Rahasia Kasih[a] (Melayu: Rahsia Kasih) ialah drama bersiri Malaysia 2018 arahan Jamal Khan dan terbitan Suhan Movies & Trading.[1]

Rahasia Kasih
Genre
PengarahJamal Khan
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulia Juhasu
Penerbit
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading
Penyiaran
Saluran asalNTV7
Siaran asal30 Oktober 2018 – 26 November 2018

Sinopsis sunting

Mengisahkan latar belakang keluarga Nazmi (Isa Khan) iaitu anak tiri kepada Datuk Ariffin (Hasnul Rahmat) yang telah berkahwin dua secara diam-diam. Semua rahsianya terbongkar apabila Datuk Ariffin meninggal dunia, lantas menjadi tamparan hebat buat isteri pertamanya, Datin Syuhada (Wilma Muhammad) setelah nama Nailis (Catriona Ross) selaku isteri kedua dan anaknya Nazmi tersenarai dalam wasiat Datuk Ariffin untuk dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif syarikatnya, manakala Nailis pula menjadi penasihat.

Datin Syuhada mempunyai tiga orang anak bersama Datuk Ariffin – Shahrul (Mathni Razak), Syaiful (Hafiz Nolan), dan Suhaila (Abby Nour). Shahrul merupakan anak sulung Datin Syuhada dan dia tidak begitu berminat dengan perniagaan keluarganya. Bukan itu sahaja, Shahrul juga terpaksa berkahwin dengan wanita pilihan ibunya iaitu Melinda (Ruzana Ibrahim), meskipun sudah memiliki kekasih hati bernama Adeeba (Syida Melvin).

Anak perempuan mereka Suhaila sering membuat hal sendiri dan dia tidak sehaluan dengan kakak iparnya Melinda. Syaiful pula disahkan menghidap penyakit bipolar dan sering rasa diabai oleh keluarga sendiri. Hidup Syaiful mula berubah menjadi lebih indah selepas dia berkenalan dan mula jatuh hati dengan Alina yang akhirnya pulang ke Malaysia demi menyelesaikan sebuah misi.

Siapa sangka, Alina (Nadia Brian) akan bertemu dengan Nazmi sekali lagi selepas kembali di Malaysia, dan dia mula mempunyai perasaan terhadap Nazmi. Konflik bertambah keruh apabila Nazmi telah jatuh hati dengan bekas kekasih Shahrul iaitu Adeeba, serta hadirnya orang ketiga yang sering menghasut dan ingin mengambil kesempatan untuk meretakkan lagi hubungan keluarga ini.

Keadaan menjadi semakin rumit, apakah kesudahan konflik keluarga ini? Adakah Alina akan terus menaruh hati terhadap Nazmi, atau adakah Nazmi tetap akan bersama dengan Adeeba?

Pelakon dan watak sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Catatan sunting

  1. ^ Walaupun tajuk drama ini ialah Rahasia Kasih, namun drama ini tidak dibarisi langsung oleh pelakon-pelakon dari Indonesia. Menurut penerbit drama ini, Rosyam Nor, beliau sengaja menggunakan perkataan "Rahasia" bagi tajuk drama ini bukan berniat untuk mengIndonesiakan drama ini. "Rahasia" ialah perkataan bahasa Indonesia kerana ada tiga huruf "A" sedangkan perkataan sama dalam bahasa Melayu cuma ada dua huruf "A".

Rujukan sunting

  1. ^ "Drama Rahasia Kasih (ntv7)". MyInfotaip. 27 Oktober 2018.