Sejong Agung

(Dilencongkan dari Raja Sejong)

Sejong Agung (7 Mei 139718 Mei 1450, berkuasa 1418 - 1450) ialah raja keempat Korea dari Dinasti Joseon. Baginda juga merupakan seorang pakar bahasa yang telah mencipta aksara hangul untuk bahasa Korea, walaupun mendapat tentangan dari pihak cendekiawan yang telah dididik dalam cara hanja.

Sejong Agung
세종대왕
世宗大王
Raja Joseon
Pemerintahan1418–1450
Kemahkotaan18 September 1418(1418-09-18) (umur 21)
Didahului olehTaejong dari Joseon
Diikuti olehMunjong dari Joseon
Pemangku rajaTaejong dari Joseon sebagai Bekas Raja (1418–1422)
Munjong dari Joseon sebagai Putera Mahkota (1444–1450)
Keputeraan15 Mei 1397
Hanseong, Joseon[1]
Kemangkatan8 April 1450(1450-04-08) (umur 52)
Hanseong, Joseon
PermaisuriPermaisuri Soheon
AnakandaMunjong dari Joseon
Sejo dari Joseon
Nama selepas mangkat
Raja Sejong Jangheon Yeongmun Yemu Inseong Myeonghyo Agung
세종장헌영문예무인성명효대왕
世宗莊憲英文睿武仁聖明孝大王
Nama tokong
Sejong
KerabatJeonju Yi
AyahandaTaejong dari Joseon
BondaPermaisuri Wongyeong
AgamaKonfucianisme; kemudian, Buddhisme
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian SemakanSejong Daewang
McCune–ReischauerSejong Taewang
Nama lahir
Hangul
Hanja
Perumian SemakanI Do
McCune–ReischauerI To
Nama masa kecil
Hangul
Hanja
Perumian SemakanWon Jeong
McCune–ReischauerWŏn Chŏng

Sejong adalah salah satu daripada dua raja Korea yag diberi gelaran "Agung" selain Raja Gwanggaeto.

Keputeraan sunting

Sejong ialah putera ketiga kepada Raja Taejong. Apabila berumur 10 tahun, baginda menjadi Putera Utama Chungnyeong (충녕대군, 忠寧大君) dan berkahwin dengan Shim-ssi (심씨, 沈氏) yang kemudian digelar Puteri Soheon (소헌왕비, 昭憲王妃).

Pemerintahan sunting

Strategi ketenteraan sunting

Baginda juga seorang perencana ketenteraan yang berkesan. Pada bulan Mei 1419, dibawah bantuan Taejong, Sejong melakukan Ekspedisi Timur Gihae ke Tsushima untuk menghancurkan perompak Jepun yang telah menggangu dan meresahkan rakyat yang tinggal di pesisir Joseon. Dalam serangan itu, 700 perompak berjaya dibunuh tentera baginda, sementara 110 ditangkap dan 180 tentara Joseon tewas. Sebanyak 140 orang China yang diculik berhasil dilepaskan. Pada bulan September 1419 Daimyo Tsushima, Sadamori, mengisytiharkan perang ke atas Joseon.

Perjanjian Gyehae disahkan tahun 1443, dimana Daimyo Tsushima mengakui kedaulatan Raja Joseon; serta, pihak Joseon memberikan kemudahan dalam urusan perdagangan antara Korea dan Jepun kepada Wangsa Sō.[2]

Di sempadan utara, baginda mendirikan 4 buah benteng dan 6 buah pos (四郡六鎭) untuk melindungi Joseon dari serangan suku gasar di China dan Manchuria.[3] Sejong mengembangkan berbagai hasil karya dan teknologi militer seperti pengembangan meriam, senjata, panah dan roket yang menggunakan bahan bubuk mesiu.

Pada tahun 1433, Sejong mengirimkan Jeneral Kim Jong-seo (金宗瑞), untuk menyerang Jurchen. Serangan ini berhasil merebut beberapa benteng dan memperluas wilayah naungan sekitar persempadan Korea dan China pada saat ini.[4]

Pentadbiran sunting

Sejong telah menubuhkan sebuah dewan (집현전, 集賢殿, Jiphyeonjeon) pada 1420, di mana baginda mengumpul para cendekiawan dari sleuruh Korea untuk merakamkan sejarah Korea, mebuat draf untuk dokumen penting dan menghasilkan buku mengenai pelbagai topik.

