Raja Nor Mahani
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Raja Nor Mahani Binti Almarhum Raja Shahar Shah (18 Oktober 1942 - 3 Oktober 2017) merupakan Raja Puan Besar Perak dari 2014 hingga 2017 sebagai permaisuri kepada Raja Jaafar. Baginda merupakan anakanda sulung baginda berdua dan puteri sulung kepada Raja Haji Shahar Shah dan Che Yang Sharifah.
Raja Nor Mahani | |||||
---|---|---|---|---|---|
Raja Puan Besar Perak | |||||
Pelantikan | 20 Jun 2014 - 3 Oktober 2017 | ||||
Didahului oleh | Tuanku Zara Salim | ||||
Diikuti oleh | Raja Nazhatul Shima | ||||
Keputeraan | Kuala Lumpur, Selangor (kini Wilayah Persekutuan), Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Tanah Melayu British (kini Malaysia) | 18 Oktober 1942||||
Kemangkatan | 3 Oktober 2017 Petaling Jaya, Selangor | (umur 74)||||
Pemakaman | 4 Oktober 2017 Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak | ||||
Pasangan | Raja Jaafar (k.1973 - 2017) | ||||
Anakanda | Raja Shah Azman Raja Nor Azwina | ||||
| |||||
Kerabat | Istana Ar-Ridzuan, Ipoh | ||||
Ayahanda | Raja Haji Shahar Shah Bin Raja Kechil Sulong Harun Al-Rashid | ||||
Bonda | Che Yang Sharifah Binti Toh Muda Lope Abdul Rahman | ||||
Agama | Islam |
Pendidikan
suntingBaginda itu menerima pendidikan awal Sekolah Raja Chulan di Ipoh dan baginda juga merupakan bekas pelajar St. John Insitution di Kuala Lumpur serta Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan, Malaysia sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Kerjaya
suntingBaginda merupakan bekas Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Raja Puan Muda Perak
suntingSebelum itu, Raja Nor Mahani dikurniakan gelaran Raja Puan Muda Perak berikutan suaminya, Raja Jaafar diisytihar sebagai Raja Dihilir Perak pada 1998.
Raja Puan Besar Perak
suntingBaginda dimasyhurkan sebagai Raja Puan Besar Perak pada 20 Jun 2014 di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak
Perkahwinan Diraja
suntingBaginda mendirikan rumah tangga bersama Raja Jaafar pada 1973 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Raja Shah Azman dan Raja Nor Azwina.
Mangkat
suntingBaginda mangkat di Petaling Jaya, Selangor pada pukul 5.07 petang waktu tempatan pada 3 Oktober 2017.
Kurniaan Darjah Kebesaran
suntingNama Penuh Raja Nor Mahani berserta gelaran rasmi ialah:
Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Raja Nor Mahani Binti Almarhum Raja Shahar Shah, DKA, SPCM, PCM
Gelaran dan dihormati
sunting- 18 Oktober 1942 - 3 Febuari 1984 : Yang Mulia Raja Nor Mahani Binti Raja Shahar Shah
- 3 Febuari 1984 - 19 April 1998 : Yang Amat Mulia Raja Nor Mahani Binti Almarhum Raja Shahar Shah
- 19 Aprl 1998 - 1 Julai 2014 : Duli Yang Amat Mulia Raja Nor Mahani Binti Almarhum Raja Shahar Shah, Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan
- 1 Julai 2014 - 3 Oktober 2017 : Duli Yang Teramat Mulia Raja Nor Mahani Binti Almarhum Raja Shahar Shah, Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan
Lihat juga
suntingRujukan
suntingPautan luar
suntingRaja Nor Mahani Tarikh keputeraan: 18 Oktober 1942 Tarikh kemangkatan: 3 Oktober 2017
| ||
Kerabat diraja Malaysia | ||
---|---|---|
Gelaran pemerintah | ||
Susunan penggantian | ||
Didahului oleh tiada |
Raja Puan Muda Perak 1998 - 2014 |
Diikuti oleh: Tunku Soraya |
Didahului oleh Tuanku Zara Salim |
Raja Puan Besar Perak 1 Julai 2014 - 3 Oktober 2017 |
Diikuti oleh: Raja Nazhatul Shima |