Tan Sri Dato' Seri Rafidah binti Aziz (lahir 4 November 1943) ialah bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sejak 20 Mei 1987 hingga 19 Mac 2008 (paling lama berkhidmat sebagai menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia) selepas digugurkan dalam Jemaah kabinet Abdullah Ahmad Badawi 2008, walaupun menang besar di Kuala Kangsar. Penggantinya ialah bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Naib Presiden UMNO. Beliau juga ialah bekas Ketua Wanita UMNO dan kemudian digantikan oleh Shahrizat Abdul Jalil.


Rafidah Aziz

PMN; SPMT (Ter); DGSM (Mel); SPMP (Prk); PNBS (Swk); DPMS (Sel); AMN
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kuala Kangsar, Perak
Dalam jawatan
14 Jun 1982 – 5 Mei 2013
Didahului olehYong Fatimah Mohd Razali
Digantikan olehDato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Selayang, Selangor
Dalam jawatan
1978–1982
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehRahmah Othman
Ketua Pergerakan Wanita UMNO
Dalam jawatan
1999 – 26 Mac 2009
Didahului olehDatin Paduka Siti Zaharah Sulaiman
Digantikan olehShahrizat Abdul Jalil
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Dalam jawatan
20 Mei 1987 – 18 Mac 2008
Didahului olehTengku Razaleigh Hamzah
Digantikan olehTan Sri Muhyiddin Yassin
Butiran peribadi
Lahir (1943-11-04) 4 November 1943 (umur 80)
Selama, Perak, Tanah Melayu British (kini Malaysia)
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganMohamed Basir Ahmad
Anak-anakAlfian
Rohaiza
Rohaila
PekerjaanAhli politik, Bekas Menteri

Pendidikan

Dilahirkan di Selama, Perak, Rafidah Aziz mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Melayu di Kampung Baru (1948-1950), Sekolah Rendah Convent di Bukit Nanas, Kuala Lumpur (1953-1955), dan Sekolah Menengah Convent di Johor Bahru (1959-1960). Selepas menamatkan pengajian di Victoria Institution Kuala Lumpur pada tahun 1962, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1966.[1]

Kerjaya

Rafidah Aziz memulakan kerjayanya sebagai Tutor di Universiti Malaya sambil meneruskan pengajian dalam bidang Sarjana Ekonomi antara 1966 dan 1970. Selepas menamatkan pengajian, beliau telah dilantik sebagai Penolong Pensyarah sehingga tahun 1973 sebelum dilantik sebagai Pensyarah sehingga tahun 1976. Dalam tempoh berkenaan, beliau memegang beberapa jawatan yang penting di Universiti Malaya seperti Pengerusi Bahagian Pembangunan Desa Fakulti Ekonomi serta Ahli Senat.

Rafidah memegang beberapa jawatan politik yang penting iaitu Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia. Di samping itu, beliau juga adalah Pengerusi Wanita Barisan Nasional.

Politik

Dalam Pergerakan Wanita UMNO, Rafidah Aziz kini adalah Ketua Wanita UMNO (1984-1996) dan 1999 sehingga sekarang) di peringkat kebangsaan dan negeri Perak. Peranan yang beliau memainkan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sejak tahun 1987 telah menjadikan ekonomi Malaysia sebagai destinasi pilihan pelabur-pelabur asing di samping meningkatkan ekonomi negara menerusi aktiviti perdagangan luar. Kebolehan dan pencapaian beliau banyak dibantu melalui pengalamannya semasa memegang jawatan-jawatan penting seperti Setiausaha Parlimen Kementerian Perusahaan Awam (1976), Timbalan Menteri Kewangan (1977-1980) dan Menteri Perusahaan Awam (1980-1987). Rafidah Aziz juga pernah dilantik menjadi Senator Dewan Negara (1974).[2][3]

Rafidah Aziz juga menjadi tulang belakang dalam membangunkan dasar dan hala tuju beberapa agensi kerajaan persekutuan. Antara agensi-agensi dan organisasi-organisasi berkenaan ialah MARA (1973-1976), RISDA (1973-1976), Majlis Pelindung dan Penasihat Pengguna (1973-1976), Lembaga Perancang Keluarga (1973-1976), Majlis Penasihat dan Perunding Belia Kebangsaan serta Pengerusi Lembaga Kolej Tunku Kurshiah.[4]

