Raifal penembak tepat

Raifal penembak tepat adalah sejenis raifal yang digunakan bagi mendapatkan ketepatan tembakan pada jarak yang lebih jauh berbanding senjata kecil. Raifal jenis ini biasanya dibina untuk ketepatan yang optima dan dilengkapkan dengan satu pejera teleskopik dan menggunakan katrij "api tengah" tentera. Istilah raifal penembak tepat sering kali digunakan di dalam media bagi menghuraikan sebarang jenis senjata api ketepatan tinggi yang dipasangkan dengan pejera teleskopik bagi menentang sasaran manusia.

M40 yang berkaliber NATO 7.62x51mm merupakan raifal penembak tepat standard untuk Kor Marin Amerika Syarikat.
Siri-siri raifal penembak tepat Accuracy International Arctic Warfare merupakan raifal penembak tepat standard bagi kebanyakan negara di dunia termasuk Britain dan Jerman (foto menunjukan raifal milik Tentera Darat Jerman).
"Alex" adalah merupakan raifal penembak tepat "tindakan bolt" berkaliber 7.62x51mm baru milik Poland.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting