Rahman Shaari

penulis dan pemuisi Malaysia, Sasterawan Negara

SN Dato' Rahman bin Shaari (lahir 5 September 1949) ialah seorang ahli akademik yang banyak menulis pelbagai buku dan rencana di Malaysia. Beliau menekuni semua genre sastera, termasuklah puisi, drama, cerpen, novel dan kritikan sastera. Beliau anak kelahiran Kampung Gial di Mata Ayer, Perlis serta bersekolah di Sekolah Sultan Alam Shah Cheras. Beliau telah dipilih sebagai Sasterawan Negara Malaysia yang ke-15[1][2].

Dato'

Rahman Shaari

DPSJ, SSP (Perlis)
Kelahiran (1949-09-05) 5 September 1949 (umur 74)
Kampung Gial, Mata Ayer, Perlis
WarganegaraMalaysia
Terkenal keranamemperkenalkan Teori Anjakan Makna di Malaysia
AnugerahSasterawan Negara Malaysia (2022)
Anugerah Penulis Asia Tenggara (2007)

Latar belakang sunting

Rahman pernah menerima Hadiah Sastera Malaysia kategori puisi sebanyak tiga kali pada tahun 1976, 1982, 1986 dan memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada 2003 serta pernah menerima Anugerah Penyair Gapena pada 2013. Beliau juga memenangi Hadiah Penulisan Esei Utusan Melayu dalam bidang pantun pada 2014 dan menerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara pada 2007.

Pada tahun 1977-1979 beliau merupakan guru di Perlis dan kemudian bertukar ke Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan sebagai Pegawai Kurikulum. Beliau juga pernah menyandang jawatan Profesor di Universiti Malaya pada 2003[2].

Beliau merupakan individu yang memperkenalkan Teori Anjakan Makna di Malaysia[2][3].

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Darjah kebesaran sunting

  •   Perlis
    • Darjah Dato' Panglima Sirajuddin Jamalullail (D.P.S.J.) - Dato' (2013)
    • Pingat Seri Sirajuddin Perlis (SSP) - 2009

Anugerah kesusasteraan sunting

Hasil penulisan sunting

Berikut ialah beberapa karya Rahman Shaari[4]

