Rachel Anne McAdams (lahir November 17, 1978) ialah seorang pelakon Kanada. Selepas menamatkan pengajian program teater selama empat tahun di Universiti York pada tahun 2001, beliau pada awalnya bekerja dalam produksi filem dan televisyen Kanada seperti filem Perfect Pie (2002), My Name Is Tanino (2002) dan siri mini komedi Slings and Arrows. Pada tahun 2002, beliau membuat penampilan filem Hollywood pertama dalam filem komedi The Hot Chick. McAdams mula terkenal pada tahun 2004, muncul dalam Mean Girls dan The Notebook. Pada tahun 2005, beliau membintangi Wedding Crashers, Red Eye dan The Family Stone.

Rachel McAdams
McAdams pada tahun 2012
Kelahiran
Rachel Anne McAdams

(1978-11-17) 17 November 1978 (umur 45)
Ontario, Kanada
Pusat pendidikanUniversiti York
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2001–sekarang
Ketinggian163 cm (5 ka 4 in)

Selepas rehat selama dua tahun, McAdams muncul dalam dua filem dengan tayangan terhad pada tahun 2008; Married Life dan The Lucky Ones. Beliau kembali terkenal pada tahun 2009 dengan muncul dalam State of Play, The Time Traveler's Wife dan Sherlock Holmes. Pada tahun 2010, McAdams muncul dalam Morning Glory. Pada tahun 2011, beliau membintangi Midnight in Paris dan menyambung wataknya dalam Sherlock Holmes: A Game of Shadows. Beliau kemudiannya membintangi The Vow (2012) dan About Time. Pada tahun 2015, beliau muncul dalam Aloha dan Southpaw. McAdams membintangi sebagai Detektif Ani Bezzerides dalam musim kedua True Detective.

Kehidupan awal sunting

McAdams dilahirkan di Ontario kepada Sandra Kay (née Gale) dan Lance Frederick McAdams,[1][2][3][4][5][6] dan membesar di St. Thomas.[7] Beliau berketurunan Inggeris, Ireland, Scotland dan Wales.[8][9][10] McAdams merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik.[11] McAdams belajar di Sekolah Awam Myrtle Street dan kemudiannya Institut Kolej Central Elgin.[7][12]

McAdams bertekad untuk mempelajari kajian kebudayaan di Universiti Western Ontario[13] sebelum dipujuk oleh guru drama beliau bahawa kerjaya lakonan profesional merupakan satu pilihan yang baik.[7][14] Beliau mendaftar program teater empat tahun di Universiti York dan menamatkan pengajian dengan dengan Ijazah Sarjana Muda Seni pada tahun 2001.[15][16]

Karier sunting

2001–05 sunting

Pada tahun 2001, McAdams membuat penampilan televisyen pertamanya dalam Shotgun Love Dolls sebagai Beth Swanson. Beliau juga membuat penampilan filem Kanada pertama pada tahun itu dalam My Name is Tanino. McAdams kemudiannya mendapat pencalonan Anugerah Genie untuk wataknya sebagai Wendy Crewson versi remaja dalam Perfect Pie. Pada tahun 2002, beliau membuat penampilan filem Hollywood pertama dalam The Hot Chick bersama Rob Schneider dan Anna Faris.[17] Filem ini mengutip $54 juta di seluruh dunia.[18] Selepas itu, McAdams kembali ke Kanada untuk membintangi sebagai Kate McNeil dalam Slings and Arrows.[19] Beliau dikeluarkan daripada musim kedua program itu susulan kejayaannya di Amerika Syarikat.[16] Beliau menerima dua pencalonan Anugerah Gemini untuk lakonannya dalam program ini dan memenangi satu.[20]

