Raja Ema

Penyanyi, pelakon dan model Malaysia

YM Raja Ema YM Raja Ibrahim (lahir 26 November 1968) atau lebih terkenal sebagai Raja Ema (juga sebagai Kekma) ialah seorang penyanyi, pelakon, model dan usahawan Malaysia. Selain itu, beliau pernah mendapat gelaran Puteri Pop Malaysia 80an kerana album studio pertamanya, Volume 1 telah berjaya terjual sebanyak lebih 100,000 unit pada tahun 1985 dan 1986 sekaligus mengangkat nama Raja Ema sebagai salah seorang penyanyi paling laris sepanjang era 80an. Disamping itu, Raja Ema juga turut mendapat jolokan sebagai Cyndi Lauper Malaysia kerana seringkali tampil dengan menggayakan fesyen skirt kembang ketika membuat persembahan persis bintang pop kelahiran Amerika Syarikat itu. Selain daripada kejayaan dalam bidang nyanyian, Raja Ema merupakan seorang pelakon wanita yang sangat berjaya dizaman kegemilangannya sehingga digelar Ratu Filem Usahasama kerana pernah berlakon sebanyak 7 buah filem usahasama Malaysia-Indonesia.

Raja Ema
-
-
Kelahiran
YM Raja Ema binti YM Raja Ibrahim

(1968-11-26) 26 November 1968 (umur 55)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, model, usahanita
Tahun aktif1985–1993, 1999, 2012–kini
PasanganSheqal (k. 1993; c. 1999)
Anak-anak2 orang
Ibu bapaYusni Jaafar
YM Raja Ibrahim Bin YAM Raja Ngah Mansur
IbuYusni Jaafar
BapaYM Raja Ibrahim Bin YAM Raja Haji Ngah Muhammad Mansur
SaudaraChempaka Booty (sepupu)
Asmara Booty (sepupu)
Kesuma Booty (sepupu)
Surya Booty (sepupu)
Purnama Booty (sepupu)
Erni Sulastri (sepupu)
Sukarni Jaafar (ibu saudara)
Kasma Booty (ibu saudara)
Booty Jacobs (bapa saudara)
Jaafar Siddik (datuk)
Kasminik (nenek)
YM Raja Fatimah binti YAM Raja Ngah Mansur (ibu saudara)
YM Raja Roslaini binti YAM Raja Ngah Mansur (ibu saudara)
Hasri bin Hashim (sepupu)
Haslinda binti Hashim (sepupu)
Hasremy bin Hashim (sepupu)
YAM Raja Ngah Mansur ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah II / en:Abdullah Muhammad Shah II of Perak (datuk)
KeluargaPerak (sinak dasti)

Kerjaya sunting

Permulaan awal dan kerjaya muzik sunting

Raja Ema telah pun terkenal sebelum merakamkan satu lagu untuk album pertama beliau, malah beliau juga telah pun menghiasi muka depan majalah-majalah hiburan pada tahun 1985. Apabila album pertama beliau dipasarkan iaitu Volume 1 ramai yang mengkritik bahawa suara Raja Ema tidak matang tetapi bersetuju lagu Jejaka Idaman cukup sesuai dengan suara manja ketidakmatangan beliau itu.

 
Gambar Daripada Album Titik Bermula (1988)

Raja Ema adalah artis pertama secara rasmi yang muncul di rancangan hiburan TV3 Muzik-Muzik pada tahun 1986 untuk lagu Jejaka Idaman, walaupun lagu tersebut cukup popular namun lagu berentak pop tidak begitu mendapat perhatian oleh rancangan tersebut yang lebih cenderung memilih lagu balada. Jejaka Idaman tidak tersenarai dalam juara bulanan.

Raja Ema juga merupakan artis pertama Malaysia yang mempunyai klip video iaitu untuk lagu Di Pertemuan Ini. Penggambaran untuk klip lagu tersebut dibuat di beberapa jalan raya di Kuala Lumpur. Dalam umur 16 tahun Raja Ema telah mampu untuk membeli sebuah kereta Mazda hasil jualan album pertama yang melebihi 100,000 unit dan pertunjukkan pentas dan sebagainya.

