikan apatah lagi mahu diteruskan generasi muda.[11]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Rabab". Direktorat Warisan dan Diplomasi Budaya. 2015-12-17. Dicapai pada 30 September 2020.
  2. ^ a b c d Agnes, Novita (2017-03-16). "Kesenian Rabab Sebagai Media Pembelajaran (Praktik Komunikasi Generasi Muda yang Menyaksikan Rabab dengan Perabab Melalui Kaba Lamang Tanjuang Ampalu di Kec. Kuranji Kota Padang)". Universitas Andalas. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan); Cite journal requires |journal= (bantuan)
  3. ^ "Rabab Seni "Bakaba" Masyarakat Pesisir". Padang Kita. 9 Januari 2017. Dicapai pada 29 September 2020.
  4. ^ "TRADISI MUSIK RABAB DI DAERAH PESISIR MINANGKABAU (RABAB PIAMAN DAN RABAB PASISIA)". webcache.googleusercontent.com. m/s. 2-5. Dicapai pada 2020-10-04.
  5. ^ Sylvana Toemon (20 Disember 2017). "Rebab, Alat Musik Gesek Berdawai Dua". Bobo. Dicapai pada 30 September 2020.
  6. ^ Rosa, Silvia (April 2017). "Rabab Pasisia Selatan di Minangkabau di Ambang Kepunahannya". Lokabasa (dalam bahasa Inggeris). 8 (1): 73–85. ISSN 2338-6193.
  7. ^ a b c "Rabab Pasisia Jadi Hiburan "Wajib" di Daerah Pesisir Selatan". SumbarFokus. 24 Oktober 2019. Dicapai pada 30 September 2020.
  8. ^ M. Hendra; Irwanda (29 Oktober 2019). "Biola Pasisia, Sampaikanlah Meskipun Berurai Air Mata". Kumparan. Dicapai pada 30 September 2020.
  9. ^ a b c Philips, Nigel (2013). "Professional Storytelling in West Sumatera". Dalam MacDonald, Margaret Read (penyunting). Traditional Storytelling Today: An International Sourcebook. Routledge. m/s. 136–137.
  10. ^ "Rabab Pasisia sebagai Pertunjukan Seni Tutur di Kabupaten Pesisir Selatan". webcache.googleusercontent.com. m/s. 3. Dicapai pada 30 September 2020.
  11. ^ Suryadi (12 Mac 2017). "'Rabab Pariaman': Senjakala Sebuah Genre Sastra Lisan Minangkabau". Cagak Utama. Padang Ekspres.