Sejong juga merupakan seorang yang berperikemanusiaan disebabkan prinsip Konfusianisme Korea yang dipegangnya. Baginda pernah mengisytiharkan bahawa seseorang yang bersalah mesti menjalani sekurang-kurangnya tiga kali pusingan perbicaraan di mahkamah sebelum hakim boleh membuat keputusan. Baginda juga tidak membenarkan hukuman yang kejam seperti hukuman sebat.

Sejong juga dipercayai telah mencipta penyukat hujan, jam air dan sundial, iaitu alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari.

Penulisan dan kesusateraan sunting

Karangan-karangan Sejong juga mempunyai nilai yang tinggi. Karyanya yang terkenal termasuk Yongbi Eocheon Ga (“Nyanyian Naga Berterbang”, 1445), Seokbo Sangjeol (“Peristiwa dari kehidupan Buddha”, Julai 1447), Worin Cheon-gang Jigok (“Nyanyian Sinaran Bulan di atas Beribu Sungai”, Julai 1447), dan buku rujukan Dongguk Jeong-un (“Kamus Sebutan Tepat Cina-Korea”, September 1447).

Sejong sangat menghargai sastra, dan memerintahkan para pejabat tinggi dan ilmuwan untuk belajar di istana. Ia menciptakan karya besar hangul dan

Pembangunan abjad Hangul sunting

Jasa Raja Sejong yang paling besar ialah penciptaan abjad Hangeul, sistem abjad fonetik yang cocok untuk bahasa Korea.[5] Sebelum penggunaan hangeul meluas, hanya anggota masyarakat dari kalangan bangsawan yang boleh membaca tulisan (Hanja dasarnya dipergunakan untuk menulis kata dalam bahasa Korea dengan tulisan Cina, sedangkan sistem Hanmun ialah tulisan China klasik yang digunakan untuk menulis dokumen). Seseorang harus mempelajari sistem penulisan hanja yang sulit untuk membaca atau menulis.[6] Raja Sejong memperkenalkan 28 buah abjad baru yang diusahakan agar semua golongan rakyat dapat membaca dan menulis dengan mudah. Hangeul dianggap sebagai suatu perlambangan jatidiri budaya untuk kerajaan Joseon baginda.

Abjad hangeul diterbitkan pada tahun 1446 mengumumkannya dalam Hunminjeongeum (훈민정음, "Bunyi yang Betul untuk Pengajaran Rakyat." Walau bagimanapun, ia dilarang penggunaanya di awal abad ke-20 saat penjajahan Jepun.

Kemangkatan sunting

Sejong mangkat pada usia 53 tahun dan dimakamkan di Makam Yeong (영릉, 英陵). Pengganti Sejong ialah puteranya yang pertama, Raja Munjong.

Nama jalan Sejongno dan Pusat Pertunjukan Seni Sejong - keduanya di bandar Seoul dinamakan sempena Raja Sejong.

Paparan dalam seni dan media sunting

Paparan dalam permainan video sunting

Potret dalam nota mata wang Korea sunting

Potret baginda juga terdapat pada duit kertas Korea Selatan, 10,000 Won.[8] Sejong Agung ialah salah satu daripada enam sarjana linguistik, dengan Samuel Johnson,[9] Jacob Grimm, Wilhelm Grimm, Elias Lönnrot, dan Vuk Stefanović Karadžić dipaparkan dalam mata wang negara.

