Chulalongkorn

Raja Thailand
(Dilencongkan dari Raja Rama V)

Phra Bat Somdet Phra Poramintharamaha Chulalongkorn Phra Chunla Chom Klao Chao Yu Hua (Bahasa Thai: พระบาทสมเด็จพระปรมินทรมหาจุฬาลงกรณ์ฯ พระจุลจอมเกล้าเจ้าอยู่หัว), atau Rama V (20 September 1853 – 23 Oktober 1910) ialah raja Siam kelima di bawah Wangsa Chakri. Baginda dikenali oleh orang Siam pada masanya sebagai Phra Phuttha Chao Luang (พระพุทธเจ้าหลวง - Buddha DiRaja). Baginda dilantik sebagai Raja Rama V selepas kemangkatan Mongkut pada 1 Oktober 1868 semasa berumur 15 tahun. Oleh sebab baginda terlalu muda, maka pentadbiran dipangku oleh Chao Phraya Montri Sri Suryawongse.

Chulalongkorn
چولالوڠکورن
จุฬาลงกรณ์
Raja Rama V
Raja Siam
Pemerintahan1 Oktober 1868 – 23 Oktober 1910
Kemahkotaan11 November 1868 (kali pertama)
16 November 1873 (kali kedua)
Didahului olehMongkut (Rama IV)
Diikuti olehVajiravudh (Rama VI)
Pemangku rajaSi Suriyawongse (1868-1873)
Saovabha Bongsri (1897)
Vajiravudh (1907)
Naib RajaVichaichan (1868-1885)
Keputeraan(1853-09-20)20 September 1853
Bangkok, Siam
Kemangkatan23 Oktober 1910(1910-10-23) (umur 57)
Bangkok, Siam
PasanganPermaisuri Sunandha Kumariratana
Permaisuri Sukumala Marasri
Permaisuri Savang Vadhana
Permaisuri Saovabha Bongsri
dan 149 orang permaisuri dan gundik lain
Anakanda33 anak lelaki dan 44 anak perempuan
KerabatDinasti Chakri
AyahandaMongkut
BondaDebsirindra
AgamaTheravada Buddhism

Zaman baginda menyaksikan pendedahan kepada budaya Barat yang sering mengambang sekitar tanah air baginda dengan kemaraan penjajah Eropah. Chulalongkorn mengambil kesempatan ini untuk mengadakan lawatan ke India, Myanmar, Singapura dan Jawa bagi mempelajari sistem pentadbiran Barat; baginda mendapat pendidikan Barat daripada Anna Leonowens serta Robert Marnant dan terpengaruh dengan idea Anna menekankan pembaharuan yang lebih luas perlu dilaksanakan di Siam. Chulalongkorn mengambilalih pentadbiran daripada Chao Phraya Montri Sri Suryawongse pada tahun 1873. Tahun dimana Jepun menyerang Persekutuan Tanah Melayu

