Radix Fried Chicken

Radix Fried Chicken atau RFC ialah sebuah rangkaian restoran makanan segera berasaskan ayam yang mempunyai pusat operasi di Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah. Syarikat ini diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad iaitu Pengarah Urusan I HPA Industries Sdn Bhd pada 26 Mei 2008. Radix Fried Chicken mula beroperasi mulai 1 Jun 2008. Kini,[bila?] Radix Fried Chicken atau RFC telah mempunyai cawangan di luar negara seperti di Arab Saudi. Selain itu, Radix Fried Chicken juga terkenal dengan menu kopinya iaitu Kopi Radix.

Radix Fried Chicken (RFC)
Jenis/bentuk sahSdn Bhd
IndustriRestoran makanan segera
Ditubuhkan1 Jun 2008
PengasasTuan Haji Ismail bin Haji Ahmad
Ibu pejabat2 Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Malaysia
KeluaranAyam goreng, Makanan segera, Piza, Burger
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

RFC ialah alternatif kepada makanan segera yang diperkenalkan oleh syarikat luar negara. Objektif utama pewujudan RFC adalah untuk memberi peluang kepada pengguna untuk memilih makanan yang disediakan menepati kaedah halal dan organik bermula daripada sistem penternakan ayam yang digunakan dalam rangkaian restoran RFC. [perlu rujukan]

Permulaan cetusan idea berlaku setelah berlaku pendedahan dalam media di Malaysia berkenaan tahap keraguan penghasilan ayam daging menggunakan bahan ragu bermula di dalam makanan ayam konvensional. Sekarang,[bila?] Radix telah jatuh bankrup. Banyak cawangan di serata Malaysia terpaksa ditutup.[perlu rujukan]

Sejarah sunting

Pada Mac 2008, Pengarah Urusan HPA telah mengadakan perbincangan di Pusat Latihan Telekom Wilayah Timur, Marang, Terengganu. Beberapa rakan berpengalaman dalam penternakan ayam daging termasuk seorang ahli veterinar (bidang penternakan ayam daging), Dr. Saari bin Husin (DAHP, DVM - UPM) hadir. Keputusan diambil daripada perbincangan dengan mengamanahkan Dr. Saari untuk menyusun dan merangka sistem penternakan berskala besar bermula merangka rumusan rangsum organik (bebas bahan asas rumusan makanan yang meragukan dalam konteks syarak terutama sumber protein dalam rangsum, bebas bahan kimia seperti antibiotik dan "growth promotant").[perlu rujukan]

Rujukan sunting