Raja Loyor bin Raja Sakti

(Dilencongkan dari Raja Loyor)

Raja Loyor adalah seorang daripada 4 putera Raja Sakti, pemerintah di Jembal, Kelantan pada abad ke-17. Baginda adalah pemerintah kedua kerajaan Jembal selepas kematian ayahanda baginda, Raja Sakti pada tahun 1649. Sebelum itu, baginda dilantik sebagai Bendahara.[1]


Raja Loyor adalah ayahanda kepada Puteri Saadong, puteri yang masyhur dalam sejarah Kelantan itu. Baginda dikatakan telah berkahwin dengan Puteri Nang Chayang, salah seorang raja perempuan Patani, dan memperoleh Puteri Saadong hasil daripada perkahwinan tersebut. Seorang lagi anak baginda mati kecil.[2]


Baginda digantikan oleh adinda baginda Raja Bahar Bendahara. Baginda dimakamkan berhampiran dengan Sekolah Menengah Kedai Lalat sekarang, kira-kira 10 kilometer dari Kota Bharu[3].


Nota kaki sunting

  1. ^ Amy Suzani Mohd Ainuddin. (1999). Raja Bersiong Puteri Saadong. Kota Bharu: JalarMihat. ISBN 983-2098-89-0
  2. ^ Saad Shukri bin Haji Muda. (1971). Detik2 Sejarah Kelantan. Kota Bharu: Pustaka Aman Press.
  3. ^ "Makam (Tomb of) Raja Loyor". Seni Lama Melayu. Radzi Sapiee. 2011. Dicapai pada 25 Mei 2011.