2004–05 sunting

Peranan yang membuat McAdams terkenal datang pada tahun 2004 apabila beliau membintangi Mean Girls bersama Lindsay Lohan, Lacey Chabert dan Amanda Seyfried, diarahkan oleh Mark Waters. Filem ini mengutip $129 juta di seluruh dunia [21] dan mendapatkan McAdams dua Anugerah Filem MTV.[22] Selepas itu, McAdams membintangi The Notebook sebagai Allie Hamilton.[23] Pengambaran mengambil tempat pada lewat tahun 2002 sehingga awal 2003.[24] Filem ini mengutip lebih daripada $115 juta di seluruh dunia.[25] McAdams memenangi Anugerah Filem MTV dan empat Teen Choice Awards.[22][26]

Pada tahun 2005, McAdams membintangi Wedding Crashers bersama Owen Wilson, Vince Vaughn dan Bradley Cooper. Dari bajet produksi sebanyak $40 juta, filem ini mengutip lebih daripada $285 juta di seluruh dunia. Selepas itu, McAdams membintangi bersama Cillian Murphy dalam Red Eye. Selepas ditayang, filem ini yang dibuat atas bajet $26 juta mengutip lebih daripada $95 juta di seluruh dunia.[27] Pada lewat tahun 2005, McAdams membintangi The Family Stone bersama-sama Sarah Jessica Parker, Diane Keaton dan Paul Schneider.[28][29] Filem ini mencapai kejayaan komersial: ia menelan kos $18 juta untuk dibuat dan mengutip lebih daripada $92 juta di seluruh dunia.[30]

2006–08 sunting

 
McAdams di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2007

McAdams kembali ke karier filem pada tahun 2008 dan membintangi Married Life bersama Pierce Brosnan dan Chris Cooper dimana beliau melakonkan watak Kay Nesbitt.[31] Filem ini mendapat tayangan terhad dan gagal dalam box-office. Ia hanya mengutip lebih daripada $2 juta di seluruh dunia, gagal untuk mendapatkan balik bajet pengeluaran sebanyak $12 juta.[32]

Selepas itu, McAdams membintangi The Lucky Ones bersama Tim Robbins dan Michael Peña.[33] Filem ini juga mendapat tayangan terhad.[34][35] The Lucky Ones merupakan filem paling kurang berjaya dari segi komersial dalam karier McAdams sehingga tahun 2012, hanya mengutip $266,967 di seluruh dunia.[36]

2009–12 sunting

Pada tahun 2009, McAdams membintangi bersama Russell Crowe, Helen Mirren dan Ben Affleck dalam State of Play sebagai Della Frye.[37] Filem ini mengutip lebih daripada $87 juta di seluruh dunia.[38] Juga pada tahun 2009, McAdams membintangi bersama Eric Bana dalam The Time Traveler's Wife berdasarkan novel dengan tajuk yang sama.[39][40] Filem ini mencapai kejayaan komersial, mengutip lebih daripada $101 juta di seluruh dunia.[41] Pada lewat tahun 2009, McAdams membintangi Sherlock Holmes sebagai Irene Adler bersama Robert Downey, Jr. dan Jude Law.[42] Filem ini mencapai kejayaan komersial, mengutip lebih daripada $524 juta di seluruh dunia.[43]

 
McAdams ketika pembukaan Sherlock Holmes pada tahun 2009

Pada tahun 2010, McAdams membintangi bersama Diane Keaton dan Harrison Ford dalam Morning Glory diarahkan oleh Roger Michell. Filem ini mencapai kejayaan komersial, mengutip $58 juta di seluruh dunia berbanding bajet produksi sebanyak $40 juta.[44] Pada tahun 2011, McAdams membintangi Midnight in Paris bersama Owen Wilson dan Michael Sheen sebagai Inez. Filem ini merupakan filem pembukaan Festival Filem Cannes 2011.[45] Dengan bajet produksi sebanyak $17 juta, filem ini mengutip lebih daripada $151 juta di seluruh dunia.[46] McAdams menyambung wataknya sebagai Irene Adler dalam Sherlock Holmes: A Game of Shadows.[47] Filem ini mengutip lebih daripada $543 juta di seluruh dunia.[48] Pada tahun 2012, McAdams membintangi bersama Channing Tatum dalam The Vow.[49] Filem ini dengan bajet sebanyak $30 juta merupakan kejayaan komersial dan menjadi kutipan box office terbesarnya sebagai pelakon utama.[50] Filem ini mengutip lebih daripada $196 juta di seluruh dunia.[51][52]

2013–sekarang sunting

Pada tahun 2013, McAdams membintangi bersama Ben Affleck dalam To the Wonder.[53] Selepas itu, McAdams membintangi Passion bersama Noomi Rapace.[54] Pada lewat tahun 2013, McAdams membintangi About Time bersama Domhnall Gleeson[55].