Rafidah Aziz pertama kali dipilih sebagai Wakil rakyat setelah memenangi kawasan Parlimen Selayang pada Pilihan Raya Umum 1978. Selepas itu, beliau telah berpindah ke kawasan Parlimen Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1982.[5]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Rafidah Aziz bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Kuala Kangsar , negeri Perak. Rafidah Aziz telah menang dengan mendapat undi sebanyak 10735. Calon lawan ialah Dr Khairuddin Dato' Abdul Malik dari PAS mendapat 9,277 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 73%. Undi rosak sebanyak 373.[6]

Aktiviti kemasyarakatan

Rafidah Aziz pernah merupakan Penasihat untuk Gabungan Pelajar Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), serta dipilih menjadi penaung bagi berbagai organisasi seperti PENIAGAWATI, NAWEM, IABC, USAHANITA, AOTS serta Gabungan Kontraktor Wanita Malaysia.

Hobi

Masa lapang Rafidah Aziz sering diisi dengan aktiviti membaca, menghias rumah, melakukan aktiviti kerja tangan, mendengar muzik ataupun bermain golf dan skuasy.

Jawatan

  • Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (1987 - 2008)
  • Ketua Wanita UMNO (2004-2007)

Keputusan pilihan raya

Parlimen Malaysia: Kuala Kangsar, Perak[7]
Tahun Barisan Nasional Undi Prts Pembangkang Undi Prts
1986 Rafidah Aziz (UMNO) 16,196 69% Ab Aziz Ishak (PAS) 6,598 28%
1990 Rafidah Aziz (UMNO) 16,548 64% Jamaluddin Mohd Din (S46) 8,554 33%
1995 Rafidah Aziz (UMNO) 15,393 73% Abdul Kahlid Mohd Nasir (S46) 4,744 23%
1999 Rafidah Aziz (UMNO) 12,074 55% Asmuni Awi (PAS) 9,300 42%
2004 Rafidah Aziz (UMNO) 12,938 64% Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) 6,747 33%
2008 Rafidah Aziz (UMNO) 10,735 52% Khairuddin Abd Malik (PAS) 9,277 45%

Garis masa sebagai Ahli Parlimen

Garis masa sebagai Ahli Parlimen yang telah berkhidmat selama lebih daripada 30 tahun

Rohani Abdul KarimRohani Abdul KarimDouglas Uggah EmbasTan Kok WaiTan Kok WaiJoseph Pairin KitinganJoseph Pairin KitinganJoseph Pairin KitinganTan Seng GiawLeo Michael ToyadTan Seng GiawMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinRafidah AzizKarpal SinghKarpal SinghAbdul Kadir Sheikh FadzirAbdullah Ahmad BadawiNajib RazakNajib RazakRais YatimRais YatimSamy VelluLeo MoggieLeo MoggieSulaiman DaudLing Liong SikRazaleigh HamzahRazaleigh HamzahRazaleigh HamzahLim Kit SiangLim Kit SiangLim Kit SiangAbdul Taib MahmudAbdul Taib MahmudGhafar BabaGhafar BabaMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir Mohamad

Rujukan

  1. ^ "Transcript of Tun Mahathir's press conference". The Star. 24 October 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-10. Dicapai pada 2021-09-03.
  2. ^ "M'sia's Rafidah expresses hurt over cabinet departure". www.asiaone.com. Dicapai pada 8 July 2017.
  3. ^ "The Star: Wanita Umno chief not one to sulk". Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Oktober 2012. Dicapai pada 8 Julai 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "Rafidah Aziz: Executive Profile & Biography - Bloomberg". www.bloomberg.com. Dicapai pada 8 July 2017.
  5. ^ "Malaysia election: Umno sacks two ex-ministers for backing opposition". New Strait Times. Dicapai pada 7 May 2018.
  6. ^ "Rafidah Aziz to be AirAsia X's chairman". Dicapai pada 7 May 2018.
  7. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 14 June 2010. Percentage figures based on total turnout.

Pautan luar