Raifal gempur adalah sejenis raifal yang direka untuk tujuan pertempuran dan dilengkapkan dengan ciri pilihan tembakan (iaitu mampu menembak dalam kedua-dua mod automatik penuh dan separa automatik). Raifal gempur merupakan senjata infantri piawai di dalam kebanyakan angkatan tentera moden, dan mengantikan penggunaan raifal tempur yang lebih berkuasa seperti M14, FN FAL dan Heckler & Koch G3. Antara contoh raifal gempur adalah Colt M16, AK-47 dan Steyr AUG.

Raifal AK-47 pertama kali digunakan oleh Tentera Merah Kesatuan Soviet pada tahun 1949. Ia menggunakan peluru M43 7.62 x 39 mm M43.
Raifal Colt M16 digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat buat pertama kalinya pada tahun 1964. Ia menggunakan peluru 5.56 x 45 mm NATO.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  • Crawford, S. (2003). Twenty-First Century Small Arms. MBI Publishing Company. ISBN 0-7603-1503-5
  • Cutshaw, C. (2006). Tactical Small Arms of the 21st Century. Gun Digest Books. ISBN 0-87349-914-X
  • Halls, Chris. (1974) Guns in Australia, Paul Hamlyn, Sydney. ISBN 0-600-07291-6
  • Lewis, J. (2004). Assault Weapons: An In-Depth Look at the Hottest Weapons Around. Krause Publications. ISBN 0-87349-658-2
  • Popenker, M. et al. (2004). Assault Rifle. Wiltshire: The Crowood Press Ltd. ISBN 1-86126-700-2
  • Senich , P. (1987). German Assault Rifle: 1935-1945. Paladin Press. ISBN 0-87364-400-X

Pautan luar sunting