Permodenan sunting

Politik sunting

Seperti Mongkut, Chulalongkorn menaiki takhta pada zaman imperialisme kuasa-kuasa Barat yang berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia khususnya di Asia Tenggara. Sebagai contoh, British di Myanmar dan Tanah Melayu, Belanda di Indonesia, Sepanyol di Filipina dan Perancis di Indo-China. Chulalongkorn menyedari pembaharuan berdasarkan idea Barat perlu dilaksanakan di Siam dalam usaha untuk mengekalkan kemerdekaan Siam. Ahli-ahli sejarah seperti Stainberg, Wilson dan Tate mendakwa Chulalongkorn bertanggungjawab dalam melaksanakan pembaharuan dalam erti kata yang sebenarnya. Baginda telah mempercepatkan dan memperluaskan pembaharuan yang dimulai oleh Mongkut. Chulalongkorn juga melaksanakan dasar buka pintu kepada orang-orang Barat. Selain mematuhi syarat-syarat perjanjian yang ditandatangani semasa Mongkut, Chulalongkorn juga menandatangani beberapa perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat. Sebagai contoh, perjanjian dengan Jerman (1872), Perancis (1893), British (1909) dan sebagainya. Seperti Mongkut, baginda telah memberi pelbagai keistimewaan kepada orang-orang Barat. Dalam menjalankan pentadbiran, Chulalongkorn mengamalkan dasar bertolak ansur dengan kuasa-kuasa Barat. Bagi mengelakkan perbalahan dengan kuasa Barat, Chulalongkorn sanggup menyerahkan wilayah-wilayah Siam kepada mereka. Sebagai contoh, Perancis diserahkan Tongking Utara/Wilayah Sip Song Chu Thai pada tahun 1888, daerah Timur Sungai Mekong (1893), sempadan Laos-Siam (1904) dan Battambang serta Siem Reap (1907). Kepada British pula diserahkan Mongpan dan Kentung (1897) dan Negeri-negeri Melayu Utara (Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu – 1909). Walaupun tolak ansur Chulalongkorn menyebabkan Siam kehilangan 90000 batu persegi wilayahnya tetapi langkah tersebut telah menyelamatkan kemerdekaan Siam. Dalam usaha untuk mewujudkan hubungan baik dengan kuasa-kuasa Barat, Chulalongkorn telah mengadakan hubungan dengan pemimpin-pemimpin Barat, contohnya Raja William II (Jerman), Tzar Nicholas II (Rusia), Prince of Wales (England) dan Presiden Lawbet (Perancis). Selain itu, Chulalongkorn juga mengadakan lawatan ke Eropah dan baginda merupakan Raja Siam yang pertama melawat Eropah sebanyak 2 kali, iaitu tahun 1897 dan 1907. Chulalongkorn meneruskan amalan Mongkut mengambil pegawai-pegawai bagi memodenkan pentadbiran Siam. Secara umumnya, British ditugaskan dalam hal kewangan dan pentadbiran, Perancis dalam undang-undang, Jerman dalam perkhidmatan keretapi, Denmark dalam angkatan laut dan polis wilayah manakala Itali dalam kerja-kerja pembinaan. Tokoh utama yang banyak membantu Chulalongkorn melaksanakan pembaharuan di Siam ialah penasihat amnya berbangsa Belgium, iaitu Rollin Jacquemins. Bagi memodenkan pentadbiran, Chulalongkorn telah menubuhkan 2 buah majlis pada tahun 1874, untuk menasihatinya dalam pentadbiran. Majlis-majlis tersebut ialah Majlis Penasihat Tertinggi Negeri (MPTN) yang dianggotai oleh golongan bangsawan dan Majlis Penasihat Rendah Negeri (MPRN) yang dianggotai oleh pegawai kerajaan. Chulalongkorn telah berjaya mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang moden pada 1 April 1892. Struktur pentadbiran lama dihapuskan dan digantikan dengan 12 kementerian. Tiap-tiap kementerian diketuai oleh seorang menteri. Antara menterinya ialah Putera Rabi, Putera Damrong dan Putera Dewawongse. Kementerian-kementerian yang ditubuhkan ialah Kementerian Hal-Ehwal dalam Negeri, Kementerian Hal-Ehwal Luar Negeri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Keadilan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Istana, Kementerian Kerajaan Tempatan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Tanah dan Kementerian Pertanian. Mulai tahun 1892, semua hal ehwal pentadbiran diletakkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang diketuai oleh Putera Damrong. Langkah tersebut telah menamatkan autonomi daerah yang dijalankan sejak turun-temurun. Bagi memudahkan pentadbiran juga, negeri Siam telah dipecahbelahkan kepada 18 Monthons, Cangurat, Amphoe dan Tambun.

Sosial sunting

Keadilan sunting

Chulalongkorn telah berusaha untuk menyusun semula sistem keadilan Siam berdasarkan sistem keadilan Barat dengan bantuan pegawai-pegawai Perancis. Antara tokoh yang bantu Chulalongkorn memodenkan sistem keadilan Siam ialah Rollin Jacquemins Stroebell. Kementerian Keadilan telah ditubuhkan pada tahun 1892 dan diletakkan di bawah Putera Rabi. Pada tahun 1894, sistem Mahkamah Awam dan Jenayah berdasarkan sistem Mahkamah Barat mula dilaksanakan di Siam. Pada tahun 1897, sebuah Suruhanjaya telah dibentuk untuk mengkaji semula sistem keadilan Siam. Pada tahun tersebut juga, sekolah latihan peguam telah didirikan di Bangkok untuk melatih peguam-peguam Siam. Pada tahun 1904, Kod Jenayah berdasarkan Kod Jenayah Barat mula dilaksanakan di Siam. Pada tahun 1908, sebuah mahkamah yang akan melaksanakan sepenuhnya undang-undang Barat telah didirikan di salaBangkok. Tujuannya ialah untuk mendesak kuasa-kuasa Barat menghapuskan hak wilayah asingan mereka di Siam.

Pelajaran sunting

Pelajaran Barat semakin berkembang semasa pemerintahan Chulalongkorn. Pada tahun 1878, arahan telah dikeluarkan mendesak anak-anak golongan bangsawan dihantar ke istana untuk mendapat pelajaran Barat. Semasa Chulalongkorn, pelajaran Barat bukan sahaja terbuka kepada anak-anak golongan bangsawan tetapi juga anak-anak rakyat biasa, terutamanya selepas penubuhan sekolah harian sejak tahun 1884. selain itu, pelajar-pelajar Siam bukan sahaja mendapat pelajaran Barat di Siam, tetapi juga di seberang laut. Kira-kira 300 pelajar Siam dihantar ke seberang laut tiap-tiap tahun. Untuk memajukan pelajaran, Jabatan Pelajaran telah ditubuhkan pada tahun 1887 dengan bantuan pegawai pelajaran British iaitu Cangbell. Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan pada tahun 1892 dan mulai tahun tersebut, maktab-maktab latihan pengurusan didirikan. D.G.E. Hall dalam bukunya “A History of South East Asia” menegaskan perkembangan pelajaran Barat berlaku kerana terdapat 3 bentuk sekolah yang dikuasai sepenuhnya guru-guru British pada tahun 1890-an. Sekolah-sekolah tersebut ialah Maktab Raja 1878 untuk anak-anak lelaki golongan bangsawan, Sunandalaya 1883 untuk anak perempuan golongan bangsawan dan sekolah harian 1884 untuk anak lelaki kelas pertengahan.

