Raja Chulan ibni Sultan Abdullah Muhammad Shah II
Yang Amat Mulia Raja Sir Chulan ibni Almarhum Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II Habibullah (1 Julai 1869 - 10 April 1933) merupakan seorang kerabat diraja negeri Perak (bukan penulis buku Misa Melayu).
Raja Chulan | |||||
---|---|---|---|---|---|
Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan | |||||
Raja Di-Hilir Perak | |||||
Kemahkotaan | 1 Disember 1920 | ||||
Didahului oleh | Raja Yussuff ibni Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Muhtaram Shah Radziallah | ||||
Diikuti oleh | Raja Idris ibni Sultan Iskandar Shah Kaddasullah | ||||
Keputeraan | Raja Chulan ibni Raja Abdullah 1 Julai 1869 Tanjung Brambang, Perak | ||||
Kemangkatan | 10 April 1933 Rumah Kelsumah, Kuala Kangsar, Perak | (umur 63)||||
Pemakaman | Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak | ||||
Pasangan | YAM Raja Kechil Puteh Kalsum binti Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Shah Rahmatu’llah (k. 18 Disember 1899) | ||||
Anakanda |
| ||||
| |||||
Kerabat | Kerabat Diraja Perak | ||||
Ayahanda | Sultan Abdullah Muhammad Shah II Habibullah | ||||
Bonda | Raja Perempuan Ampuan Besar Raja Tipah binti Sultan Shahabuddin Riayat Shah Saifullah | ||||
Agama | Islam |
Biografi ringkas sunting
Dilahirkan di Tanjung Brambang, Raja Chulan merupakan anakanda kedua Almarhum Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II Habibullah yang dibuang negeri ke Pulau Seychelles bersama isterinya, Raja Perempuan Ampuan Besar Raja Tipah binti Almarhum Paduka Seri Sultan Shahabuddin Riayat Shah Saifullah. Baginda mendapat pendidikan di Sekolah Tinggi Melaka, dan kemudiannya di Institusi Raffles, Singapura.
Pada tahun 1896, Raja Chulan dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah Selama sehingga tahun 1897. Baginda merupakan tokoh yang bertanggungjawab untuk membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada negeri Selangor, negeri Perak, Pahang dan Negeri Sembilan pada 1 Julai 1896. Pada tahun 1911, Raja Chulan bersara daripada perkhidmatan awam selepas menyandang beberapa jawatan pentadbiran yang agak penting.
Pada 1 Disember 1920, Raja Chulan dilantik sebagai Raja Di-Hilir Perak yang merupakan tempat ketiga dalam pewarisan takhta Kesultanan Perak. Empat tahun kemudian, pada tahun 1924, baginda dilantik sebagai orang Melayu tak rasmi yang pertama dalam Majlis Persekutuan. Baginda memainkan peranan yang utama dalam perbincangan-perbincangan Majlis untuk memperdebatkan dengan bersungguh-sungguh terhadap kepentingan orang Melayu, dan menyokong cadang-cadangan untuk membahagikan semula kuasa pentadbiran yang kemudian itu dipusatkan di Kuala Lumpur kepada negeri-negeri persekutuan.
Raja Chulan berkahwin dengan Raja Kecil Puteh Kalsum, anak perempuan Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Shah Rahmatullah. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki Raja Zainal Azman Shah, dan 4 orang anak perempuan.
Penghormatan sunting
Bagi menghargai jasa Raja Chulan, nama baginda telah diabadikan antara lain, seperti berikut:
- Jalan Raja Chulan, sebatang jalan di Kuala Lumpur;
- Hotel Bertaraf Lima Bintang (5 Star) "The Royale Chulan Kuala Lumpur [1]" di Jalan Conlay. (Hotel ini dibawah Boustead Holding anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera LTAT).
- Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan yang terletak di Jalan Dairy, Taman Cempaka, Ipoh, Perak. Sebelah sekolah ini ialah Politeknik Ungku Omar dan Maktab Perguruan Kinta, Ipoh (kini dipindahkan ke Perlis).
Keturunan sunting
Rujukan sunting
Bibliografi sunting
- Ensiklopedia World Book, 1994. ISBN 0-7166-6694-4