Nurul Rahila Rashun atau lebih dikenali Rahila Rashun adalah seorang penyanyi dari Singapura yang suka bernyanyi sejak kecil atas dorongan ibunya. Dia juga adalah juara SG Mania yang dianjurkan oleh Mediacorp Suria pada tahun 2019.

Rahila Rashun
Latar belakang
Nama lahirNurul Rahila Rashun
Kelahiran (1996-10-08) 8 Oktober 1996 (umur 27)
Kediaman Singapura
GenrePop/Rock/Traditional Music/Dangdut/RnB
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2014–kini
Syarikat rakaman
Independent
Laman sesawang
@Rahila Rashun instagram.com @Rahila Rashun facebook.com

Biografi sunting

Nurul Rahila Rashun atau lebih dikenali sebagai Rahila Rashun adalah seorang penyanyi dari Singapura yang suka bernyanyi sejak kecil atas dorongan ibunya. Beliau juga adalah juara SG Mania 2019 yang dianjurkan oleh Mediacorp Suria. [1] Rahila adalah anak yang keempat daripada lima beradik. Bapanya Encik Rashun atau lebih dikenali Jinislam Papachong adalah pendorangnya untuk terus berjaya.

Pada tahun 2012, Rahila Rashun pernah memasuki rancangan Go Glam yang dianjurkan oleh Mediacorp Ria 89.7 Fm yang telah dianjurkan oleh pengacara Deejay Hafeez Glamour. Kemudian Rahila Rashun memasuki kumpulan Vox Waggon untuk mempelajari persembahan dan bernyanyi.

Pada tahun 2013, Rahila Rashun mula bergerak secara solo dan banyak membuat persembahan di acara-acara orang Cina, India dan juga Melayu untuk menambahkan pengalaman.

Pada tahun 2016, Rahila Rashun telah memasuki pertandingan Akademi Fantasia yang dianjurkan oleh Astro Ria di Malaysia. Rahila Rashun hanya dapat bertahan hingga ke minggu ke tujuh dan malangnya beliau tersingkir.

Rahila Rashun telah merakamkan Single pertamanya yang bertajuk Langit Sampaikan di bawah naungan Astro Ria. Lirik oleh Hang Nadim dan komposer oleh Iaq. Ia telah di rakaman di Malaysia.

Pada tahun 2017, Rahila Rashun telah mewakili Singapura bersama Nada Fitri, Eriy Ryzale, Ajul Anwar, Sunny Jackson dan Nor Haqeem untuk pertandingan D'Academy Asia Musim ke 3 di Indonesia. Ia adalah pertandingan Dangdut terbesar yang di wakili oleh 6 negara yaitu Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Timor Leste, dan Thailand. [2] Walaupun beliau tidak memenangi pertandingan itu. Beliau tetap dapat memasuki 8 tempat teratas di pertandingan itu.

Rahila Rashun telah merakamkan Single keduanya yang bertajuk Aku dia dan rasa di bawah naungan Rahila. Lirik oleh Sazali Salleh dan komposer oleh Andy Ahmad. Ia telah di rakaman di Singapura.

Pada tahun 2019, Rahila Rashun telah memasuki pertandingan SG Mania yang dianjurkan oleh Mediacorp Suria di Singapura. Ini merupakan tahun yang paling indah baginya kerana beliau telah dinobatkan sebagai juara SG Mania. Beliau juga memenangi wang hadiah sebanyak 20 ribu dolar. Rahila Rashun telah berduet bersama Ryzall Noh untuk merakamkan Single tiganya bertajuk Sebuah Cinta. Lirik oleh Boy Aedly dan komposer oleh Boy Aedly & Ryzall Noh.

Pada tahun yang sama, Rahila Rashun telah merakamkan Single keempatnya yang bertajuk Impian di bawah naungan Voz Management. Lirik oleh KP Black, Safarul dan Rahila Rashun dan komposer oleh KP Black. Ia telah di rakaman di Studio47. [3]

Diskografi sunting

Single sunting

  • 2016: Langit Sampaikan (Lirik: Hang Nadim Komposer: Iaq)
  • 2017: Aku, Dia dan Rasa (Lirik: Sazali Salleh Komposer: Andy Ahmad)
  • 2019: Sebuah Cinta feat. Ryzall Noh (Lirik: Boy Aedly Komposer: Boy Aedly & Ryzall Noh)
  • 2019: Impian feat. KP Black & Safarul (Lirik: KP Black, Safarul & Rahila Rashun Komposer: KP Black)

Videografi sunting

Muzik video sunting

Panampilan Awam sunting

  • 2012: Go Glam Mediacorp Ria 89.7 Fm
  • 2016: Akademi Fantasia AF2016
  • 2017: D'Academy Asia Musim ke 3
  • 2019: SG Mania Mediacorp Suria

Rujukan sunting

  1. ^ Sabar, kerja keras Rahila bawa jaya. Berita Harian. Dicapai pada 31 Oct, 2019.
  2. ^ Rahila terharu diingati penyiar Indonesia. Berita Harian. Dicapai pada 20 Dec, 2018.
  3. ^ 'Impian' 3 suara. Berita Harian. Dicapai pada 22 Nov, 2019.
  4. ^ Rahila AF2016 - Langit Sampaikan (Official Music Video). Astro Gempak. Dicapai pada 12 Oct, 2016.
  5. ^ Rahila Rashun - Aku, Dia Dan Rasa). Rahila - Topic. Dicapai pada 22 May, 2017.

Pautan Luar sunting