Kerabat terdekat sunting

  • Ayahanda: Raja Taejong (태종)
  • Ibunda: Permaisuri Wongyeong dari Wangsa Min Yeoheung (원경왕후 민씨)
  • Permaisuri:
  1. Permaisuri Soheon dari Wangsa Shim Cheongsong (소헌왕후 심씨)
  2. Gundik Yeong dari Wangsa Kang (영빈 강씨)
  3. Gundik Shin dari Wangsa Kim (신빈 김씨)
  4. Gundik Hye dari Wangsa Yang (혜빈 양씨)
  5. Park Gwi-in (귀인 박씨)
  6. Choi Gwi-in (귀인 최씨)
  7. Hong So-yong (소용 홍씨)
  8. Lee Suk-won (숙원 이씨)
  9. Song Sang-chim (상침 송씨)
  10. Cha Sa-gi (사기 차씨)
  • Keturunan:
  1. Putera Mahkota Kerajaan, putera pertama dari Permaisuri Soheon.
  2. Putera Besar Suyang (수양대군), putera kedua dari Permaisuri Soheon.
  3. Putera Anpyeong (안평대군), putera ketiga dari Permaisuri Soheon.
  4. Putera Imyeong (임영대군), putera keempat dari Permaisuri Soheon.
  5. Putera Gwangpyeong (광평대군), putera kelima dari Permaisuri Soheon.
  6. Putera Geumseong (금성대군), putera keenam dari Permaisuri Soheon.
  7. Putera Pyeongwon (평원대군), putera ketujuh dari Permaisuri Soheon.
  8. Putera Yeongeung (영응대군), putera kedelapan dari Permaisuri Soheon.
  9. Putera Hwaui (화의군), putera satu-satunya dari Gundik Yeong.
  10. Putera Gyeyang (계양군), putera pertama dari Gundik Shin.
  11. Putera Uichang (의창군), putera kedua dari Gundik Shin.
  12. Putera Milseong (밀성군), putera ketiga dari Gundik Shin.
  13. Putera Ikhyang (익현군), putera keempat dari Gundik Shin.
  14. Putera Yeonghae (영해군), putera kelima dari Gundik Shin.
  15. Putera Damyang (담양군), putera keenam dari Gundik Shin.
  16. Putera Hannam (한남군), putera pertama dari Gundik Hye.
  17. Putera Suchun (수춘군), putera kedua dari Gundik Hye.
  18. Putera Yeongpung (영풍군), putera ketiga dari Gundik Hye.
  19. Puteri Jeongso (정소공주), puteri pertama dari Permaisuri Soheon.
  20. Puteri Jeongui (정의공주), puteri kedua dari Permaisuri Soheon.
  21. Dua orang Puteri dari Gundik Shin.
  22. Puteri Jeongan (정안옹주), puteri tunggal dari Gundik Lee Suk-won.
  23. Puteri Jeonghyeon (정현옹주), Puteri tunggal dari Gundik Sang-chim.
  24. Puteri dari Gundik Cha Sa-gi.
Didahului oleh
Taejong
Raja-raja Korea
(Dinasti Joseon)
1418–1450
Diikuti oleh:
Munjong

Rujukan sunting

  1. ^ di Bilik JoonSoo(준수방; 俊秀坊)
  2. ^ (Korea)계해조약 Diarkibkan 2009-01-14 di Wayback Machine
  3. ^ <<책한권으로 읽는 세종대왕실록>>(Learning Sejong Silok in one book) ISBN 10 - 890107754X
  4. ^ <<책한권으로 읽는 세종대왕실록>>(Learning Sejong Silok in one book) ISBN 10 - 890107754X
  5. ^ Kim Jeong Su(1990), <<한글의 역사와 미래>>(History and Future of Hangul) ISBN 10 - 8930107230
  6. ^ Hunmin Jeongeum Haerye, postface of Jeong Inji, p. 27a, translation from Gari K. Ledyard, The Korean Language Reform of 1446, p. 258
  7. ^ "The King Sejong Station - Liquipedia - The StarCraft II Encyclopedia". Wiki.teamliquid.net. Dicapai pada 2016-02-22.
  8. ^ (Korea)Tourguide - Tomb of Sejong the Great
  9. ^ "Language Log » More linguistic numismatics". Languagelog.ldc.upenn.edu. Dicapai pada 2016-02-22.

Bacaan selanjutnya sunting

  • (Inggeris) King Sejong the Great: the Light of Fifteenth Century Korea, Young-Key Kim-Renaud, International Circle of Korean Linguistics, 1992, softcover, 119 pages, ISBN 1-882177-00-2

Pautan luar sunting