Rahayu Mahzam (Jawi: رحايو مهزم; lahir 1980) merupakan seorang ahli politik Singapura. Sebagai ahli Parti Tindakan Rakyat yang berpusat di Singapura, beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen untuk Konstituensi Perwakilan Jurong Group, atau disingkat GRC.[1]

Rahayu Mahzam

رحايو مهزم
Butiran peribadi
Lahir1980 (umur 43–44)
Singapura
KerakyatanSingapura
Parti politikParti Tindakan Rakyat
Alma materUniversiti Kebangsaan Singapura, Raffles Girls School
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam

Pendidikan sunting

Rahayu mendapat pendidikan awalnya di Raffles Girls' School.[2] Beliau kemudian mendapat ijazah LLB pada tahun 2003 di Universiti Kebangsaan Singapura.

Keluarga sunting

Rahayu merupakan anak sulung daripada tiga beradik.[3] Beliau telah berkahwin dengan seorang penjawat awam dan dikurniakan seorang anak lelaki pada April 2017.[4]

Kerjaya sunting

Rahayu bekerja sebagai peguam, khusus dalam litigasi awam dan undang-undang keluarga.[5] Pada awalnya menjawat jawatan sebagai Timbalan Pendaftar Dewan Syariah di Singapura, beliau kini menjadi rakan di Heng, Leong & Srinivasan.

Kerjaya politik sunting

Pada 20 Ogos 2015, Parti Tindakan Rakyat mengumumkan bahawa Rahayu menjadi sebahagian dari pasukan PAR yang mempunyai ahli seramai lima orang yang akan mewakili dalam Jurong GRC pada pilihan raya umum 2015.[6] Beliau terpilih di parlimen selepas pilihan raya umum 2015, ketika pasukan PAR yang beranggotakan lima orangnya menang dan mendapat 79.29% daftar pemilih yang sah.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ "Ms Rahayu Binte Mahzam". Parliament of Singapore. Dicapai pada 19 September 2015.[pautan mati kekal]
  2. ^ Au-Yong, Rachel (9 September 2015). "GE2015: On the campaign trail with PAP's Rahayu Mahzam". The Straits Times. Dicapai pada 19 September 2015.
  3. ^ "Rahayu Mahzam CV" (PDF).
  4. ^ "Latest Singapore News and Headlines - Channel NewsAsia". Channel NewsAsia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-02-22.
  5. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-05-13. Dicapai pada 2017-08-09.
  6. ^ "Lawyer Rahayu Mahzam, oncologist Tan Wu Meng join PAP's Jurong GRC team for coming GE". Today. 20 Ogos 2015. Dicapai pada 20 September 2015.
  7. ^ "Results". Channel NewsAsia. Dicapai pada 2015-09-20.

Pautan luar sunting

Kerusi dewan
Didahului oleh
Halimah Yacob
Anggota Parlimen GRC Jurong
(Bukit Batok Timur)

2015–kini
Pemegang jawatan kini