Pada tahun 2014, McAdams membintangi bersama Philip Seymour Hoffman dalam A Most Wanted Man, diarahkan oleh Anton Corbijn.[56][57][58] Pada lewat tahun 2014, McAdams menerima bintang di Canada's Walk of Fame.[59][60]

Sejak bulan Jun 2015, McAdams membintangi sebagai Ani Bezzerides dalam musim kedua siri HBO True Detective bersama-sama Taylor Kitsch, Vince Vaughn dan Colin Farrell.[61]

Juga pada tahun 2015, McAdams membintangi bersama Bradley Cooper dan John Krasinski dalam Aloha,[62] dan bersama Jake Gyllenhaal dalam Southpaw.[63] Juga pada tahun itu, beliau merupakan salah seorang pelakon utama dalam Spotlight bersama Michael Keaton, Mark Ruffalo dan Stanley Tucci.[64] Filem-filem lain yang akan datang adalah Every Thing Will Be Fine bersama James Franco[65] dan The Little Prince.[66] Pada bulan September 2015, McAdams disahkan akan muncul dalam Doctor Strange[67] bersama-sama Benedict Cumberbatch.

Kehidupan peribadi sunting

McAdams menetap di Harbord Village kejiranan Toronto, Ontario, Kanada.[68] McAdams juga memegang kad hijau A.S. [69][70] McAdams mempunyai hubungan dengan Ryan Gosling bermula pertengahan tahun 2005 sehingga pertengahan 2007,[71] dan mereka kembali mempunyai hubungan singkat pada tahun 2008.[72][73] Beliau mempunyai hubungan singkat dengan pelakon Amerika Syarikat, Josh Lucas pada tahun 2009.[74] McAdams mempunyai hubungan dengan pelakon Wales, Michael Sheen bermula pertengahan tahun 2010 sehingga awal 2013.[75][76][77] Beliau mempunyai hubungan dengan pengurus muzik Kanada, Patrick Sambrook bermula pertengahan tahun 2013 sehingga pertengahan 2014.[78]

Filmografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Nota
2002 My Name is Tanino Sally Garfield
2002 Perfect Pie Patsy Grady (umur 15)
2002 The Hot Chick Jessica Spencer/Clive Maxtone
2004 Mean Girls Regina George
2004 The Notebook Allison "Allie" Hamilton
2005 Wedding Crashers Claire Cleary
2005 Red Eye Lisa Reisert
2005 The Family Stone Amy Stone
2007 Married Life Kay Nesbitt
2008 The Lucky Ones Colee Dunn
2009 State of Play Della Frye
2009 The Time Traveler's Wife Clare Abshire
2009 Sherlock Holmes Irene Adler
2010 Morning Glory Becky Fuller
2011 Midnight in Paris Inez
2011 Sherlock Holmes: A Game of Shadows Irene Adler
2012 The Vow Paige Collins
2012 Passion Christine Stanford
2012 To the Wonder Jane
2013 About Time Mary
2014 A Most Wanted Man Annabel Richter
2014 Take Me to the River Pencerita Dokumentari
2015 Every Thing Will Be Fine Sara
2015 The Little Prince The Mother Suara
2015 Aloha Tracy Woodside
2015 Southpaw Maureen Hope
2015 Spotlight Sacha Pfeiffer
2016 Doctor Strange

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Nota
2001 Shotgun Love Dolls Beth Swanson Pilot
2001 The Famous Jett Jackson Hannah Grant Episod: "Food for Thought"
2002 Guilt by Association Danielle Mason Filem televisyen
2002 Earth: Final Conflict Christine Bickwell Episod: "Atavus High"
2003–2005 Slings and Arrows Kate McNeil 7 episod
2015 True Detective Ani Bezzerides 8 episod

