Abdul Rahim Mohd Noor

Ketua Polis Negara Malaysia ke-5
(Dilencongkan dari Rahim Noor)

Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd. Noor (lahir 6 Jun 1943) ialah Ketua Polis Negara Malaysia yang kelima dan berkhidmat dari 16 Januari 1994 sehingga 7 Januari 1999.

YBhg Tan Sri

Abdul Rahim Mohd Noor
Ketua Polis Negara Malaysia ke-5
Dalam jawatan
16 Januari 1994 – 7 Januari 1999
RajaSultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah
Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
MenteriMahathir Mohamad
Didahului olehMohammed Hanif Omar
Digantikan olehNorian Mai
Butiran peribadi
Lahir (1943-06-06) 6 Jun 1943 (umur 80)
Serkam, Melaka
PasanganPuan Sri Faridah Abdul Razak

Dilahirkan di Serkam, Melaka, Abdul Rahim menjadi Ketua Polis Negeri Selangor pada 21 Julai 1984 dan Timbalan Ketua Polis Negara pada 14 Jun 1989.

Kontroversi sunting

Pada 26 Oktober 2011, semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Perkasa kali ke-2 di Setiawangsa, sebuah pertubuhan kanan jauh. Beliau menyamakan gelombang hak asasi manusia dengan komunisme dan satu agama baru. Hak asasi manusia ini akan mengemukakan pandangan liberal dan akhirnya mempersoalkan institusi raja.[1] Lantas, akhbar berbahasa Cina seperti Sin Chew mempertikaikan kenyataan beliau dan mengungkit semula peranan beliau ketika 'mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. Sebenarnya pembebasan hamba abdi oleh Abraham Lincoln dan kempen anti-aparteid oleh Nelson Mandela adalah berasaskan hak asasi manusia.[2]

Abdul Rahim mendakwa bahawa sebahagian aktivis Melayu berhaluan kiri menjadi 'musang berbulu ayam'. Matlamat mereka mahu menjadikan Malaysia sebuah republik. Dalam majlis itu Abdul Rahim menerima 'Anugerah Tertinggi Perkasa'. Dua penerima sebelum ini ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tun Ibrahim Ismail.[3]

Penanugerahan sunting

  •   Malaysia :
    •   Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) (1982)
    •   Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) - Tan Sri (1990)
    •   Panglima Mangku Negara (P.M.N.) - Tan Sri (1995)
  •   Melaka :
    •   Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M.) - Datuk (1986)
  •   Pahang Darul Makmur :
    •   Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P.) - Dato' Indera (1993)
  •   Selangor :
    •   Dato Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) - Dato' (1994)
  •   Sabah :
    •   Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) - Datuk Seri Panglima (1996)

Rujukan sunting

  1. ^ Bekas KPN: Awas gelombang hak asasi
  2. ^ A devil called Human Rights
  3. ^ "Perkasa dan Rahim — Awang Selamat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-31. Dicapai pada 2011-11-02.

Pautan luar sunting


Penyandang Terdahulu Ketua Polis Negara
16 Januari 1994 – 7 Januari 1999

penyandang kemudian=Tan Sri Norian Mai

Penyandang Kemudian
Tun Mohd Hanif Omar
{{{penyandang kemudian}}}