Raja Farah
Yang Mulia Raja Farah binti Raja Aziz (lahir 5 Julai 1988) merupakan seorang pelakon, model dan pengacara Malaysia.
Raja Farah | |
---|---|
Kelahiran | YM Raja Farah binti Raja Aziz 5 Julai 1988 |
Pekerjaan | Pelakon, model, pengacara |
Tahun aktif | 2001–kini |
Pasangan |
|
Anak-anak | 3 |
Di kenali menerusi iklan TV sejak umur 13 tahun lagi. Komersial TV pertamanya Beras Floral. Wajah eksotik miliknya itu menjadi pilihan syarikat pengiklanan apabila berpeluang menjayakan puluhan iklan komersial TV, antaranya ialah Vanilla Coke, Eveready, Johnson & Johnson, Celcom dan F&N Orange.
Mula menceburi lakonan pada 2003 menerusi sitkom Ah-Ha bersama Harith Iskander dan Afdlin Shauki. Farah turut mencuba bakatnya sebagai pengacara TV dan berpeluang mengendalikan program MangoTV, Game Time, VoiceOut dan Suara Emas Bintang RTM 2007.
Pada tahun 2010 beliau telah menerima nominasi untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM) menerusi lakonan mantapnya sebagai gadis sosialis dalam filem Haq di Festival Filem Malaysia ke-23.
Kehidupan awalSunting
Beliau di lahirkan pada 5 Julai 1988 di Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan anak ketiga dari empat beradik. Beliau dikatakan berketurunan Raja Jembal dari Kelantan.
Farah mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Kebangsaan, Seksyen 18, Shah Alam, Selangor.
Kehidupan peribadiSunting
Farah telah bernikah dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada tahun 2010 namun perkahwinan mereka tidak kekal lama. Akhirnya pada Mei 2015, Farah sah bercerai talak satu dengan suami beliau. Mereka tidak mempunyai zuriat sepanjang hasil perkahwinan mereka. [1]
Pada 6 September 2015, Farah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Iskandar Ismail dengan sekali lafaz. Beliau turut menerima mas kahwin berupa tiga dinar emas serta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki. Majlis pernikahan pasangan berkenaan diadakan secara sederhana di Masjid Ampuan Jemaah, di sini dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Raja Aziz Raja Ngah dengan disaksikan oleh Pendaftar Pernikahan, Penceraian dan Rujuk, Muhammad Ariffin Mohd Dalhal. Mereka sebelum ini telah bertunang pada 9 Ogos 2015. [2] [3]
Raja Farah selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 3.55 pagi, Rabu 10 Ogos 2016. Berita gembira ini diberitahu menerusi Instagram miliknya memaklumkan bayi seberat 3.16 kilogram itu dilahirkan secara normal dan diberi nama Imran Iskandar. [4] [5]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2005 | Senario XX | Tetamu Jemputan | Filem pertama, pelakon tambahan |
Salon | Luna | ||
2007 | Anak Halal | Milya | |
2008 | Apa Kata Hati | Elly | |
2009 | Maut | Baby | |
2010 | Lagenda Budak Setan | Suzana | |
Aku Masih Dara | Sofea | ||
2011 | Haq | Aina | |
2023 | Setan Munafik |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2005–2007 | Impian Illyana | Anita | TV3 | |
2006 | Misi XX-Ray | Marini | ||
2007 | Durrani | Durrani | Astro Ria | |
Cinta Medik | TV9 | |||
2008–2009 | Mertua Vs Menantu | Astro Prima | ||
2010 | Na O Mei | Arina | TV3 | |
Manjalara | Kiki | |||
Tipah Vavavoom | Maya | |||
2008 | Gadis Dari Bintang | Nur | Astro Ria | |
2009 | Kau & Aku | Farah | ||
Segalanya Ku Terima | Amira | TV3 | ||
2010 | Kau & Aku 2 | Farah | Astro Ria | |
2013 | Firdausi Cinta | TV1 | ||
2014 | Kifarah (Musim 2) | Effa | TV3 | Episod: "Al-Amin" |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2006 | Firdausi Cinta | Ros | |
2007 | Sangga Saadah | Farhani | TV3 |
2011 | Pelamin Di Pusara | Suraya | TV1 |
2014 | Seindah Maharku | TV AlHijrah | |
2015 | Sesejuk Coconut Shake | TV1 | |
2016 | Hati Yang Musafir | Safinah |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2003 | Ah-Ha | TV3 | Pelakon undangan | |
2007 | MangoTV | Pengacara | ||
Game Time | ||||
VoiceOut | ||||
Suara Emas Bintang RTM | TV2 | |||
2013 | Rasa Halal Antarabangsa (Musim 2) | Astro Oasis | bersama Akhtar Sahari | |
2017–2021 | Assalammualaikum | TV AlHijrah |
IklanSunting
Tajuk |
---|
Vanilla Coke |
Eveready |
Johnson & Johnson |
Celcom |
F&N Orange |
RujukanSunting
- ^ FERIDE HIKMET ATAK (10 Ogos 2015). Usaha Rujuk Gagal, Bekas Suami Terkejut Raja Farah Bakal Kahwin. mStar
- ^ 7 September 2015, ditulis oleh Kemalia Othman. Raja Farah Rahsiakan Identiti Suami Masa Bertunang Bersebab - Hiburan. mStar
- ^ 6 September 2015, ditulis oleh Kemalia Othman. Raja Farah Selamat Bergelar Isteri Ahli Perniagaan - Hiburan. mStar
- ^ 10 Ogos 2016 oleh MOHD AL QAYUM AZIZI. Raja Farah Selamat Bersalin Bayi Lelaki - Hiburan. mStar
- ^ 25 september 2016 oleh Zaidi Mohamad. Raja Farah belum sedia kongsi wajah anak sulung. Bharian