Toh Puan Rahimah Stephens ( 22 Oktober 1930 - 14 Mac 2022. (Dilahirkan : Beaufort, Sabah) merupakan isteri kepada Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama. Beliau pernah menjadi ADUN kawasan Kiulu, Tuaran, Sabah. Pada tahun 2011, beliau dinobatkan sebagai "Tokoh Mubarak 2011" sempena Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Ke-8 di Kota Kinabalu.[1]

Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah

Rahimah Stephens
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Kiulu
Dalam jawatan
15 Julai 1976 – 1985
Didahului olehMohammad Fuad Stephens
Digantikan olehGisin Lombut
Butiran peribadi
LahirCecilia June Lutter
(1930-10-22)22 Oktober 1930
Beaufort, Borneo Utara
Meninggal dunia14 Mac 2022(2022-03-14) (umur 91)
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Sebab kematianSerangan jantung
KerakyatanMalaysia
PasanganMohammad Fuad Stephens
Anak-anakAffendi Stephens
Asgari Stephens
Faridah Stephens
Fauziah Stephens

Politik sunting

Pada tahun 1961, beliau menjadi Ketua Wanita Parti UNKO (kemudian dinamakan UPKO) yang ditubuhkan oleh suami beliau, Tun Fuad Stephens. Kemudian, beliau menjadi Ketua Wanita Parti Berjaya dan menjadi Wakil Rakyat Kawasan Kiulu setelah menang dalam pilihan raya kecil Sabah. Pada 17 Julai 1976, beliau dilantik sebagai Menteri Kebajikan dalam Kerajaan Negeri Sabah. Beliau merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Menteri dalam Kerajaan Negeri Sabah.

Pandu Puteri sunting

Beliau menjadi ahli Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja dan Pandu Puteri Renjer semasa di bangku sekolah. Pada tahun 1951, beliau memimpin Pandu Puteri Tunas sebagai Kakak Setia di Kota Kinabalu. Manakala pada tahun 1959 hingga 1960-an, beliau menjadi ahli majlis Pandu Puteri Negeri Sabah. Seterusnya, pada tahun 1974, beliau menjadi Penaung Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sabah.

Pada tahun 2000, beliau membantu 'jualan meja' di Hotel Magellan Sutera sempena Ulang Tahun Ke-80 Pandu Puteri di Sabah. Beliau juga terlibat dalam persediaan dan perundingan dengan pihak Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu untuk menjayakan Persidangan Pesuruhjaya dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada Jun 2006.

Sumbangan lain sunting

Beliau juga aktif dalam Sabah Anti Tuberculosis Association (SABATA), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (cawangan Sabah), Inner Wheel Club, National Stokees Association, Cawangan Sabah (NASAM), dan Senior Citizen Association. Beliau juga merupakan pengasas Sabah Heart Fund (SOS).

Anugerah sunting

Beliau dianugerahi pingat P.G.D.K. yang membawa gelaran "Datuk" (pada tahun 1971) dan Anugerah S.P.D.K. yang membawa gelaran Datuk Panglima (pada tahun 1982). Pada tahun 1985 beliau dianugerahi "Tun Fatimah Gold Award" oleh NCWO. Selain itu, beliau juga menerima anugerah "Tokoh Wanita" sempena Hari Wanita 2003 pada 19 Oktober 2003.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Transformasi menyeluruh - PM". Utusan Malaysia. 7 Mei 2011. Dicapai pada 15 Oktober 2011‎. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  2. ^ "PBiodata Penerima Anugerah Sri Kandi Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2006". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-18. Dicapai pada 15 Oktober 2011‎. Check date values in: |accessdate= (bantuan)