Raja Puan Mahkota Perak

Gelaran Raja Puan Mahkota Perak adalah gelaran yang dikurniakan sewaktu pemerintahan Almarhum Sultan Idris Shah II kepada Puteri baginda. Gelaran ini bukanlah gelaran Raja yang empat sehingga boleh dilantik sebagai Raja atau Sultan Perak. Gelaran ini cuma sebagai tanda kasih sayang Almarhum Sultan Idris Shah II kepada Puteri baginda, Yang Amat Mulia Raja Dato’ Seri Nazhatul Shima.

Yang Amat Mulia Raja Puan Mahkota Perak Darul Ridzuan
Wilayah/Negeri
Penjawat kini
Raja Nazhatul Shima binti Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah II
Butiran
Pembentukan1972 - kini

Yang Amat Mulia Raja Dato’ Seri Nazhatul Shima binti Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah II atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Dottie merupakan puteri sulung kepada Sultan Perak ke-33 Almarhum Sultan Idris Shah II dan Raja Perempuan Perak Almarhumah Raja Muzwin binti Raja Ariff Shah. Yang Amat Mulia Tengku Dottie juga merupakan kekanda kepada Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah, isteri Sultan Johor sekarang.