Setelah gagal untuk tersenarai dalam Muzik-Muzik 1986 untuk lagu Jejaka Idaman, pada tahun yang sama Raja Ema muncul dengan album kedua iaitu Volume 2. Lagu pertama yang dipopularkan dalam album tersebut iaitu Angan-Angan berjaya tersenarai sebagai juara untuk bulan Januari 1987, namun pada pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu 1987, Raja Ema tidak dapat mempersembahkan lagu tersebut kerana beliau berada di Indonesia bagi penggambaran filem seram usahasama Malaysia-Indonesia berjudul Pernikahan Berdarah.

Sebagaimana Ella diberikan penghormatan untuk menyanyikan lagu tema untuk atlit Malaysia bagi Sukan Komanwel 1998 iaitu Standing in the Eyes of the World, Raja Ema pula adalah penyanyi pertama yang diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu 'penaik semangat' dan tema untuk atlit Malaysia yang bertanding dalam Sukan Olimpik Seoul 1988 dengan lagu Mentari Korea yang dipetik dari album ketiga beliau berjudul Titik Bermula dan terakhir bersama syarikat EMI.

Raja Ema adalah artis pertama yang dipilih sebagai duta kepada Syarikat Edaran Otomobil Nasional (EON) pada tahun 1988. Tahun 1988 Raja Ema berganding dengan Jamal Abdillah menyanyikan lagu iklan Hari Raya EON yang sering disiarkan dikaca TV pada ketika itu. Tahun 1989 juga, Raja Ema bersama dengan Sheila Majid dan Liza Othman terpilih sebagai model iklan sabun Lux.

Album terakhir beliau berjudul Tidakkah Aku Menyintaimu... pada tahun 1989 telah diterbitkan oleh syarikat kepunyaan Raja Ema sendiri iaitu EMAREC, ia juga menerbitkan album kumpulan Wom. Namun sebuah lagi kumpulan yang dianggotai oleh dua orang remaja tidak dapat diterbitkan kerana masalah undang-undang walaupun semua lagu telah dirakam dan hanya menunggu untuk diedarkan.

Sepanjang Raja Ema dalam bidang nyanyian, beliau mempunyai 4 buah album studio. 3 album bersama dengan syarikat EMI dan 1 album terbitan syarikat beliau sendiri iaitu EMAREC dan diedarkan oleh syarikat ASP (Antartic Sound Production).

Kerjaya lakonan sunting

Raja Ema mula menceburi dalam bidang lakonan apabila beliau ditawarkan untuk berlakon dalam filem Sayang yang merupakan filem pertama lakonan beliau. Di dalam filem itu, menapilkan seorang pelakon bintang rock terkenal negara iaitu Amy Search dan juga merupakan lakonan filem kedua beliau.

Sepanjang pembabitkan Raja Ema dalam bidang lakonan, beliau telah berlakon sebanyak 9 buah filem tempatan. Selain itu juga, beliau telah berlakon sebanyak 7 buah filem usahasama Malaysia-Indonesia menjadikan beliau sebagai pelakon paling banyak berlakon dalam filem usahasama.

Terdapat sebuah filem berjudul Camar Yang Pulang lakonan Raja Ema dengan Along Kamaludin pada tahun 1991 yang telah siap tetapi tidak ditayangkan. Sebuah drama lakonan bersama Jalil Hamid yang mana Raja Ema memegang watak wanita buta yang boleh melihat semula setelah dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh Jalil Hamid, juga belum ditayangkan di kaca televisyen hingga kini. Dalam penggambaran filem Sumpah Berdarah (1990) di Indonesia Raja Ema terpaksa di bawa ke hospital apabila beliau tercedera ketika menunggang motosikal.

