Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong (Jawi: راج ڤرمايسوري اݢوڠ ) merupakan isteri kepada Yang di-Pertuan Agong. Ia adalah gelaran rasmi bagi isteri ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh ialah: "Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong" (Jawi: سري ڤدوک بݢيندا راج ڤرمايسوري اݢوڠ ).
Raja Permaisuri Agong Malaysia | |
---|---|
راج ڤرمايسوري اݢوڠ | |
Persekutuan | |
![]() Bendera Raja Permaisuri Agong | |
Penjawat kini | |
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sejak 31 Januari 2019 | |
Butiran | |
Gelaran | Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda |
Persemayaman | Istana Negara istana rasmi |
Laman sesawang | Pejabat Penyimpan Mohor Majlis Raja-Raja |
Kedudukan, fungsi dan keistimewaanSunting
Berbeza dengan Yang di-Pertuan Agong dipilih setiap lima tahun di antara sembilan pemerintah negeri-negeri di Malaysia, Raja Permaisuri Agong bukan dipilih dari kalangan permaisuri atau sultanah tetapi sebagai kemuliaan yang dikurniakan kepada isteri seseorang raja atau sultan sesuatu negeri untuk menjadi suri baginda yang setaraf apabila suaminya telah terpilih untuk memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong. Walaupun pemegang gelaran Raja Permaisuri Agong berubah setiap lima tahun, kemangkatan, perceraian atau perletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong juga boleh memendekkan tempoh gelaran bagi Raja Permaisuri Agong.
Mengikut Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong. Walau bagaimanapun, jawatan tersebut bukanlah suatu kewajiban khusus yang termaktub di dalam perlembagaan dan juga asas pemilihan bagi seseorang raja ketika dipilih oleh Majlis Raja-raja sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Lazimnya, Raja Permaisuri Agong akan mengiringi Yang di-Pertuan Agong dalam lawatan rasmi dan tidak rasmi serta upacara diraja dan kenegaraan serta menerima turut kunjungan ketua negara dan pasangan mereka. Perkara 34 Perlembagaan Malaysia melarang Raja Permaisuri Agong daripada memegang apa-apa pelantikan, membawa apa-apa saraan, atau secara aktif terlibat dalam mana-mana perusahaan komersial. Raja Permaisuri Agong, bagaimanapun, berhak secara sah untuk menerima bayaran tahunan yang termasuk dalam Saraan Diraja Yang di-Pertuan Agong.[1]
Pemegang gelaran Raja Permaisuri Agong yang suaminya mangkat ketika menjawat masih menerima pencen daripada Saraan Diraja Kerajaan Persekutuan. Mereka juga mendapat keutamaan sebaik selepas Yang di-Pertuan Agong yang memerintah, Raja Permaisuri Agong terkini, raja-raja yang masih memerintah, dan Yang di-Pertua Negeri. Kini, hanya seorang sahaja yang menerima keutamaan tersebut iaitu Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah.
Senarai Raja Permaisuri AgongSunting
Berikut adalah senarai Raja Permaisuri Agong serta tempoh baginda memegang tampuk tersebut:
- 1. Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah adalah Yang di-Pertuan Agong pertama yang menduduki takhta singgahsana sebanyak dua kali.[2] Sultanah Haminah Hamidun ialah isteri rasmi kedua sejak tahun 1975.
- 2.↑ Sultan Muhammad V menduduki takhta singgahsana tanpa permaisuri kerana ketika itu isteri baginda Sultanah Nur Diana Petra Abdullah belum diisytiharkan secara rasmi sebagai Sultanah Kelantan sehingga tahun 2022.[3]
Senarai bekas Raja Permaisuri Agong yang masih hidupSunting
Nama | Negeri | Bertakhta | Kelahiran | Yang di-Pertuan Agong | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
Tuanku Bainun | Perak Darul Ridzuan | 1989-1994 | 7 November 1932 | Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah | Gelaran terkini ialah Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun |
Tuanku Najihah | Negeri Sembilan | 1994-1999 | 1 September 1924 | Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman | Gelaran terkini ialah Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Negeri Sembilan |
Tuanku Siti Aishah | Selangor | 1999-2001 | 18 November 1971 | Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah | Gelaran terkini ialah Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah |
Tuanku Fauziah | Perlis | 2001-2006 | 6 Jun 1946 | Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail | Gelaran terkini ialah Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis |
Sultanah Nur Zahirah | Terengganu | 2006-2011 | 7 Disember 1973 | Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah | Gelaran terkini ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu |
Tuanku Haminah | Kedah | 2011-2016 | 15 Julai 1953 | Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah | Gelaran terkini ialah Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah |
Bekas Raja Permaisuri Agong yang baru-baru ini mangkat ialah Tunku Zanariah dari Johor 17 Mac 2019 (umur 78), Raja Permaisuri Agong ke-8 tempoh (1984-1989), Raja Permaisuri kepada Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail.
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ A Aziz, Shamrahayu (29 Oktober 2014). "Institusi raja tetap dibatasi undang-undang". BH Online. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Bernama (14 October 2011). "Kedah Sultan To Be Next King, For The Second Time". Dicapai pada 14 October 2011.
- ^ Yatimin Abdullah (2 Ogos 2022). "Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, isteri baginda dengan gelaran Sultanah Kelantan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 Ogos 2022.