Ragam Pemandu
Ragam Pemandu merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1989.[1] Filem Ragam Pemandu diterbitkan dalam bentuk filem warna. Nama asal filem ini adalah 'Drebar'.
Ragam Pemandu | |
---|---|
Pengarah | Raja Ismail |
Penulis | Lakon layar: |
Dibintangi | Hamid Gurkha, Aznah Hamid |
Tarikh tayangan | 1989 |
Negara | ![]() |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Filem Ragam Pemandu mula ditayangkan pada 1989 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Hamid Gurkha, Aznah Hamid dan ramai lagi.
PengarahSunting
Filem Ragam Pemandu diarah oleh pengarah Raja Ismail pada 1989.
RingkasanSunting
Hamid seorang yang setia dan kuat bekerja. Dia bertugas sebagai pemandu Rahim yang baik hati. Rahim sering membantu Hamid menyelesaikan masalah yang dihadapinya serta membiayai pelajaran anak-anaknya. Walau bagaimanapun, isteri Rahim, Rubiah, tidak menyukai Hamid. Suatu hari, apabila Rubiah memarahinya, Hamid mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Rahim agak kecewa tetapi dia dapat menolong mendapatkan Hamid kerja di syarikat insuransnya.
PelakonSunting
- Hamid Gurkha
- Latiff Ibrahim - Rahim
- Aznah Hamid - Rubiah
- Tam - Boy
- Bibi Yem - Bibi
- R. Jaafar - Ali
- Accappan - Bala
- Tan Ting - Tan
- Wazata Zain - Bos Kilang Besi
- Param - Sam
- Ibrahim Pendek - Bos Pencuri Kereta
LaguSunting
- Ragam Pemandu - Latiff Ibrahim
- Setia - Asiah Khan
- Jujur - Faridah American
- Ikhlas Tapi Dekat - Zain Majid
- Ku nantimu di pagar - DJ Fuzz
PencapaianSunting
Lihat jugaSunting
Pautan luarSunting
Ragam Pemandu part 1 di Letsupload
Ragam Pemandu part 2 di Letsupload