Selain filem, Raja Ema pernah berlakon dalam sitkom iaitu pada tahun 1989 yang menggantikan Ziela Jalil di dalam sitkom Hafsham 2+1, namun kehadiran Raja Ema tidak disenangi oleh ramai penggemar sitkom tersebut kerana mereka mengatakan Raja Ema tidak pandai berlakon komedi. Selain itu juga, Raja Ema pernah berlakon dalam 2 buah drama yang pernah ditayangkan di TV3 sekitar tahun 1990-1991 dan sebuah drama bersiri Rumah Kedai pada tahun yang sama. Raja Ema pernah berlakon di dalam 2 buah teater iaitu Rumahku, Syurgaku pada tahun 1991 dan Masak-Masak pada tahun 1992. Teater Rumahku, Syurgaku telah ditayangkan secara langsung oleh RTM dan telah dihadiri oleh mantan Perdana Menteri sekarang iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tahun 1991 juga Raja Ema berlakon dalam drama terbitan RTM berkisar tentang kehidupan P. Ramlee. Raja Ema memegang watak Mariani manakala Melissa Saila sebagai Saloma. Raja Ema sempat mempersembahkan lagu Malam Pesta Muda Mudi untuk drama ini.

Kontroversi sunting

Pernikahan Berdarah sebuah filem usahasama Malaysia-Indonesia mendapat liputan meluas daripada pihak media yang menggembar-gemburkan adegan ranjang beliau bersama pelakon Indonesia Willy Dozan. Dalam kenyataan itu, bahawa Raja Ema dirogol 3 kali dalam filem tersebut. Pihak media menulis yang Raja Ema merasa kecil hati dengan kenyataan Fauziah Ahmad Daud bahawa beliau menolak tawaran berlakon dalam filem Pernikahan Berdarah kerana banyak adegan ranjang dan seksi yang keterlaluan dalam filem tersebut. Namun Raja Ema menyatakan semua adegan yang dilakonkan beliau dalam filem Pernikahan Berdarah tidak keterlaluan malah semasa penggambaran Raja Ema sentiasa ditemani oleh ibunya Yusni Jaafar. Fauziah Ahmad Daud pula berkata beliau menolak filem tersebut kerana ia memerlukan beliau berlakon sebagai gadis belasan tahun.

Persengketaan antara Raja Ema dan Fauziah Ahmad Daud nyata tidak benar apabila mereka berdua kelihatan mesra bersama ketika Pesta Filem Malaysia 1988 yang mana Raja Ema memenangi anugerah Pelakon Harapan untuk filem Mawar Merah manakala Fauziah Ahmad Daud memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik untuk filem Puteri.

Selain itu juga, persengketaan diantara Raja Ema dengan Erma Fatima untuk mendapatkan Badaruddin Azmi (suami Erma kini) berlaku pada tahun 1989 apabila Erma dikatakan cuba memikat Badar yang pada ketika itu sedang bercinta dengan Raja Ema malah telah mengenali antara satu sama lain sejak tahun 1987 lagi ketika Badar menjadi jurugambar bagi filem Mawar Merah. Namun Raja Ema menafikan bercinta dengan Badar dan hanya menganggapnya sebagai kawan.

Liputan media terhadap Raja Ema memuncak pada tahun 1992 setelah beliau dikatakan akan berkahwin dengan seorang kerabat di raja. Akhirnya spekulasi tentang hubungan Raja Ema dengan seorang kerabat tersebut berakhir apabila kedua-duanya membuat penafian secara rasmi di suratkhabar Utusan Malaysia yang disiarkan si muka hadapan dada akhbar tersebut.

Kehidupan peribadi sunting

Pada tahun 1993, Raja Ema tiba-tiba mengumumkan akan berkahwin dengan penyanyi nusantara Sheqal tanpa sebarang gosip percintaan antara mereka tersiar di majalah ataupun akhbar. Hasil daripada perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putera Ammar dan Putera Ihsan. Namun, ikatan perkahwinan yang dibina tidak berkekalan lama, Raja Ema dan Sheqal telah disahkan bercerai pada tahun 1999 kerana tidak lagi sehaluan serta sefahaman. Hingga kini Raja Ema tidak mengahwini dengan sesiapa. Hanya fokus pada agama dan kehidupan sendiri.

