Rahimah Alias (3 Mac 1931 – 30 Disember 2009) adalah seorang seniwati filem Melayu yang berbakat pada era 1950-an hingga 1960-an. Terkenal kerana watak isteri Haji Bakhil didalam Labu dan Labi.

Rahimah Alias
Kelahiran(1931-03-03)3 Mac 1931
Kampung Gadong, Kota, Negeri Sembilan, Malaysia
Meninggal dunia30 Disember 2009(2009-12-30) (umur 78)
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam, Selangor.
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1957-1963

Kehidupan awal sunting

Seniwati jelitawan ini dilahirkan pada 03 Mac 1931 di Kampung Gadong, Kota, Negeri Sembilan. Beliau merupakan salah seorang pelakon bebas yang tidak terikat dengan mana mana studio. Rahimah Alias telah berlakon sebanyak 32 buah filem dari 3 buah studio. (MFP, Cathay Keris & Studio Merdeka)

Kehidupan peribadi sunting

Rahimah Alias telah berkahwin kali ke-2 dengan Mejar Samad di Kuala Lumpur dan dikurniakan seorang anak perempuan, Sandra Samad. Sandra Samad adalah ibu kepada penyanyi indie Liyana Fizi.

Kerjaya sunting

Rahimah muncul kali pertama didalam filem epik Pontianak pada tahun 1957, dibintangi oleh Seniwati Maria Menado. Antara filem terawal lakonan beliau adalah Dendam Pontianak (1958), Che Mamat Parang Tumpul (1958), Sumpah Pontianak (1958), Tunang Pak Dukun (1960). Beliau membawa watak ibu kepada Roseyatimah, berlakon dalam loghat Minang.

Dalam tahun itu juga, P. Ramlee telah memilih Rahimah untuk berlakon sebagai Yang Chik, ibu kepada Tengku Zaleha, dalam filem Antara Dua Darjat (1960) keluaran Malay Film Productions. Selepas filem ini, Rahimah dipelawa untuk berlakon dalam filem Keris Sempena Riau terbitan Studio Merdeka KL pada tahun 1961.

Pada tahun yang sama, Rahimah kembali ke Singapura untuk berlakon bersama Cathay Keris dan Shaw Brothers. Antara filem-filem lakonan Rahimah Alias ialah Yatim Mustapha, Chuchu Datok Merah, Mas Merah, Ibu Mertua-ku, Labu dan Labi dimana beliau membawa watak paling dikenali sehingga kini: Isteri Hj. Bakhil. Terdapat juga babak dalam filem ini beliau memetik dialog dalam loghat Minang bersama Hj. Bakhil lakonan Udo Omar.

Tahun 1961 merupakan tahun paling gemilang dalam karier beliau, disamping tawaran berlakon filem, wajah Rahimah Alias turut diabadikan didalam poster Tahun Melawat Malaya oleh Malayan Tourism Board. Rahimah dipilih berdasarkan wajah Melayu asli dan sering muncul berlakon watak berdialek Minang didalam filem lakonan beliau. Poster ini menampilkan Rahimah berkebaya dimana menjadi pakaian paling digemari wanita di Malaya tahun 60-an disamping berselendang cerah menambah lagi keayuan wajahnya. Poster ini turut memuatkan tarikan yang ada di seluruh Tanah Melayu, seperti Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar Perak, Masjid Sultan Abu Bakar di Johor, Pantai Terengganu & Kuil Siam Wat Phothivihan di Kelantan.

Rahimah menutup tirai karier beliau dengan membintangi filem Cempaka Biru di mana beliau berlakon dengan anaknya sendiri iaitu Seniwati Suraya Harun pada tahun 1963.

Selepas sahaja Suraya berkahwin dengan Seniman Mustapha Maarof, Rahimah bersara dari dunia perfileman setelah mendapat tawaran bekerja sebagai jurusolek kanan dengan TV Malaysia yang baharu sahaja ditubuhkan.

Kematian sunting

Rahimah Alias meninggal dunia pada 30 Disember 2009 pada usia 78 tahun. Beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1957 Pontianak Isteri Penghulu Filem pertama
1958 Che Mamat Parang Tumpul
Dendam Pontianak Isteri Penghulu
Sumpah Pontianak
1960 Tunang Pak Dukun Mak Tijah
Antara Dua Darjat Yang Chik
1961 Yatim Mustapha Permaisuri Kedua
Keris Sempena Riau Permaisuri Riau
Mas Merah
1962 Ibu Mertua-ku Hayati
Labu dan Labi Isteri Haji Bakhil
1963 Chuchu Datok Merah Inang
Cempaka Biru Filem terakhir

Pautan luar sunting