Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
Raja Dato' Ir Hajji Kamarul Bahrin Shah bin Raja Dr Hajji Sir Ahmad Baharuddin Ismail Shah atau dikenali sebagai Raja Bahrin (lahir 14 Januari 1955) adalah bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Beliau adalah ahli politik dari Terengganu dengan latarbelakang selaku pakar jurubina/arkitek terkenal di Terengganu, Malaysia. Beliau juga merupakan Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Terengganu. Parti Amanah Negara diwujudkan pada tahun 2015 selepas mengambil alih Parti Pekerja Pekerja Malaysia.
Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad DPMT (Terengganu),DSAP (Pahang) | |
---|---|
Fail:- | |
Raja | - |
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Menteri | Zuraida Kamaruddin |
Didahului oleh | Halimah Mohd Sadique |
Digantikan oleh | Yang Berhormat Dato' Sri Ismail Abd. Muttalib |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Kuala Terengganu, Terengganu | |
Dalam jawatan 06 Mei 2013 – 10 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Razali Ismail |
Digantikan oleh | Ahmad Amzad bin Mohamed Hashim (PAS-GS) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad Baharuddin Ismail Shah 14 Januari 1955 Istana Maziah, Kuala Terengganu, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | GS- Parti Islam Se-Malaysia (2011-2015) Parti Amanah Negara (Amanah) (2015-kini) |
Pasangan | Jacqueline Pascarl (1980-1995, cerai) Templat:Country data Maran To' Puan Norilah binti Muhammad Salleh (1991-kini) Templat:Country data Kubang Pasu Norazmah Wati binti Abdul Aziz (2010-2017, cerai) |
Anak-anak | 8 orang |
Ibu | Tengku Zaliha Putri binti Sultan Ismail Nasiruddin Shah |
Bapa | Raja Ahmad Baharuddin Ismail Shah ibni Raja Bendahara Raja Abdul Rashid Shah |
Kediaman | - |
Alma mater | Universiti Melbourne |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Arkitek |
Anugerah | Senarai |
Laman web rasmi | - |
Raja Kamarul Bahrin pernah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Perhotelan (MAH) dan salah seorang Ahli Badan Warisan Malaysia. Beliau adalah pengerusi kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Angkatan Amanah Merdeka yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau dilahirkan pada 14 Januari 1955 di Istana Maziah, Kuala Terengganu.
Beliau dengan rasminya disenarai sebagai calon parti berkenaan di Parlimen Kuala Terengganu pada 9 April 2013 iaitu pilihan raya umum Malaysia ke-13. Menurut pelbagai sumber, setelah dilamar oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya Parti Islam Se-Malaysia (pas) beliau bersetuju untuk menyertai parti tersebut diatas perkenan bonda beliau.
Beliau popular dikenali sebagai jurubina yang menghasilkan Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung, Muzium Negeri Terengganu (Muzium yang diiktiraf sebagai antara Muzium terbesar di Asia), Istana Melawati (Putrajaya) dan beberapa lagi yang lain. Sekitar tahun 1990-an dikaitkan di Malaysia apabila membawa pulang anaknya dari Australia dengan bot, juga mengenai kejadian keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang direka oleh Syarikat beliau Senibahri Arkitek.[1]
Pada 21 Ogos 2015, beliau telah diisytihar sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baharu Terengganu. Beliau berkata bahawa beliau menerima tawaran menerajui Harapan Baharu di Terengganu kerana yakin dengan masa depan gerakan berkenaan. [2]
Pendidikan
suntingMendapat Pendidikan Awal di Saint John Institute kemudian pulang ke Terengganu dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman(dilantik sebagai Ketua Murid tahun 1974), meneruskan Pendidikan Beliau di The University of Melbourne.
Beliau bertemu dengan isterinya Jacqueline Pascarl Gillespie. Ketika itu (1981) Jacqueline berusia 17 tahun.
Keluarga
suntingAyahandanya ialah Yang Berhormat Mulia Raja Ir Dr Haji Sir Ahmad Baharuddin Ismail Shah ibni DYAM Raja Bendahara Raja Haji Sir Abdul Rasshid Shah ibni Sultan Hajji Sir Idris I Musshiddul al-Adzham Shah Perak, pernah menjadi Pegawai Daerah Marang yang berkahwin dengan Tengku Zaliha Putri binti Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Pada 1981 beliau berkahwin dengan Jacqueline Pascarl seorang penulis buku rakyat warga Australia. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Raja Baharuddin Shah (Iddin Shah, 1983) dan Raja Shahirah Aishah (Shahirah, 1985). Raja Shahirah berkahwin dengan vokalis kumpulan Love Me Butch, Syarul Reza Abdul Aziz di Masjid Terapung Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai. Anaknya itu lulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Majlis persandingan mereka diadakan di Aryani Resort di Merang, Setiu. Anaknya bersekolah selama enam tahun di Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga, Kuala Terengganu dengan kawalan ketat Pasukan Gerakan Am (PGA).[3]
Raja Kamarul Bahrin Shah berkahwin dengan seniwati Singapura dan adik kepada Komposer terkenal di Malaysia iaitu Dato' Johari Salleh, To’ Puan Hajjah Norilah Salleh atau dahulu dikenali sebagai Elmi Salleh. Dikurnia 4 cahaya mata;
- Raja Badruddin Hakim Shah (1987),
- Raja Bahiuddin Ansari Shah (1989),
- Raja Nur Aryani Munirah (1991) dan
- Raja Nur Saliha Nazirah (1993).
