Raja Hakim

Pelakon lelaki Malaysia

Raja Aidzal Hakim bin Raja Razali atau lebih dikenali sebagai Raja Hakim (lahir 1992) adalah seorang pelakon lelaki Malaysia.[2] Kerjayanya bermula selepas menajdi salah seorang finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2017, beliau ialah abang (lain ibu) kepada pelakon Raja Afiq.

Raja Hakim
Kelahiran
Raja Aidzal Hakim bin Raja Razali[1]

1992 (umur 31–32)
Nama lainRaja Hakim DFKL
PendidikanDiploma Kejuruteraan Awam
Pusat pendidikanPoliteknik Port Dickson
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2012–kini
Terkenal keranaFinalis DFKL 2017
SaudaraRaja Afiq (adik)

Kerjaya sunting

Kerjaya lakonan Raja Hakim bermula pada tahun 2012, dengan membintangi drama Timah Lambak sebagai pelakon tambahan.

Lima tahun kemudian, beliau menjadi salah seorang finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2017 yang turut disertai oleh Riena Diana. Selepas DFKL 2017 tamat, beliau ditawarkan membintangi beberapa drama TV termasuk Dekatkan Jarak Kita dan Manipulasi.

Kehidupan peribadi sunting

Raja Hakim lahir dan membesar di Hulu Langat, Selangor. Beliau merupakan abang (lain ibu) kepada Raja Afiq yang juga pelakon yang dicungkil dari DFKL 2014.

Filemografi sunting

Televisyen
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Timah Lambak Astro Prima Lakonan pertama
2017 Dekatkan Jarak Kita Arif TV3
2018 Manipulasi Ku Hasyim ntv7 Telefilem
Terhentinya Doa Rafael TV3 Telefilem
2019 Dia Menantu Rahsia Engku Razzi TV3

Rujukan sunting

  1. ^ "Biodata Penuh Raja Hakim". My Hiburan. 21 November 2017.
  2. ^ "Baru hendak berlakon, abang tidak rasa saingan Raja Afiq". ProjekMM. 21 April 2017.

Pautan luar sunting