Allahyarhamah Toh Puan Setia Datin Rafeah binti Buang dilahirkan di Kampung Pisang, Singapura pada 25 Julai 1948 dan muncul sebagai seorang bintang dalam bidang nyanyian selepas menjuarai Bintang Satria Singapura tahun 60-an.

Rafeah Buang
Allahyarham Toh Puan Setia Datin Rafeah binti Buang
Latar belakang
Nama lahirRafeah binti Buang
Kelahiran(1948-07-25)25 Julai 1948
Berasal dariSingapura Singapura
Meninggal dunia24 Julai 2002(2002-07-24) (umur 53)
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1970-an

Allahyarham Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang aktif dalam kemasyarakatan, dan bergiat dalam Lembaga Perempuan Islam Pahang, Majlis Kebudayaan Negeri Pahang, Jawatankuasa Antidadah Daerah Pekan dan Pergerakan Wanita UMNO Pekan.

Selepas tamat darjah lima Sekolah Arab Al-Sagoff (1960) dan Sekolah Perdagangan Inggeris (1963), Rafeah Buang pernah menjadi anggota sidang pengarang Majalah Perkawalan Tentera (Singapura) pada 1964. Selain itu beliau turut menghasilkan sajak dan cerpen dengan menggunakan nama pena Rina Balkiah dan hasil karyanya disiarkan di majalah Singapura dan radio.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada 24 Julai 2002. Jenazah Allahyarham diterbangkan ke Pekan, Pahang oleh Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM).

Rafeah diiringi suaminya Tengku Datuk Asmawi Tengku Husin dan Doktor Puteri Nurbaya Musa.

Penerbangan itu berlepas dari pengkalan di Sungai Besi ke Kuantan jam satu tengah hari dan kembali ke Hospital Kuala Lumpur jam 3.15 petang.

Allahyarhamah disemadikan di sebelah pusara anaknya, Tengku Amirul Ashraf di Makam Diraja Pekan.

Diskografi sunting

EP

Album Studio/LP

Lagu-lagu Popular sunting

  • Kenangan Di Rantau Abang 1972
  • Don Juan 1970
  • Udang Sama Udang 1968
  • Bisikan Hati 1977
  • Daun Daun Berguguran 1972
  • Disebut Jangan Dikenang Jangan 1968
  • Juwitaku Sayang 1969
  • Di Luar Jendela 1981
  • Bila Takbir Bergema 1974
  • Pesan Orang Tua 1972
  • Sayang Di Sayang 1978
  • Semalam Berlalu Esok Menanti 1978
  • Godaan Rindu 1971
  • Kalau Rindu 1980
  • Bilakah 1980
  • Setangkai Tak Sebau 1967
  • Suka Sama Suka 1967
  • Tiada Khabar Berita 1977
  • Gurindam Jiwa 1966
  • Tunggu Sekejap 1973
  • Jangan Menanti Lagi 1975
  • Anak Yang Belum Lahir 1979
  • Aku Menangis 1972
  • Di Perhentian Bas 1976
  • Sepuluh Tahun Yang Lalu 1973
  • Damak 1975
  • Jarinya merah 1971
  • Kekosongan 1974
  • Perasaan Wanita 1977
  • Shamsiah 1981
  • Penawar Rindu 1981
  • Tangisan Di sisiku 1972
  • Di Luar Jendela 1981
  • Dalam Hujan Lebat 1976
  • Tiada kata Secantik Bahasa 1971
  • Anggerik Desa 1975
  • Lagumu Temanku 1981
  • Di Pentas Nyanyian 1974
  • Sejalan Kereta Api 1973
  • Ibu 1970
  • Menanti SI Dia 1970
  • Rahsia Hatiku 1978
  • KASANOVA 1976
  • Yang Mana Satu Benar 1972
  • Ais Krim 1980
  • Zuraini 1966
  • Untuk Guruku 1980
  • Semalam Di Subang 1973
  • Sejenak Di Pekan 1980
  • Senyum Di Pagi Hari 1981
  • Pantai Telok Chempedak 1981

Kugiran pengiring sunting

Pencapaian sunting

  • Penyanyi Sepanjang Zaman

Pautan luar sunting