Diskografi sunting

Album Studio
Album Kerjasama
  • Hanya Untuk Mu (1999)
Album Kompilasi
  • Kenangan Manis Ema (1989)
  • Memori Hit: Raja Ema (2007)
  • Pertemuan Seribu Kenangan (2013)

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1987 Sayang Noni Filem pertama
Mawar Merah Kartika/Arti
Pernikahan Berdarah Murni Filem usahasama Malaysia - Indonesia
1988 Omong Besar Munah
Jodoh Boleh Diatur Rita
Antara Dua Hati Ina
1989 Cinta Berdarah Rita Filem usahasama Malaysia - Indonesia
Sepasang Mata Maut Lia
Api Cemburu Ratna
Kipas-Kipas Cari Angin Menuk/Rosi
1990 Sejati Haryati
1991 Boss Shima
1992 Queen Control
Sahabat Emma
1993 Cikgu Romantik Azizah/Fariha
Tarik-Tarik
2020 Keluarga Iskandar The Movie Huzairah
2023 Sayu Yang Syukur Datin Mazuin

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1989 2+1 Nani TV1 Menggantikan Ziela Jalil
1991 Pulangnya Kekasih
Rumah Kedai TV3
2012–2013 Setia Hujung Nyawa Halizah
Terlanjur Cinta Puan Sri Atilia TV9 Pelakon undangan
2013 Cinta Agra Datin Maya TV2
Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Salina TV3 Watak antagonis pertama lakonan Raja Ema
Epilog Cinta Khirana Mak Lang Rabiah
2014 Gerak Khas (Musim 14) TV2 Episod: "Mungkar"
Pulang Sayang Afifah
Janji Jaslina Datin Nora TV3
Azam Ramadan Su Datin Maria
Keluarga Iskandar (Musim 2) Huzairah Astro Warna
2015 Mencari Luqmanul Hakim TV1
Cinta Iris TV9
Dhia Sofea Cik Non TV3
2015–2016 Cik Cinderella dan Encik Tengku Mak Mahani
2016 Bunga Tanjong Ibu Mariam Mediacorp Suria Penampilan khas
Seindah Takdir Cinta Puan Sri Zalina TV3
Percayalah TV1
2017 Meh Sandar Pada Aku Juhara TV3
2022 Pekan Kecil Kampung Terpencil Nek Ketua TV1 Sempena sambutan hari kemerdekaan 2022
2023 Jack Yusof Salina Astro Ria
Keria Women Cik Mah TV3
Yang Tahu Je Tahu Mak Marzuki Astro Ria Penampilan khas

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1998 25 Tahun 5 Minit TV3
2013 Kiah Pi Jepun Siti Rival Kiah Astro Warna
2015 Sopeah Jin Kalsom TV9
Kek Batik Cheese leleh Nalda
Yang Mana Satu
2016 Apek dan Siti TV1
Lamar TV3
2017 Baru Nak Untung TV2

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1986 Muzik Muzik Dirinya sendiri TV3 beliau adalah artis pertama secara rasmi yang muncul di rancangan tersebut untuk lagu Jejaka Idaman
2015 MeleTOP Artis jemputan Astro Ria bersama Elyana, Sherry Ibrahim dan Dazrin Kamarudin untuk mempromosikan drama “Keluarga Karaoke”

Teater sunting

Tahun Tajuk
1991 Rumahku, Syurgaku
1992 Masak-Masak

Iklan sunting

Tahun Tajuk Catatan
1988 Hari Raya EON bergandingan bersama Jamal Abdillah
1989 Sabun Lux bersama Sheila Majid dan Liza Othman
2014 Hari Raya EON bergandingan semula bersama Jamal Abdillah

Anugerah dan pencalonan sunting

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
1987 Pelakon Wanita Popular Tercalon
1988 Pelakon Pembantu Wanita Popular Menang
1992 Pelakon Wanita Popular Tercalon
Festival Filem Malaysia (FFM)
Tahun Kategori Keputusan
1987 Bintang Harapan Wanita Terbaik Menang
1989 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Menang

Rujukan sunting

Pautan luar sunting