Raja Nazhatul Shima

Raja Puan Besar Perak

Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah Afifullah (dilahirkan pada (1952-02-28)28 Februari 1952 di Ipoh, Perak) atau lebih dikenali dengan panggilan Tengku Dottie merupakan anakanda pertama dan puteri sulung kepada Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Shah dan Almarhumah Raja Perempuan Muzwin.

Raja Nazhatul Shima
Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan
KeputeraanRaja Nazhatul Shima binti Raja Muda Idris Shah
(1952-02-28)28 Februari 1952 (Umur 71 tahun, 1 bulan dan 4 hari)
Ipoh, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganYM Syed Omar Alsagoff (k. 1972; m. 2017)
DYTM Raja Jaafar (k. 2019)
AnakandaYM Syed Saif Alsagoff
YM Syed Ibrahim Alsagoff
YM Syed Redzuan Alsagoff
YM Syed Shareef Alsagoff
YM Syed Idris Alsagoff
YM Syed Iskandar Alsagoff
Nama penuh
Raja Nazhatul Shima binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah Afifullah
KerabatIstana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak
AyahandaSultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah
BondaRaja Muzwin binti Raja Ariff Shah
AgamaIslam

PendidikanSunting

Raja Nazhatul Shima mendapat pendidikan awal di sekolah dari tahun 1958 hingga 1962. Beliau telah bersekolah di Sekolah Perempuan Teluk Intan dan Sekolah Covent Teluk Intan.

Pada 22 Oktober 1963, Ayahanda Tengku Dottie telah dilantik sebagai Sultan Perak yang ke-33 dan beliau telah berpindah ke Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak dan menyambung Pelajaran di Goverment English School Kuala Kangsar. Sesungguhnya Puteri ini amat cemerlang dalam pelajaran sehingga melayakkan beliau untuk meneruskan Pelajaran di Kolej Tunku Kursiah Seremban.

Pada tahun 1968, Yang Amat Mulia Tengku Dottie telah melanjutkan pelajaran di Upper Cbine Scholl, Sbanklin, Isle of Wigh hingga tingkatan enam. Seterusnya Tengku Dottie telah mengambil Kursus Asas dalam jurusan seni di Hornsey college of Art dan beliau terus menyambung pengajian dalam bidang Senibina dalaman di Chelse College of Art, London hingga berjaya mendapat Diploma L.C.A (London Certificate In Art And Design) dan menjadi Ahli bagi Society of Industry Artist and Desingner (S.I.A.D).

PerkahwinanSunting

Yang Amat Mulia Tengku Dottie telah mendirikan rumah tangga di Istana Iskandariah pada 16 September 1972 dengan Putera hartawan yang terkenal dari Singapura iaitu Allahyarham Syed Omar Alsagoff (dilahirkan pada 18 Ogos 1937 di Singapura). Hasil Perkahwinan Yang Amat Mulia Tengku Dottie, telah dikurniakan 6 orang putera.

Pada 12 Januari 2019, Tengku Dottie berkahwin sekali lagi dengan DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar di Istana Riswin setelah kematian suami baginda Dato' Syed Omar Alsagoff pada 2017. Sebelum ini, baginda berdua telah kehilangan pasangan mereka pada tahun 2017.

Kerabat dan KeluargaSunting

Bersama Dato' Syed Omar Alsagoff (18 Ogos 1936 - 2 Febuari 2017), mereka telah dikurniakan enam orang cahaya mata.

Nama Tarikh Lahir Tempat Lahir Umur Tarikh berkahwin Isteri Cucunda
Dato' Syed Omar Alsagoff (1936-08-18)18 Ogos 1936 Singapura Meninggal pada 2 Februari 2017(2017-02-02) (umur 80) 16 September 1972 Raja Nazhatul Shima
Yang Mulia Syed Saif Alsagoff (1974-11-01)1 November 1974 Ipoh 47 tahun dan 5 bulan
Yang Mulia Syed Ibrahim Firuzaman Alsagoff (1976-11-23)23 November 1976 Ipoh 46 tahun dan 5 bulan Januari 2005

13 Januari 2018

Suzanna

Farah binti Mohd Faizul

Sharifah Nadyatul Iman Alsagoff
Syed Ismail Iman Alsagoff
Sharifah Salma Elora Alsagoff
Yang Mulia Syed Redzuan Alsagoff (1980-10-05)5 Oktober 1980 Ipoh 42 tahun, 5 bulan dan 27 hari 14 Julai 2018 Sharifah Nadiah Almahdaly binti Syed Ahmad
Yang Mulia Syed Shareef Alsagoff (1983-06-25)25 Jun 1983 Ipoh 39 tahun, 9 bulan dan 7 hari
Yang Mulia Syed Idris Alsagoff (1986-12-28)28 Disember 1986 Ipoh 36 tahun, 3 bulan dan 4 hari
Yang Mulia Syed Iskandar Alsagoff (1988-12-02)2 Disember 1988 Ipoh 34 tahun, 3 bulan dan 30 hari 11 Jun 2022 Vivian Khor Min Zi

Kurniaan Darjah KebesaranSunting

Nama Penuh Raja Nazhatul Shima berserta gelaran rasmi ialah.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Raja Nazhatul Shima Binti Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah, DK II (Johor), SPCM, SSAP, JP

Panggilan dan gelaranSunting

Gelaran hormat bagi
Raja Nazhatul Shima
Gaya panggilan Duli Yang Teramat Mulia
Gaya pertuturan Duli Yang Teramat Mulia
Gaya pilihan Tuanku
  • 28 Februari 1952 - 5 Januari 1963: Yang Mulia Raja Nazhatul Shima binti Raja Muda Idris Shah
  • 5 Januari 1963 - 16 September 1972: Yang Amat Mulia Raja Nazhatul Shima binti Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah Afifullah
  • 16 September 1972 - 31 Januari 1984: Yang Amat Mulia Raja Puan Mahkota Perak Raja Nazhatul Shima binti Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah Afifullah
  • 31 Januari 1984 - 12 Januari 2019: Yang Amat Mulia Raja Puan Mahkota Perak Raja Nazhatul Shima binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah Afifullah
  • 12 Januari 2019 - kini: Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Raja Nazhatul Shima Binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah Afifullah

KeturunanSunting

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Kekanda Permaisuri Johor, MB terima darjah kebesaran". Berita Harian. 23 Mac 2021. Dicapai pada 20 Julai 2021.