Rujukan sunting

  1. ^ "Monitor". Entertainment Weekly (1181). November 18, 2011. m/s. 34.
  2. ^ Rozen, Leah (October 29, 2010). "An Actress on the Brink of a Blockbuster". The New York Times. Dicapai pada June 15, 2011.
  3. ^ http://humphrysfamilytree.com/Royal/Notes/mcadams.pdf
  4. ^ "Birth announcement in The Ontario Free Press, December 17, 1978 issue". Dicapai pada May 14, 2012.
  5. ^ "Rachel McAdams Interview – The Notebook Movie". Movies.about.com. April 10, 2012. Dicapai pada May 23, 2012.
  6. ^ "Rachel McAdams Biography". People.com. Dicapai pada May 23, 2012.
  7. ^ a b c "Rachel McAdams' roots are in smalltown Ontario". Postmedia News. CanWest MediaWorks Publications Inc. May 22, 2007. Dicapai pada June 16, 2011.
  8. ^ "Rachel McAdams Talks Shooting In The Rain For About Time". Access Hollywood. October 28, 2013. Dicapai pada April 13, 2014.
  9. ^ "Photos: Rachel McAdams Canadian Cinema Darling". TLC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-08. Dicapai pada August 5, 2014.
  10. ^ Lipworth, Elaine (February 10, 2012). "Rachel McAdams: 'I love the British sense of humour'". London: The Telegraph. Dicapai pada August 31, 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  11. ^ Singer, Sally (January 2010), "The Notebook, Part Two", Vogue (8449), m/s. 92
  12. ^ "A Peek at Rachel's Third Grade "Notebook"". TMZ.com. March 14, 2007. Dicapai pada June 16, 2011. Italic or bold markup not allowed in: |work= (bantuan)
  13. ^ Forrest, Ben (June 14, 2013). "Rachel McAdams credits high school teachers for inspiration". London Free Press. Dicapai pada August 31, 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  14. ^ "The Notebook Movie – Rachel McAdams Interview". Movies.about.com. June 17, 2010. Dicapai pada August 5, 2011.
  15. ^ Rozen, Leah (October 29, 2010). "An Actress on the Brink of a Blockbuster". The New York Times. Dicapai pada June 16, 2011.
  16. ^ a b "Rachel's all the rage (MacLean's Interview July 14, 2005)". Proactorslab.com. July 14, 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-26. Dicapai pada January 11, 2012.
  17. ^ Singer, Sally (January 2010), "The Notebook, Part Two", Vogue (8449), m/s. 90
  18. ^ "The Hot Chick (2002)". Box Office Mojo. Dicapai pada February 4, 2012.
  19. ^ "DVD alert: Enjoy the delightful (and moving) backstage antics of 'Slings & Arrows'". Chicago Tribune. February 5, 2008.
  20. ^ "'Shattered City' big winner at Gemini Awards". CTV.ca. December 13, 2004. Dicapai pada March 17, 2012.[pautan mati kekal]
  21. ^ "Mean Girls". Box Office Mojo. Dicapai pada June 12, 2011.
  22. ^ a b "2005 MTV Movie Awards". MTV. Viacom. Dicapai pada June 10, 2011.
  23. ^ Wloszczyna, Susan (June 24, 2004). "Hot off 'The Notebook'". USA Today. Dicapai pada June 12, 2011.
  24. ^ Thompson, Bill (February 19, 2003). "'Notebook' pivotal for McAdams". The Post and Courier.
  25. ^ "Ryan Gosling". Boxofficemojo.com. Dicapai pada November 6, 2012.
  26. ^ Moss, Corey (August 16, 2005). "'Napoleon Dynamite,' Kelly Clarkson Win Big At Teen Choice Awards". MTV. Viacom. Dicapai pada June 10, 2011.
  27. ^ "Red Eye (2005)". Box Office Mojo. October 13, 2005. Dicapai pada January 11, 2012.