  1. Anjung persinggahan :DBP, 2006.
  2. Media di Malaysia : mendukung citra bangsa / Suntingan oleh Hamedi Mohd. Adnan, Rahman Saari.: Penerbit Universiti Malaya, 2006.
  3. The garden and other poems : a collection of Malaysian poetry / Susunan, Rahman Shaari : City Megazone, 2004.
  4. Kamus kata klasik : panduan kajian prosa dan puisi tradisional : Utusan Publications & Distributors, 2002.
  5. Persediaan menulis sajak:DBP, 2001.
  6. Syair Badrul Zaman : puisi tradisional untuk pelajar tingkatan 1 : PTS Publications & Distributors, 2001.
  7. Sebuah hati di Cheng Du : antologi puisi dan cerpen remaja / diselenggarakan oleh Rahman Shaari dan Othman Puteh.:DBP, 1999.
  8. Perjuangan Kedua.:DBP, 1999.
  9. Kesusasteraan dalam pendidikan sastera : Fajar Bakti, 1998.
  10. Tirai tokoh Rahman Shaari. : Fajar Bakti, 1997.
  11. Ilustrasi sekeping hati : antologi puisi dan cerpen remaja / diselenggarakan oleh Othman Puteh dan Rahman Shaari :DBP, 1997.
  12. Keris Tok Janggut / diselenggarakan oleh Rahman Shaari : Fajar Bakti, 1997.
  13. Suluh peraba : Fajar Bakti, 1996.
  14. Sinopsis 50 novel III :DBP, 1995.
  15. Langit di tangan / diselenggarakan oleh Rahman Shaari ; Siti Zainon Ismail:DBP, 1995.
  16. Sinaran permata / diselenggarakan oleh Anwar Ridhwan ; Rahman Shaari :DBP, 1995.
  17. Melati dan bahang :DBP, 1994.
  18. Melirik mawar / diselenggarakan oleh Rahman Shaari :DBP, 1994.
  19. Memahami gaya bahasa / Rahman Shaari :DBP, 1993.
  20. Begini rupanya / diselenggarakan oleh Othman puteh, Rahman Shaari. :DBP, 1993
  21. Puisi-puisi pilihan Usman Awang ; untuk Tingkatan 6 / Rahman Shaari : Penerbit Fajar Bakti, 1992
  22. Bakti pelajar berani. : Penerbit Fajar Bakti ; 1992.
  23. Permatang budi / diselenggarakan oleh Rahman Shaari, T. Alias Taib.: Penerbit Fajar Bakti, 1991.
  24. Ikhtisar sastera untuk menengah atas : Penerbit Fajar Bakti, 1991.
  25. Politik Mahathir : sikap dan pemikiran : 'D' Enterprise, [1990?]
  26. Antologi sajak : Di tengah taman / diselenggarakan oleh Rahman Shaari. : Sasbadi, 1990.
  27. Berkenalan dengan kritikan sastera : Fajar Bakti, 1989.
  28. Norhana.: Marwilis publisher & Distributors sdn. Bhd. 1989.
  29. Politik Mahathir : langkah & perhitungan. : Mahir Holdings, 1989.
  30. Teman Pelajar Peribahasa untuk KBSM / Mohd Tajuddin Abdul Rahman, Rahman Shaari. : Fajar Bakti, 1989.
  31. Kritikan Sastera Melayu : pendekatan dan pemikiran :DBP, 1988.
  32. Gangguan.: Pelanduk Publications (M), 1988.
  33. Jendela / diselenggarakan oleh Rahman Shaari. : Teks Publishing, 1988.
  34. Rangkaian puisi klasik / diselenggarakan oleh Rahman Shaari, Mohd. Pozi Hj. Masurori. : Teks Publishing, 1988.
  35. Serpihan diri :DBP, 1987.
  36. Glosari istilah sastera : 'K' Publishing & Distributors Sdn. Bhd. , 1987.
  37. Penilaian dan penghayatan sastera. : Marwilis Publisher, 1987.
  38. Matahari tak selamanya rembang : kumpulan cerita lakonan untuk sekolah menengah / Susunan Rahman Shaari, A. Rahim Abdullah.: Fajar Bakti, 1985.
  39. Perhitungan Mahathir : Penerbitan Tra-Tra, 1984.
  40. Kajian Keluarga Gerilya : Media Intelek, 1984
  41. Zaman Mahathir : Munora, 1983.
  42. Kuntum pertiwi / Anwar Ridhwan & Rahman Shaari. :DBP, 1982.
  43. Kesan kunjungan : Utusan Pulications & Distributors, 1982.
  44. Bimbingan istilah sastera : Tra-Tra Publishing , 1982.
  45. Di sekitar sastera dan kritikan : Utusan Publications & Distributors , 1981.
  46. Air mata gembira.: Fajar Bakti , [19?)
  47. Sorotan dan kajian cerita seorang seniman.
  48. Glosari istilah sastera.

Rujukan sunting

  1. ^ Rafidah Mat Ruzki (Jun 22, 2022). "Rahman Shaari dipilih Sasterawan Negara ke-15". BH. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  2. ^ a b c KAMARIAH KHALIDI (22 Jun 2022). "Rahman Shaari diumum penerima Anugerah Sastera Negara Ke-15". Utusan Malaysia. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  3. ^ "ANJAKAN MAKNA DALAM PERCAKAPAN SEHARIAN KITA". Saya Pejuang Bahasa. Julai 2017. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  4. ^ https://openlibrary.org/authors/OL6954684A/Rahman_Shaari