Raja Jumaat ibni Raja Jaafar

Raja Jumaat ibni Raja Jaafar (meninggal dunia 1864) ialah seorang putera Raja Riau yang telah menjadi Pembesar Lukut dari 1846-1864. Di bawah kepimpinannya, beliau telah mengangkat Lukut menjadi antara bandar terawal di Malaysia.

Raja Jumaat ibni Raja Jaafar
Pembesar Lukut ke-2
Dalam jawatan
1846–1864
RajaSultan Muhammad Shah
Sultan Abdul Samad
Didahului olehRaja Jaafar
Digantikan olehRaja Bot
Butiran peribadi
Meninggal dunia1864
Lukut, Selangor
PasanganTengku Senai binti Sultan Muhammad Shah
Anak-anak5


Kehidupan sunting

Raja Jumaat bin Raja Jaafar ialah anak Raja Jaafar, seorang pembesar Riau. Beliau juga merupakan saudara kepada Sultan Muhammad Shah dan mempunyai hubungan darah yang dekat dengan Kesultanan Selangor. Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupannya sebelum tiba di Tanah Melayu.

Beliau telah mengikuti bapanya Raja Jaafar ke Selangor bersama dengan adiknya Raja Abdullah, antara tokoh pengasas Kuala Lumpur. Raja Jaafar telah mendapatkan kebenaran Sultan Muhammad untuk membuka lombong sebagai seorang pengusaha.[1] Untuk 10 tahun, beliau telah membantu ayahnya mengendalikan lombong di Lukut setelah kematian Raja Busu. Di bawah seliaan ayahnya Lukut berjaya mengembangkan Pada masa yang sama, Raja Jumaat juga telah mendekatkan dirinya dengan Sultan Muhammad Shah sehingga melangsaikan hutang baginda dengan pedagang Melaka.

Raja Jumaat telah bernikah dengan anakanda Sultan Muhammad iaitu Tengku Senai. Mereka dikurniakan 5 cahaya mata[2] termasuklah penggantinya Raja Bot. Beliau telah meninggal dunia pada 1864 di Lukut.

Pembesar Lukut sunting

Pada 1845, Raja Jaafar telah meninggal dunia. Ini telah menyebabkan Raja Jumaat menyambung kontrak pegangan ayahnya. Namun demikian, akibat daripada hubungannya yang rapat dengan Sultan Muhammad Shah, beliau telah dianugerahkan kuasa kutip cukai di Lukut, lantas menjadi Pembesar Lukut, bukan sahaja sekadar pemegang amanah.[1] Beliau telah menaikkan kemashyuran Lukut dengan cara mempunyai hubungan yang baik dengan pengusaha lombong serta menjaga kebajikan rakyatnya. Beliau juga telah memastikan bahawa setiap rancangan pembukaan tanah mendapat kebenaran beliau dahulu. Beliau juga mendirikan pekan yang mempunyai kemudahan tertentu. Beliau juga telah menjaga keselamatan dengan menubuhkan pasukan polis yang terdiri daripada 22 orang Melayu. Beliau juga bertindak sebagai hakim dalam kes jenayah di Lukut dan memintas Sultan dengan cara tidak menghantar hasil pungutan cukai ke Sultan.[3]

Beliau telah mendirikan Kota Lukut pada 1847 di puncak Gunung Gajah Mati untuk dijadikan benteng pertahanan serta pusat pemerintahan. Beliau juga telah memperbesarkan kawasan Lukut dari Sungai Sepang ke Sungai Linggi.[4]

Sebagai Pembesar Lukut, Raja Jumaat telah mempunyai banyak kuasa akibat daripada hubungan rapatnya dengan Sultan serta kekayaannya yang terhasil daripada kejayaan perlombongan. Beliau telah terlibat dalam menaikkan Sultan Abdul Samad menjadi Sultan setelah kemangkatan Sultan Muhammad.[3] Pendirian beliau dalam masyarakat membolehkan orang yang rapat dengannya menerima kepercayaan itu juga seperti adiknya Raja Abdullah yang dapat menerima pinjaman untuk membuka lombong di Klang dan Kanching.[3][5]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Mohd Rus, Ahmad Kamal Ariffin; Mat Noor, Noor Ain; Mohd Rusli, Mohammad Khairul Anuar (2020). "Lukut, 1846-1864: Bandar Terawal di Selangor". Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies. 47 (2): 175–198 – melalui JEBAT.
  2. ^ "Bugis-Riau Viceregal Dynasty". Royal Ark. Dicapai pada 17 April 2021.
  3. ^ a b c Amin Hassan, Mohammad (Disember 1967). "Raja Bot bin Raja Jumaat". Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. 40 (2): 68–93.
  4. ^ "Rundingan Pertelingkahan Sempadan Selangor Dengan Sungai Ujong". PeKhabar. 24 November 2015. Dicapai pada 17 April 2021.
  5. ^ Gullick, J.M. (1983). The Story of Kuala Lumpur 1857-1939. Singapore: Eastern Universities Press (M). m/s. 8–10.