  28. ^ "Q&A with actress Rachel McAdams". chronicle.augusta.com. Associated Press. August 15, 2005. Dicapai pada January 11, 2012.
  29. ^ Bachrach, Judy (November 2005), "The Girl On Top", Allure (8429), m/s. 192
  30. ^ "The Family Stone (2005)". Box Office Mojo. March 30, 2006. Dicapai pada January 11, 2012.
  31. ^ "Rachel McAdams Interview for Married Life". The Cinema Source. March 11, 2008. Dicapai pada January 11, 2012.
  32. ^ "Married Life (2008)". Box Office Mojo. Dicapai pada August 5, 2011.
  33. ^ "Interview: Director Neil Buger on His Film "The Lucky Ones"". Knowshi.com. September 7, 2011. Dicapai pada January 14, 2012.[pautan mati kekal]
  34. ^ Kern, Laura (September 26, 2008). "Movie Review – 'The Lucky Ones' – Tim Robbins Finds Surprises and Epiphanies on a Road Trip – Review". Movies.nytimes.com. Dicapai pada August 5, 2011.
  35. ^ "The Lucky Ones :: rogerebert.com :: Reviews". Rogerebert.suntimes.com. September 25, 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-13. Dicapai pada August 5, 2011.
  36. ^ "The Luck Ones". Box Office Mojo. Dicapai pada June 11, 2011.
  37. ^ Zacharek, Stephanie (April 14, 2009). "State of Play". Salon.com. Salon Media Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-17. Dicapai pada June 10, 2011. Italic or bold markup not allowed in: |work= (bantuan)
  38. ^ "State of Play (2009)". Box Office Mojo. June 18, 2009. Dicapai pada January 11, 2012.
  39. ^ Fleming, Michael; McNary, Dave (April 17, 2007). "New Line finds its cast on 'Time'". Variety. Dicapai pada June 10, 2011.
  40. ^ Carroll, Larry (September 29, 2008). "Rachel McAdams Left Bookish By 'The Time Traveler's Wife'". MTV. Viacom. Dicapai pada June 10, 2011.
  41. ^ "The Time Traveler's Wife (2009)". Box Office Mojo. December 3, 2009. Dicapai pada January 11, 2012.
  42. ^ Wolf, Jeanne (August 11, 2009). "Rachel McAdams: Nudity Shouldn't Be A Big Deal". Parade. Parade Publications. Dicapai pada June 10, 2011.
  43. ^ "Sherlock Holmes (2009)". Box Office Mojo. Dicapai pada February 4, 2012.
  44. ^ "Morning Glory". Box Office Mojo. Dicapai pada June 10, 2011.
  45. ^ Leffler, Rebecca (February 2, 2011). "Woody Allen's 'Midnight in Paris' to Open Cannes Film Festival". The Hollywood Reporter. Dicapai pada June 9, 2011.
  46. ^ "Midnight in Paris (2011)". Box Office Mojo. Dicapai pada January 11, 2012.
  47. ^ Bierly, Mandi (February 4, 2011). "Rachel McAdams cameo confirmed for 'Sherlock Holmes' sequel". Entertainment Weekly. Dicapai pada June 9, 2011.
  48. ^ "Sherlock Holmes: A Game of Shadows (2011)". Box Office Mojo. December 16, 2011. Dicapai pada January 11, 2012.
  49. ^ "Rachel McAdams film The Vow shoots in Toronto". CBC News. Canadian Broadcasting Company. September 3, 2010. Dicapai pada June 9, 2011.
  50. ^ D. Zhea (March 4, 2012). "Rachel McAdams' Biggest Hit: THE VOW". Alt Film Guide. Dicapai pada May 22, 2012.
  51. ^ "Company Town". Los Angeles Times. February 12, 2012.
  52. ^ "The Vow (2012)". Box Office Mojo. February 10, 2012. Dicapai pada March 17, 2012.
  53. ^ Chitwood, Adam. "Terrence Malick's TO THE WONDER Aiming for April 2013 US Release". Collider. Dicapai pada August 31, 2013.
  54. ^ NANCY TARTAGLIONE, International Editor. "Brian De Palma Has 'Passion' For Rachel McAdams And Noomi Rapace –". Deadline.com. Dicapai pada January 11, 2012.
