Buka menu utama

Raja Nong Chik Raja Ishak merupakan ahli perniagaan terkenal di Malaysia. Hartanya bernilai RM16 juta. Beliau meninggal dunia pada 10 Feb 1994 tanpa meninggalkan wasiat sedangkan beliau mempunyai dua isteri.

Amanah Raya Berhad (ARB) automatik menjadi pentadbir harta pusaka Raja Nong Chik berdasarkan kepada surat kuasa bagi mentadbir harta yang diperoleh daripada Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur 17 Disember menerusi satu petisyen.

Pertikaian hartaSunting

Mahkamah Persekutuan di Putrajaya mendengar rayuan berhubung keluarga isteri kedua Allahyarham Raja Nong Chik Raja Ishak mencelah dalam kes membabitkan saham dan syarikat ahli perniagaan terkenal itu.

Pertikaian harta membabitkan 8 pihak iaitu:

  1. Isteri pertama:Raja Rajmah Raja Chik dan anak-anaknya Raja Hanipuddin, Raja Sallehudin, Raja Hizaruddin, Raja Taharuddin dan Raja Noraini
  2. Isteri kedua :Jumaaton @ Zaiton Awang dan lima anaknya -- Raja Delila, Raja Norlina, Raja Iskandar, Raja Akhbar dan Raja Yurihana
  3. Syarikat Lambang Tenaga Putra Sdn Bhd
  4. Furukawa Electric Cables (M) Sdn Bhd
  5. Shorga Sdn Bhd
  6. Malayan Zips Sdn Bhd
  7. seorang pengarah syarikat Chow Soon Tat
  8. setiausaha syarikat Chong Fook Sin.[1]

Pemindahan hartaSunting

Di Mahkamah Tinggi, ARB menuntut perintah agar perpindahan saham-saham milik allahyarham kepada pihak lain diisytiharkan sebagai tidak sah.Raja Rajmah dan 12 defendan lain yang dikatakan memindahkan saham secara penipuan menyebabkan pemohon-pemohon mengalami kerugian. ARB selaku pentadbir harta pusaka Raja Nong Chik mendakwa beliau memiliki 1,000 unit saham di dalam syarikat Lambang Tenaga, 2,139,152 unit saham dalam syarikat Furukawa, 552,000 unit saham dalam Shorga dan 248,000 unit saham dalam Malayan Zips.[2]


RujukanSunting