Dr Radzi Jaafar adalah pegawai perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan pernah ditawan ketika bertugas di Penjara Pudu pada 1985.

Radzi Jaafar
Kelahiran1948
Meninggal dunia2003 (umur 55)
Sebab kematianDiabetis
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPakar kulit
Terkenal keranaMenjadi mangsa tawanan tebusan Penjara Pudu

Tawanan banduan Penjara Pudu

sunting

Pada 17 Oktober 1986, Jimmy Chua atau Chua Chap Seng dan enam rakannya telah menawan Dr Radzi Jaafar dan pembantu perubatan, Abdul Aziz Abdul Majid ketika menerima rawatan di Penjara Pudu. Mereka menggunakan gunting dan peralatan doktor sebagai senjata. Jimmy Chua merupakan bekas Polis Singapura menjadi ketua dalam penawanan di Penjara Pudu selama enam hari itu. Jimmy Chua dipenjarakan di situ pada 1985 dan menunggu hukuman mati kerana membunuh seorang konstabel polis PDRM dan ditahan di bawah ISA.[1] Dari tahun 1960 hingga 1993, seramai 180 pesalah telah menjalani hukuman gantung sampai mati disini.

Jimmy Chua dibantu oleh banduan lain iaitu Pang Boon Boo (31), Ng Lai Huat (25), Sim Ah Lan (23), Lam Hock Sung (31) dan Yap See Kong (25) menawan dua pegawai perubatan tersebut ketika menerima rawatan di Klinik Penjara Pudu. Semua enam banduan akhirnya menyerah diri.

Wartawan lapangan, Badrul Hisham Abdul Aziz melaporkan bahawa UTK diketuai Datuk Mohd Zaman Khan dan Ketua Polis Negara,Tun Abdul Hanif Omar telah menyelinap masuk ke dalam penjara itu melalui kenderaan cermin gelap. Tidak ada darah yang tumpah. Pasukan yang terlibat menyerbu penjara itu ialah UTK. Jimmy Chua dan gangnya merampas pistol daripada warden penjara.[2]

Pada 22 Oktober 1986, Jimmy Chua dihukum mati di bawah Seksyen 3 (1) Akta Menculik 1961. Dia digantung pada 10 Oktober 1989. Peguam mereka ialah Lee Swee Seng, Muhammad Shafee Abdullah dan Karpal Singh.

Ketua Pengarah Penjara ketika itu ialah Datuk Ibrahim Muhammad. Akhirnya Zaman Khan dilantik menjadi Ketua Pengarah Penjara Malaysia.

Peristiwa ini telah didokumentari dan disiarkan oleh Astro 555. [3]

Rujukan

sunting