Rafael Cabral Barbosa (lahir 20 Mei 1990) merupakan pemain bola sepak Brazil yang kini bermain untuk Napoli di posisi penjaga gol.

Rafael Cabral
Maklumat peribadi
Nama penuh Rafael Cabral Barbosa
Tarikh lahir (1990-05-20) 20 Mei 1990 (umur 33)
Tempat lahir Sorocaba, Brazil
Ketinggian 1.86 m (6 ka ​1 316 in)
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Napoli
Nombor 1
Kerjaya remaja
2003–2010 Santos
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2013 Santos 89 (0)
2013– Napoli 32 (0)
Pasukan kebangsaan
2012 Olimpik Brazil 1 (0)
2011– Brazil 3 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 15 Februari 2017
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Julai 2013

Kerjaya kelab sunting

Rafael menyertai kelab remaja Santos pada tahun 2003. Pada tahun 2010, beliau ditawarkan ke skuad senior tetapi mengalami keretakan kaki kanan pada pergelutan dengan pemain pertahanan Domingos dan beliau direhatkan selama empat bulan.

Rafael membuat debut untuk Santos pada 2 Jun 2010 menentang Cruzeiro, keputusan seri 0-0. Beliau mengambil alih tempat Felipe yang telah bermain 37 perlawanan.

Pada 20 Ogos 2012, mata kanan Cabral berdarah selepas berlanggar dengan Juan Manuel Martínez pada perlawanan liga menentang Corinthians. Beliau kemudian menerima rawatan dan meneruskan permainan, Santos menang 3-2.

Pada 28 Jun 2013, Rafael dijual dari Santos ke Napoli dengan bayaran 5 juta euro. Rafael membuat debut di Liga Juara-Juara Eropah ketika menentang Arsenal pada peringkat kumpulan dan Napoli menang 2-0. Rafael mengekalkan kedudukannya dan tidak ditembusi. Walau bagaimanapun, Napoli tersingkir daripada kejohanan Eropah itu.

Beliau menjadi pilihan pertama penjaga gol berikutan Pepe Reina dipinjam. Pada 22 Disember, pada perlawanan Supercoppa Italiana 2014 di Doha, beliau memberikan kemenangan kepada Napoli selepas menyelamatkan penalti Simone Padoin pada penentuan tendangan penalti menentang Juventus.

Kerjaya antarabangsa sunting

Rafael membuat debut untuk Brazil menentang Amerika Syarikat pada 30 Mei 2012, pasukannya menang 4-1.

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Santos
Napoli

Brazil sunting

Pautan luar sunting