Raja Isteri Saleha

Raja Isteri Brunei

Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (nama penuh: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Almarhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam; diputerakan pada 7 Oktober 1946) ialah raja isteri kepada Sultan Brunei Hassanal Bolkiah. Baginda merupakan anakanda Almarhum Duli Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam dan Almarhumah Pengiran Babu Raja Pengiran Anak Hajah Besar.

Raja Isteri Pengiran Anak Saleha
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri
Raja Isteri Brunei
Tempoh4 Oktober 1967–kini
Kemahkotaan1 Ogos 1968–kini
Didahului olehPengiran Anak Hajah Damit
Keputeraan (1946-10-07) 7 Oktober 1946 (umur 77)
Bandar Seri Begawan, Brunei
PasanganKebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah (k. 1965)
Anakanda
Nama penuh
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha binti Almarhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam
KerabatIstana Nurul Iman, Brunei
AyahandaPengiran Pemancha Pengiran Anak Mohamed Alam ibni Almarhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman
BondaPengiran Babu Raja Pengiran Anak Hajah Besar Binti Almarhum Pengiran Anak Metassan

Latar belakang sunting

Raja Isteri Pengiran Anak Saleha diputerakan di Kampung Sumbiling, Jalan Istana Darussalam dari Bandar Brunei (kini Bandar Seri Begawan), Brunei Darussalam pada 7 Oktober 1946.

Raja Isteri Saleha juga mempunyai seorang seorang adinda perempuan, Pengiran Anak Hajah Damit yang mendapat penyakit barah payu dara dan mangkat pada 19 Ogos 2007.

Pendidikan sunting

Raja Isteri Pengiran Anak Saleha mendapat pendidikan di Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI) di Bandar Seri Begawan pada 1965. Baginda juga pernah melanjutkan pelajaran di London.

Perkahwinan dan kerabat diraja sunting

Pada 28 Julai 1965, baginda berkahwin dengan Sultan Hassanal Bolkiah. Pada ketika itu baginda berusia 19 tahun dan perkahwinan diadakan di Istana Nurul Iman di Brunei. Baginda berdua dikurniakan cahaya mata iaitu dua orang putera dan empat orang puteri.

Hobi dan minat sunting

Baginda minat dengan alam semula jadi dan memiliki taman buah-buahan, kolam renang dan taman burung. Hobi baginda termasuk membaca, bermain badminton termasuk permainan tradisional Brunei seperti Congkak dan Pasang.

Terasul dan gelaran sunting

Gelaran hormat bagi
Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha
 
Gaya panggilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Kebawah Duli Tuan Patik
Gaya pilihan Duli Raja Isteri
  • 7 Oktober 1946 – 27 Julai 1950: (Yang Mulia) Pengiran Anak Saleha binti Pengiran Anak Mohamed Alam
  • 27 Julai 1950 - 29 Julai 1965: (Yang Mulia) Pengiran Anak Saleha binti Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam
  • 29 Julai 1965 – 4 Oktober 1967: (Yang Teramat Mulia) Pengiran Anak Saleha binti Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Pengiran Anak Isteri Brunei
  • 4 Oktober 1967 – 14 Disember 1982: (Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda) Pengiran Anak Hajah Saleha binti Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Raja Isteri Brunei
  • 14 Disember 1982 - kini: (Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda) Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Raja Isteri Negara Brunei Darussalam

Kurniaan sunting

Baginda dikurniakan:[1]

Kurniaan kebangsaan sunting

Kurniaan asing sunting

Cahaya mata sunting

Nama Keputeraan Perkahwinan Anakanda
Tarikh Pasangan
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah 26 Julai 1969 15 Ogos 1996 YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaluddin Al-Haj YAM Pengiran Anak Raheemah Sanaul Bolkiah
YAM Pengiran Anak Hariisah Widadul Bolqiah
YAM Pengiran Anak Abdul Raqiib
YAM Pengiran Anak 'Abdul Haseeb
YAM Pengiran Anak Raqeeqah Raayatul Bolqiah
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah 12 Oktober 1971 Tiada
DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah 17 Februari 1974 9 September 2004 YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman YTM Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim
YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman
YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah
YTM Pengiran Anak Faatimah Az-Zahraa Raihaanul Bolkiah
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah 16 Mac 1976 7 Jun 2007 YAM Pengiran Anak Khairul Khalil Bin YM Pengiran Syed Haji Jaafari YAM Pengiran Anak Abdul Hafeez
YAM Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-ul Bolqiah
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah 12 Mac 1980 20 September 2012 YAM Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub YAM Pengiran Anak Muhammad Za’eem
YAM Pengiran Anak Muhammad 'Aamir
YAM Pengiran Anak 'Abdul Hakeem
YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik 30 Jun 1983 9 April 2015 YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah YAM Pengiran Anak Muthee’ah Ra’ayat ul-Bolqiah

Keturunan sunting

Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Saleha merupakan sepupu. Ayahanda Raja Isteri Saleha iaitu Pengiran Anak Muhammad Alam merupakan adik beradik kandung kepada Bonda Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Almarhum Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Damit.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Royal Ark, Brunei genealogy details p.13
  2. ^ a b c d "Warisanpermaisuri" blog, Sultanah Saleha page with orders mentions (Dec. 2012)
  3. ^ "Photographic image" (PDG). 4.bp.blogspot.com. Dicapai pada 2017-01-04.
  4. ^ "Photographic image" (PDG). 1.bp.blogspot.com. Dicapai pada 2017-01-04.
  5. ^ "Photographic image" (PDG). 3.bp.blogspot.com. Dicapai pada 2017-01-04.
  6. ^ "Photographic image" (PDG). 2.bp.blogspot.com. Dicapai pada 2017-01-04.
  7. ^ "KDYMM Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.. Raja Isteri Brunei Darussalam." Warisanpermaisuri.blogspot.co.uk. Dicapai pada 4 January 2017.
  8. ^ "Photographic image" (PDG). 66.media.tumblr.com. Dicapai pada 2017-01-04.
  9. ^ Noblesse et Royautés Diarkibkan Januari 25, 2013, di Wayback Machine (French), State visit of Netherlands in Brunei (01/2013), Photo Diarkibkan 2013-02-16 di archive.today
  10. ^ "Nine Prong Tiara". Pinterest.com. Dicapai pada 4 January 2017.
  11. ^ "First State Visit Of His Majesty King Carl Xvi Gustaf And Her Majesty Queen Silvia To Brunei In Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam In February 2004". Gettyimages.co.uk. Dicapai pada 4 January 2017.
  12. ^ "Photographic image" (PDG). 3.bp.blogspot.com. Dicapai pada 2017-01-04.