  55. ^ Kit, Borys (November 17, 2011). "Rachel McAdams to Star in Working Title's 'About Time' (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Dicapai pada May 23, 2012.
  56. ^ "It's 'About Time' For Rachel McAdams & Richard Curtis; Actress Lines Up Anton Corbijn's 'A Most Wanted Man' | The Playlist". Blogs.indiewire.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-13. Dicapai pada May 23, 2012.
  57. ^ Holdsworth, Nick (May 19, 2012). "Senator boards 'Wanted'". Variety. Dicapai pada May 23, 2012.
  58. ^ Fleming, Mike Jr. (July 30, 2013). "Lionsgate Acquires 'A Most Wanted Man'; John Le Carre Adaptation Stars Philip Seymour Hoffman And Rachel McAdams". Deadline.com. Dicapai pada August 31, 2013.
  59. ^ "Rachel McAdams". Canada's Walk of Fame. September 16, 2014. Dicapai pada September 16, 2014.
  60. ^ "Rachel McAdams, Ryan Reynolds slated for stars on Canada's Walk of Fame". CTV News. September 16, 2014. Dicapai pada September 16, 2014.
  61. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-03-04. Dicapai pada 2015-11-08.
  62. ^ Kit, Borys (April 11, 2013). "Rachel McAdams in Talks to Join Bradley Cooper in Cameron Crowe Romantic Comedy". The Hollywood Reporter. Dicapai pada August 31, 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  63. ^ Mike Fleming, Jr. (June 17, 2014). "'Southpaw' Adds Ex-Champ Victor Ortiz To Cast". Deadline.
  64. ^ Jeff Sneider,. "'Spotlight'". TheWrap.CS1 maint: extra punctuation (link)
  65. ^ Sneider, Jeff (August 20, 2013). "Rachel McAdams, Lilah Fitzgerald Join James Franco in Drama 'Every Thing Will Be Fine'". The Wrap. Dicapai pada August 31, 2013.
  66. ^ Dionne, Zach (June 5, 2013). "Lots of A-Listers You Love Will Voice The Little Prince Movie". Vulture.com. Dicapai pada August 31, 2013.
  67. ^ [1]
  68. ^ "Celebrity watch: Have you seen this woman?". Toronto Life. January 1, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-12. Dicapai pada February 22, 2012.
  69. ^ "Rachel McAdams ordered to 'stop making stupid movies' by US immigration official" November 1, 2010, Daily Mail
  70. ^ Singer, Sally (December 15, 2009). "Rachel McAdams: The Notebook, Part Two – Magazine". Vogue. Dicapai pada January 11, 2012.
  71. ^ Jones, Oliver (August 18, 2008). "Scoop". People. Dicapai pada February 4, 2012.
  72. ^ "Star Tracks – Friday, August 22, 2008 – The Hot Seat – McAdams and Gosling". People. August 22, 2008. Dicapai pada February 4, 2012.
  73. ^ Willard, Chris (December 16, 2008). "Source: Ryan Gosling Still Loves Rachel McAdams". People. Dicapai pada February 4, 2012.
  74. ^ Hahn, Laura (April 26, 2009). "Josh Lucas: Nothing Like Love in New York City – Josh Lucas". People. Dicapai pada December 12, 2011.
  75. ^ Slonim, Jeffrey. "Michael Sheen & Rachel McAdams Confirm They Are Dating". People.
  76. ^ Lainey Lui (September 12, 2012). "Rachel McAdams and Michael Sheen still going strong". Toronto: The Globe and Mail. Dicapai pada November 6, 2012.
  77. ^ Billups, Andrea. "Rachel McAdams and Michael Sheen Split". People.com.
  78. ^ Tillett, Andy (May 3, 2014). "Rachel McAdams kisses boyfriend Patrick Sambrook on tennis date". Daily Mail. London.

Pautan luar sunting