Mohd Radzman Bin Basinon[1] atau lebih dikenali sebagai Radzman Basinon (dRB). Dilahirkan pada 13 Julai 1981 di Bagan Datuk, Perak. Merupakan anak sulung daripada 5 orang adik-beradik.

Mempunyai pengalaman dalam pelbagai bidang termasuk Bidang Industri Seni Kreatif, Muzik, Pendidikan & Latihan juga Bidang Jualan & Pemasaran. Mula terlibat dalam Teknikal Bidang Kreatif TVET iaitu sebagai Technical Crew Produksi Filem Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia ; PROFIMA sejak tahun 2003. Pernah terlibat dalam mengendalikan beberapa buah syarikat Produksi TV dan Filem di Malaysia. Kini berkhidmat sebagai seorang Pengarah Seni Kreatif dan Penerbit Teknikal Audio Visual 3D Generalist di Sixtysix Action Academy.

Mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang Video Film Production, Audio System dan Technical Producer. Pada tahun 2022, mendapat pengiktirafan sebagai seorang Pengarah Filem Bertauliah oleh Film Directors Association of Malaysia ; FDAM. Tahun 2023 pula mendapat pengiktirafan sebagai Editor Video Filem Bertauliah oleh Persatuan Profesionsl Pasca-Produksi - MyPOST.

Memiliki pengalaman luas dalam bidang Penyiaran Dan Penerbitan Rancangan TV. Kini, menjadi pelopor dan rujukan bagi kepakaran Audio Visual Live Streaming di Media Sosial.

Penglibatan dalam Penyiaran dan Video Filem[2] sunting

  • Penerbit Teknikal Juru Audio Siaran Langsung RTM1 "Himpunan Malaysia Bersama Palestine 2023" @ Axiata Arena, Bukit Jalil
  • Penerbit Teknikal Audio Visual Multi-camera Production (MCP) Dan Pengarah Siaran Langsung "Ihtifal Kafa JAKIM Peringkat Kebangsaan 2023"
  • Penerbit Teknikal Audio Visual Dan Siaran Langsung "Program Kecemerlangan Dan Kecergasan Karnival Sukan Ke XVI JPS Tahun 2023"
  • Penerbit Teknikal Audio Visual Dan Live Streams "Hari Sungai Sedunia Alur Air Dalam Komuniti Peringkat Kebangsaan 2023 @ JPS Perlis"
  • Juri Profesional Pertandingan Sound And Rhythm (SOAR) Institusi Pendidikan Mara (KPM) Peringkat Kebangsaan 2023
  • Penerbit Teknikal Audio Visual Dan Multi-camera Production (MCP) "World Islamic Tourism Conference And Travel Mart 2023"
  • Pengarah Rancangan Video Kapsul "Anugerah Ramadan 2022" - UiTM Melaka
  • Penerbit Teknikal Siaran Langsung Bola Sepak Liga Premier Malaysia 2021
  • Penerbit Teknikal Audio Visual "International Youth Virtual Summit ASEAN 2020"
  • Pengarah Rancangan Bual Bicara TV "SUNNAHMU AMALANKU" RTM1 - 2 Season
  • Pengarah Dan Penerbit Telemovie "SITI OH SITI" - RTM1
  • Pengarah Muzik Video "Maafkan Aku" - Artis (Nowseeheart)
  • Pengarah Muzik Video "Raya Dan Usia" - Artis (Soutul Amal)
  • Pengarah Muzik Video "Syukur Di Aidilfitri" - Artis (R-IF)
  • Pengarah Muzik Video "Allahummarhamna Bil Quran" - Artis (Heliza Helmi & Hazwani Helmi)
  • Pengarah Muzik Video "Destinasiku" - Artis Indonesia (Destinasi)
  • Pengarah TV Commercial Tahun Baru Cina Lajnah Perpaduan Nasional TVC Tahun Baru Cina 2016
  • Panel Juri Anugerah Industri Muzik ke 18 (AIM-18) Panel Juri AIM-18
  • Editor Dokumentari "MASJID AGUNG GRANADA SPANYOL" - Astro Oasis
  • Editor Filem Pendek "KHAZANAH" 2018 - Polis Johor
  • Editor Filem "MASUK JAWI" 2022 - Astro First
  • Editor Telemovie "AYAHKU ADIWIRA" 2022 - RTM1
  • Editor Telemovie "RUMAH USANG DIHUJUNG TANJUNG" 2022 - RTM1

Artikel dan Penulisan sunting

Anugerah dan Inovasi sunting

  • TIMES HIGHER EDUCATION (THE) AWARDS UiTM 2022 - TECHNOLOGICAL OR DIGITAL INNOVATION OF THE YEAR (UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM), UiTM GLOBAL)
  • BRONZE MEDAL : INTERNATIONAL COMPETITION OF ENTREPRENEURSHIP BUSINESS IDEA BATTLE INNOVATION 2023 (UNIVERSITAS ISLAM BANDUNG INDONESIA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KEDAH)
  • SILVER MEDAL : INTERNATIONAL COMPETITION ON SUSTAINABLE EDUCATION (SUSED) 2023 CATEGORY INNOVATION IN TEACHING AND LEARNING (UNIVERSITAS PAHLAWAN TUANKU TAMBUSAI RIAU INDONESIA, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIA), UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KUALA PILAH)
  • BRONZE MEDAL : INTERNATIONAL COMPETITION ON SUSTAINABLE EDUCATION (SUSED) 2023 CATEGORY INNOVATION IN EDUCATIONAL RESEARCH (UNIVERSITAS PAHLAWAN TUANKU TAMBUSAI RIAU INDONESIA, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIA), UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KUALA PILAH)
  1. ^ "MOHD RADZMAN BASINON". scholar.google.com. Dicapai pada 2023-12-06.
  2. ^ "Radzman Basinon (dRB) FDAM". sites.google.com. Dicapai pada 2023-12-06.