Rahamat Bivi Yusoff

YBhg. Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff merupakan seorang wanita yang berjaya menjadi Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Malaysia.[1] Beliau menggantikan Datuk Noriyah Ahmad. [2]

PAC menyiasat 1MDB sunting

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia memulakan prosiding siasatan ke atas syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 19 Mei 2015. Prosiding ini memanggil Ketua Setiausaha Perbendaharaan (MoF), Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Rahmat Bivi Abdullah. Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed memaklumkan bahawa pada 26 Mei 2015 PAC akan memanggil Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, serta bekas CEO pertama 1MDB, Datuk Shahrul Ibrahim Halmi, yang berkhidmat sejak Mac 2009 hingga Mac 2013. [3]

Rujukan sunting