Raghad Waleed Alkurdi

Isteri Mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak
(Dilencongkan daripada Ragad Waleed Alkurdi)

Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Raghad Alkurdi Taib (lahir 15 Januari 1980) ialah isteri kedua kepada mantan Ketua Menteri dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.


Raghad Alkurdi Taib

Kelahiran
Ragad Waleed
Al-Kurdi

(1980-01-15)15 Januari 1980
PejabatIsteri
Yang di-Pertua Negeri Sarawak
PendahuluToh Puan Norkiah Abdullah
PenggantiToh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi
PasanganAbdul Taib Mahmud (k. 2010; m. 2024)
Ibu bapaWaleed Al-Kurdi
Janbakli Hiam Ahmad

Keluarga

sunting

Raghad dilahirkan di Damsyik, Syria pada 15 Januari 1980. Beliau adalah anak bongsu daripada empat adik beradik, anak kepada Waleed Alkurdi dan Khayami Alkurdi. Adik-beradiknya yang lain adalah Samer, Mohamad dan Samar. Keluarganya berpindah ke Riyadh, Arab Saudi ketika Raghad masih muda. Bapa mereka meninggal dunia pada 2003.

Moyang beliau merupakan seorang Wari dari Şanliurfa, Turkiye. Nama asal moyang mereka adalah Khalil Orfali yang kemudiannya menukar nama kepada Al-Kurdi apabila berpindah ke Syria.[1]

Perkahwinan

sunting

Ragad mendirikan rumah tangga dengan Abdul Taib Mahmud di usia 30 tahun pada 18 Disember 2010.[2] Perkahwinan ini merupakan perkahwinan kali kedua Abdul Taib selepas isteri pertamanya, Laila Taib meninggal dunia pada 2009.

Sumbangan

sunting

Ragad menubuhkan sebuah yayasan, Ragad Foundation bagi menyalurkan sumbangan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Sarawak, dan pembangunan pendidikan golongan luar bandar.[3]

Anugerah dan pengiktirafan

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Geryl Ogilvy Ruekeith (16 Januari 2011). "A truly glittering wedding reception". The Borneo Post. Dicapai pada 26 Januari 2022.
  2. ^ "Mimpi indah isteri Taib jadi kenyataan". Berita Harian. 16 Januari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2013.
  3. ^ Hafiz Ithnin (10 Mei 2021). "Bantu warga Sarawak". Harian Metro. Dicapai pada 26 Januari 2022.