Adat sunting

Chulalongkorn telah berusaha menghapuskan adat-adat yang dianggap boleh menghalang kemajuan Siam. Adat sujud di hadapan raja telah dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1873. Sistem buruh paksa atau corvee telah dihapuskan pada tahun 1873 dan digantikan dengan sistem buruh bergaji. Sistem penghambaan mula dihapuskan pada tahun 1874. Mulai tahun tersebut, tidak ada orang yang dilahirkan sebagai hamba. Anak-anak hamba akan jadi rakyat bebas apabila mencapai umur 21 tahun. Sistem penghambaan dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1805.

Agama sunting

Walaupun Chulalongkorn beragama Buddha, baginda bersikap liberal terhadap agama-agama lain. Baginda membenarkan penyebaran agama Kristian dan Islam. Akibatnya berlaku perkembangan agama Kristian di sekitar Bangkok dan perkembangan agama Islam di Selatan Siam.

Sistem perhubungan sunting

Sistem perhubungan semakin berkembang semasa Chulalongkorn. Banyak jalanraya, terusan dan terusan telah dibina. Jalan keretapi yang pertama dibina pada tahun 1893 untuk menghubungkan Bangkok dengan Paknam. Seterusnya dibina jalan keretapi menghubungkan Bangkok-Ayuthia pada tahun 1897, Bangkok-Korat 1900, Bangkok-Lupburi 1901. Perkhidmatan telegraf bermula pada tahun 1875 dan perkhidmatan pos serta telefon pada tahun 1881.

Kesihatan sunting

Chulalongkorn telah mengambil langkah untuk memajukan perkhidmatan kesihatan di Siam. Doktor-doktor dari Barat telah ditugaskan di klinik-klinik dan hospital-hospital yang didirikan oleh Chulalongkorn. Kementerian Kesihatan telah ditubuhkan pada tahun 1892. Sebuah sekolah latihan doctor telah didirikan di Bangkok. Seterusnya didirikan sekolah latihan perbidaan 1897 dan sekolah latihan jururawat 1898.

Penjara dan polis sunting

Chulalongkorn telah menyusun semula sistem penjara dan perkhidmatan polis. Usaha-usaha ini dijalankan dengan bantuan pegawai-pegawai British dan Jabatan Polis Imperial Myanmar dan India.

Ekonomi sunting

Ekonomi Siam berkembang maju semasa pemerintahan Chulalongkorn. Beras, gula dan kayu jati menjadi eksport utama Siam. Chulalongkorn telah berjaya mewujudkan perbendaharaan Siam yang moden dengan bantuan pegawai-pegawai British. Jabatan Kastam dan Hasil Dalam Negeri telah ditubuhkan pada tahun 1875. Kementerian Kewangan telah diwujudkan pada tahun 1892 dan mulai tahun tersebut, sistem cukai secara langsung telah dilaksanakan. Jabatan Kastam dan Hasil Dalam Negeri telah disusun semula pada tahun 1892. Pada tahun 1896, Chulalongkorn mengeluarkan arahan untuk membaiki perkhidmatan pelabuhan Siam. Sistem audit dan akaun yang teratur telah dilaksanakan dan pada tahun 1901, belanjawan Siam yang pertama berjaya dikeluarkan. Chulalongkorn menggalakkan perkembangan ekonomi moden di Siam. Bank-bank British mula didirikan antara tahun 1888-1894 dan sebuah bank Perancis didirikan pada tahun 1897. Chulalongkorn juga menggalakkan perdagangan asing di Siam. Akibatnya ramai pedagang Barat datang ke Siam dan semasa Chulalongkorn, perdagangan asing Siam dikuasai oleh pedagang-pedagang British. Chulalongkorn telah menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru untuk tanaman padi bagi tujuan eksport. Dalam usaha untuk menjayakan rancangan ini, baginda telah mengurangkan atau menggantung buat sementara cukai ke atas sawah padi, membina projek-projek pengairan serta membina jalan raya dan jalan keretapi.

Kesimpulan sunting

Chulalongkorn merupakan seorang pemerintah yang bijak dan berpandangan jauh. Baginda telah berjaya menyelamatkan kemerdekaan Siam dalam zaman imperialisme kuasa-kuasa Barat yang berlumba-lumba untuk mendapat tanah jajahan di Asia terutamanya di Asia Tenggra. Dasar buka pintu, keistimewaan-keistimewaan yang diberi dan dasar tolak ansur baginda telah mengurangkan campur tangan asing dalam hal ehwal Siam. Pemerintahan baginda selama 42 tahun (1868-1910) telah memperlihatkan pelbagai perubahan berlaku di Siam sama ada dalam politik, sosial ataupun ekonomi. Baginda dikenali sebagai “Raja Teragung dan Tercinta”. Chulalongkorn mangkat pada 23 April 1910 dan digantikan oleh puteranya Raja Vajiravudh sebagai Raja Rama VI.

Keturunan sunting

Rujukan sunting