Raihanah binti Zaid

Raihanah binti Zaid Arab: ريحانة بنت زيد) (Ibrani: ריחאנה בת זיד Raychana bat Zayd, ialah seorang wanita Yahudi daripada Bani Quraizah.

Raihana berasal daripada Bani Nadhir dan berkahwin dengan seorang lelaki Quraizah. Selepas kekalahan Bani Quraizah dalam pengepungan kubu mereka selepas Perang Ahzab, Raihana ditawan sebagai seorang hamba. Nabi Muhammad s.a.w. SAW mengambil Raihanah sebagai hamba baginda (Ma malakat aymanukum) dan menawar untuk mengahwininya sekiranya raihanah memeluk Islam. Mengikut Guillaume, Raihanah enggan berbuat demikian dan walaupun beliau kemudiannya memeluk Islam, beliau meninggal dunia sebagai seorang hamba.[1]

Ibnu Sa'ad menulis (dan memetik al-Waqidi yang Raihanah dibebaskan dan kemudiannya mengahwini Nabi Muhammad.[2] Ibnu Hajar memetik sebuah gambaran tentang rumah yang diberikan nabi Muhammad kepada Raihanah daripada karya Ibn al-Hassam bertajuk Sejarah Madinah.[3]

Dalam sebuah versi lain, Hafiz bin Minda menulis yang Nabi Muhammad membebaskan Raihanah dan beliau pulang untuk tinggal bersama-sama kaumnya. Versi ini dikatakan yang berkemungkinan tinggi oleh sarjana Muslim abad ke-19, Shibli Nomani.[4]

Tidak banyak yang diketahui tentang Raihanan. Raihanah meninggal dunia semasa berusia masih muda, sejurus selepas Nabi Muhammad menunaikan Haji, dan disemadikan di makam Jannat al-Baqi.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ Guillaume, Alfred. The Life of Muhammad: A Translation of Ibn Ishaq's Sirat Rasul Allah, p. 466. Oxford University Press, 1955. ISBN 0-19-636033-1
  2. ^ Ibn Sa'd. Tabaqat. m/s. vol VIII, pg. 92–3. Unknown parameter |nopp= ignored (bantuan)
  3. ^ Ibn Hajar. Isabaha. Vol. IV, pg. 309.
  4. ^ Nomani, Shibli (1979). The Life of the Prophet. Vol. II, pg. 125–6
  5. ^ al-Halabi, Nur al-Din. Sirat-i-Halbiyyah. Uttar Pradesh: Idarah Qasmiyyah Deoband. m/s. vol 2, part 12, pg. 90. Unknown parameter |nopp= ignored (bantuan) Translated by Muhammad Aslam Qasmi.