Raditz merupakan abang kepada Son Goku @ Kakarot. Wataknya kelihatan pada permulaan siri Dragon Ball Z @ Dragon Ball Kai. Dia mendedahkan kepada Goku bahawa mereka berdua adalah berketurunan Saiya dan tujuan sebenar Goku adalah untuk 'membersihkan' Bumi dengan membunuh semua penghuninya. Walau bagaimanapun, semasa kecil, Goku mengalami trauma yang teruk apabila dia terjatuh dari puncak sebuah bukit semasa Datuk Gohan membawanya berjalan-jalan. Sejak itu, Goku hilang ingatan mengenai misi asalnya. Raditz juga memarahi Goku kerana 'menghilang' ekornya. Ekor merupakan suatu kelebihan kepada pahlawan Saiya. Akhir sekali, Raditz maut setelah berjaya dikalahkan Goku bersama Pikolo.