Isu dan kontroversi
suntingPertikaian anak dengan bekas isteri
suntingPada 1985, dua anak Raja Kamarul Bahrin (Iddin dan Shahirah) dipelihara oleh bekas isterinya, Jacqueline Pascarl seorang warga Australia campuran Cina dan Perancis. Mereka bercerai pada 1986. Beliau cuba mendapatkan semula anaknya selama 7 tahun melalui Mahkamah Keluarga Australia pada 1992. Malah hakim Australia melarang membawa anaknya ke Masjid atau hampir 100 meter dari masjid. Jacqueline berkahwin lagi dengan wartawan TV, Iain Gillespie pada 1990. Jacqueline telah menghasilkan dua buah buku bertajuk 'Once I was a Princess' dan 'Since I Was a Princess' (2007).
Akhirnya Raja Kamarul Bahrin membawa anaknya dengan bot nelayan melalui Cape Town, Merauke, Irian Jaya, Sulawesi, Sabah dan kembali ke Kuala Terengganu dengan bantuan Bryan Wickham. Bryan Wickham telah merancang perjalanan darat dan laut selama setahun dan akibatnya merengkok dalam penjara Australia selama dua tahun. Peristiwa ini semuanya dicatat dan telah dibukukan dengan tajuk 'Raja Bahrin Story' (1997)
Pada 2006, Shah ada melawat ibunya Jacqueline di Melbourne. Iddin juga bertemu dengan ibunya pada 2006 selepas 14 tahun terpisah.
Arkitek terkemuka
suntingBeliau adalah arkitek yang cukup terkenal dengan senibina berteraskan Melayu Tradisional. Dan semakin mendapat perhatian oleh Media dan orang ramai apabila Runtuhnya Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Ramai pihak yang terlibat termasuk arkitek dari pihak pemborong dan jurutera dari kerajaan. Bumbung stadium itu amat besar dan tinggi 30 meter dan dipasang penghawa dingin oleh syarikat Korea Selatan. Kos pembinaan sebanyak RM292 juta dan masih dalam jaminan kontraktor.[4]
Stadium Terengganu Binaan Raja Bahrin Runtuh
suntingRaja Kamarul Bahrin adalah seorang arkitek terkemuka di Malaysia. Namun begitu, setelah stadium rekaannya runtuh beliau diserang oleh pelbagai pihak terutamanya pihak pembangkang. Di antara tuduhan PAS Terengganu adalah, Raja Bahrin cuai dalam melakukan rekaan. Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, sebagai arkitek utama stadium berkenaan, kemudiannya tampil menjelaskan bahawa rekabentuk dan pembinaan bumbung tersebit adalah oleh syarikat asing dan dia tidak terbabit dengannya.[5] Beliau pernah menyarankan supaya pihak berkuasa menyiarkan laporan penuh berhubung kejadian itu agar rakyat tidak tertanya-tanya mengenai siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut. Satu laporan telah dibuat oleh kerajaan Malaysia, berkenaan runtuhan bumbung stadium tersebut.[6]
Calon PAS PRU13 di Kuala Trengganu
suntingPada 9 April 2013, beliau bersama-sama calon PAS yang lain dipilih untuk bertanding di kerusi Kuala Trengganu.[7]Beliau beriltizam untuk mewakili suara golongan profesional yang tidak diendahkan oleh pentadbiran kerajaan BN dan berharap penyertaannya dalam politik akan memaksa pihak berkuasa menghormati pandangan dan pendapat masyarakat profesional dengan lebih serius.[8] Pada 16 September 2015 , beliau telah keluar parti dan masuk ke Parti Amanah Negara selepas parti Amanah telah ditubuhkan.
Keputusan pilihan raya
suntingTahun | Perlembagaan | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | P36 Kuala Terengganu, Terengganu. | Raja Kamarul Bahrin Shah (PAS) | 45,828 | 55.80% | Mohd Zubir Embong (UMNO) | 35,043 | 42.67% | 82,122 | 10,785 | 87.00% | ||
Maimun Yusuf (BEBAS) | 182 | 0.22% | ||||||||||
2018 | Raja Kamarul Bahrin Shah (AMANAH) | 15,380 | 17.76% | Wan Nawawi Wan Ismail (UMNO) | 28,215 | 32.59% | 87,786 | 14,773 | 84.73% | |||
Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PAS) | 42,988 | 49.65% |
Anugerah dan pengiktirafan
suntingDarjah kebesaran negeri
sunting- Terengganu
- Pahang
- Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) - Dato' (2023)[13]
Rujukan
sunting- ^ "Raja Kamarul Bahrin: I didn’t get full roof details", News Strait Times. 5 Jun 2006.
- ^ Raja Bahrin pengerusi Harapan Baru Terengganu.
- ^ "Anak Raja Bahrin akhirnya bertemu jodoh", Harian Kosmo. 8 Mac 2008.
- ^ 'Bumbung stadium tiada sijil siap kerja'.
- ^ Architect fights off accusation over stadium collapse.
- ^ Utusan Online. "Laporan stadium belum dapat didedahkan", Utusan Online, Kemaman, 4 Februari 2010. Retrieved on 21 Februari 2013.
- ^ "Raja Bahrin bertanding KT, Fauzi di Larut", Malaysiakini.com. 9 April 2013.
- ^ "K'jaan sering ambil mudah pandangan profesional", Malaysiakini.com. 10 April 2013.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 5 May 2013. Results only available for the 2013 election.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "104 terima darjah kebesaran, pingat Pahang". www.astroawani.com. Dicapai pada 2023-08-04.