Rahim Othman
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini) |
Abdul Rahim bin Othman atau lebih sebagai Rahim Othman merupakan salah seorang komposer dan pemuzik terkenal di Malaysia. Beliau telah meninggal dunia pada 16 Julai 2015 pukul 4:45 pagi di Hospital Sungai Buloh, Selangor kerana komplikasi paru-paru.
Rahim Othman | |
---|---|
Kelahiran | 12 Januari 1955 Johor Bahru, ![]() |
Meninggal dunia | 16 Julai 2015 Hospital Sungai Buloh, Selangor | (umur 60)
Genre | Pop, Rock |
Pekerjaan | Komposer, pemuzik |
Tahun aktif | 1980 |
Pengkarya berkait | Kumpulan Carefree Allahyarham Taib Othman (abang) Kid Search (anak saudara) Din Search (anak saudara) Lomaq Kris (anak saudara) |
Beliau merupakan adik kepada komposer Allahyarham Taib Othman dan bapa saudara kepada Hamzah bin Mohd Taib (Kid Search), Nordin bin Mohd Taib (Din Search) dan Musa bin Mohd Taib (Lomaq Kris).
Banyak lagu ciptaan beliau yang menjadi siulan peminat sehingga kini, antaranya Takdir dan Waktu nyanyian kumpulan Mega yang dinobatkan sebagai Lagu Terbaik di Anugerah Juara Lagu 1991 dan Untukmu Ibu dendangan kumpulan Exists.
Lagu ciptaanSunting
Maklumat selanjutnya: Diskografi Rahim Othman