Rahmat Ekamatra
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Engku Rahmat bin Engku Ismail atau nama pentasnya Rahmat (lahir 19 Mei 1968) adalah seorang penyanyi, pencipta lagu dan penerbit album di Malaysia. Beliau memiliki sebuah syarikat iaitu Rahmat Entertainments.
Rahmat (Ekamatra) | |
---|---|
Nama lahir | Engku Rahmat bin Engku Ismail |
Juga dikenali sebagai | Rahmat Ekamatra |
Kelahiran | Kota Tinggi, Johor | 19 Mei 1968
Berasal dari | Malaysia |
Genre | Pop rock , Balada |
Pekerjaan | Penyanyi & Pemuzik |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1989–sekarang |
Syarikat rakaman | 1993–2003: EMI 2006: FMC 2011: Sofa Production |
Pengkarya berkait | M. Nasir, Ekamatra |
Pembabitan awal
suntingRahmat memulakan kerjaya nyanyiannya bersama Kumpulan Ekamatra pada tahun 1988 setelah memenangi pertandingan Juara Rock Johor. Pada waktu itu kumpulan ini dikenali sebagai Diamond Head. Ekamatra telah mengeluarkan album pertama mereka berjudul Satu Tekanan Irama pada tahun 1989. Melalui album ini, Ekamatra menjadi popular melalui lagu Sentuhan Kecundang, Pusara Di Lebuhraya dan Hanya Satu Persinggahan.
Pada tahun 1990, Rahmat mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan Ekamatra dan menubuhkan kumpulan muzik baru yang diberi nama RAHMAT. Single pertama kumpulan ini berjudul Rajuk, disusuli dengan single kedua berjudul Menanti Kasih Di Hujung Hari. Namun kumpulan Rahmat juga tidak bertahan lama apabila terpaksa dibubarkan selepas album tersebut.
Kerjaya solo
suntingPada tahun 1993, Rahmat muncul dengan album solo pertama berjudul Rahmat II. Album ini meletup di pasaran dengan lagu hit Siapa Di Hatimu. Lagu ini juga membawa Rahmat ke peringkat separuh akhir kategori Balada Juara Lagu 1994. Selain itu lagu Hanya Setitik Kasih turut diminati ramai.
Album solo kedua beliau menyusul pada tahun 1996 dengan judul Ku Lepaskan Rindu. Album ini turut mendapat sambutan dan lagu Ku Lepaskan Rindu meneruskan kejayaan beliau.
Album solo ketiga beliau, Hanya Segenggam Setia dihasilkan pada tahun 1997. Lagu Hanya Segenggam Setia menjadi siulan ramai dan meneruskan kesinambungan kejayaan beliau.
Di Sini Kasihku Abadi merupakan judul album solo keempat Rahmat yang masih bernaung di bawah syarikat rakaman yang sama iaitu EMI. Lagu hit utama dalam album ini ialah Di Sini Kasihku Abadi dan lagu kumpulan Alleycats yang dirakam semula dengan nafas baru, Seribu Bintang.
Pada tahun 2000 juga Rahmat berpeluang menghasilkan album Kau Yang Pertama yang memuatkan lagu-lagu penyanyi popular lain yang diberi nafas baru, antaranya ialah Kucari Damai Di Hati (Gingerbread).
Album solo keenam Rahmat, Kekasihku dihasilkan pada tahun 2002 dan memuatkan lagu utamanya berjudul Kekasihku. Tradisi beliau merakamkan lagu lama diteruskan dan kali ini sebuah lagi lagu popular Alleycats, Sampaikan Salam Cintaku menjadi pilihan beliau.
Pada tahun 2006 Rahmat bernaung di bawah syarikat FMC dan muncul dengan album solo ketujuh berjudul Antologi setelah beberapa tahun menyepikan diri. Album ini memuatkan tiga lagu baru. Rahmat juga turut merakamkan semula tiga buah lagu popularnya ketika bersama Ekamatra iaitu "Pusara Di Lebuhraya", "Sentuhan Kecundanng" dan Hanya Satu Persinggahan dengan nafas baru.
Selepas itu beliau kembali menyepikan diri sehinggalah pada tahun 2011 beliau muncul dengan album mini berbentuk kerohanian berjudul Semarak Cinta Rasulullah. Album terbitan Sofa Production Sdn. Bhd. ini mengandungi lima buah lagu berbahasa Arab yang diadun semula dalam bentuk qasidah. Tanpa publisiti yang meluas album ini berjaya terjual kira-kira 10,000 unit.
Keunikan vokalnya yang lemak merdu menjadikan Rahmat diingati sebagai salah seorang penyanyi lelaki terbaik Malaysia dalam genre pop rock dan balada. Beliau juga dikenali sebagai seorang artis yang 'low profile' dan bersih dari sebarang gosip-gosip liar.
Diskografi
suntingAlbum bersama Ekamatra
sunting- Satu Tekanan Irama (1989)
Album bersama Rahmat
sunting- Rahmat (1991)
Album solo
sunting- Rahmat II (1993)
- Ku Lepaskan Rindu (1996)
- Hanya Segenggam Setia (1997)
- Di Sini Kasihku Abadi (2000)
- Kau Yang Pertama (2001)
- Kekasihku (2002)
- Antologi (2006)
Album mini Kerohanian
sunting- Semarak Cinta Rasullullah (2011)
- Semarak Cinta Rasullullah 2 (2012)
- Maula Yasalli (2015)
Album kompilasi
sunting- Rahmat Ekamatra & Saleem Iklim (2002)
- Rahmat No. 1 (2004)
- Rahmat: The Best of Me (2004)
- Rahmat & Ekamatra: Memori Hit 1989-1995 (2005)
- Rahmat & Ekamatra: Lagenda Hit (2010)
Anugerah/Pencapaian
sunting- Rahmat pernah menerima pencalonan Top 5 dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1993 dan 2000.
- Lagu Siapa Di Hatimu pernah bertanding di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik kategori Balada pada tahun 1994 manakala lagu Hanya Segenggam Setia bertanding di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik kategori Balada pada tahun 1998.