Raja Sulaiman (Mangkat di Ligor)

Raja Sulaiman ialah putera kepada Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah (Marhum Durian Sebatang) dan Raja Sharifah Ngah Aminah binti Raja Alang Rawin. Sekarang,[bila?] Ligor dinamakan Nakhon Sitammarat. Di Ligor, beliau juga dikenali dengan nama Tengku Sulaiman atau Ku Man. Beliau juga merupakan adinda kepada Paduka Seri Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah (1) serta kekanda kepada Raja Pandak Abdul Rahman dan Raja Budak Rasul (puteri).

Raja Sulaiman pernah menjadi Raja Muda Perak dalam usia sembilan tahun, semasa zaman pemerintahan ayahandanya, Sultan Abdullah Muhammad Shah, kesultanan Perak ke-22, Sultan Ali (Sultan 24), Sultan Ismail, anak kepada Raja Budak Rasul (S 25), Sultan Abdullah Marhum Habibullah (S 26) dan zaman kerajaan kekanda beliau, Sultan Yusuf Sharifuddin (S 27). Beliau mangkat di Ligor pada 1980 dan meninggalkan beberapa orang anak hasil perkahwinan beliau bersama Tengku Putih Aishah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah III (Sultan Kedah). Antaranya ialah Raja Haji Daeng, Raja Habibah, Raja(Haji) Abdul Rahman, Tengku Long Putih, Tengku Esau(Esah) Ku Ngah, Tengku Jahara (-Ku Jah), dan Tengku Chik. Di Ligor Tengku Putih Aishah lebih dikenali dengan nama Tengku Long Aishah dan beliau ialah adinda kepada Sultan Abdul Hamid, Sultan Kedah.

Pada tahun 1881, Raja Sulaiman sebagai Raja Muda Perak, telah dititah oleh kekanda beliau Sultan Yusuf Sharifuddin untuk mewakili Baginda menghadiri hari pertabalan Sultan Zainal Rashid selepas kemangkatan Sultan Kedah Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah III. Di hari pertabalan tersebut, Raja Sulaiman, isteri beliau Tengku Putih Aishah, anak Raja-raja Kedah, serta Sultan Zainal Rashid telah ditangkap beramai-ramai oleh tentera Siam, yang telah bertapak di Kedah selama lebih enam bulan. Tengku Luang (Long Jahtera) Jahara (kekanda Tengku Putih Aisiah) dengan suaminya Raja Daud, putera raja Selangor sempat melarikan diri ke Perak. Kesemua orang yang disebut di atas telah dibawa ke Ligor. Perjalanan kaki ini mengambil masa lebih kurang enam bulan untuk sampai ke Ligor. Mereka tidak dipenjarakan tetapi telah ditetapkan di tengah kawasan 'Ligor' yang sekarang dinamakan Kampung Melayu di Nakhon Sitammarat. Ketika itu Ligor merupakan kawasan tentera yang terbesar di selatan Siam. Sultan Zainal Rashid mangkat dan dikebumikan di 'Ligor', kemudian disemadikan di Alor Setar, Kedah, Raja Daud telah dikebumikan di tepi Sungai Perak, di Kampung Menora, Kuala Kangsar Perak. Tengku Luang Jahara telah berhijrah ke Mekah dan dikebumikan di Mekah.

Rujukan sunting