Raja Syahiran
Raja Syahiran bin Raja Azhanrianshah (lahir 22 Julai 1993) ialah seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia dan merupakan suami kepada pelakon, Uyaina Arshad.
Raja Syahiran | |
---|---|
Kelahiran | Raja Syahiran bin Raja Azhanrianshah 22 Julai 1993 |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Perniagaan |
Pusat pendidikan | Management & Science University (MSU) |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 2012–kini |
Pasangan | Uyaina Arshad (k. 2021) |
Anak-anak | 2 |
Kerjaya
suntingPada usia 18 tahun, Raja Syahiran mula mendapat perhatian dalam industri seni apabila beliau memenangi pertandingan Pencarian Bakat JoHaRa anjuran stesen radio ERA fm pada 2012.[1]
Sebagai penyanyi, beliau pernah merakamkan beberapa single, antaranya ialah "Biarkan Aku", "If I Could Go Back", "It's A Trap" dan sebuah lagu duet bersama Fimie Don, "Jangan Panggil".[1][2]
Sebagai pelakon, Raja Syahiran pernah berlakon dalam telefilem Hey Orang Kita (2016) arahan Zara Khan yang berkisarkan tentang jerih perih empat anak muda mengharungi liku kehidupan di ibu kota. Ia turut dibintangi oleh Christia Palencia, Talitha Tan dan Takahara Suiko.[1]
Pada tahun 2020, beliau menjadi salah seorang peserta rancangan realiti Dansa Dan Sing.
Kehidupan peribadi
suntingRaja Syahiran dilahirkan dan dibesarkan di Subang Jaya, Selangor. Beliau ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Perniagaan di Management & Science University (MSU).[1]
Beliau berkahwin dengan pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad dengan sekali lafaz pada 20 Disember 2021.[3][4] Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Raja Urhan yang dilahirkan pada 8 September 2022.[5]
Diskografi
suntingTajuk | Tahun |
---|---|
"Biarkan Aku" | 2015 |
"If I Could Go Back" | 2017 |
"It's A Trap" | 2018 |
"Jangan Panggil" (duet bersama Fimie Don) | 2019 |
"Hingga Akhir Waktu" | 2021 |
Filemografi
suntingDrama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin | Yusri | TV3 | Drama pertama |
2022 | Kau Cipta Kasih | Faisal |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2016 | Hey Orang Kita | Astro First Eksklusif | |
2020 | Ada Yang Ngikut | Bakhtiar | Astro Citra |
Bercinta Dengan Jin | Izwan | ||
2021 | 44 Hari Bangkitnya Pocong |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020 | Dansa Dan Sing | Peserta | Astro Ria | |
2022 | Romantika Raya | Dirinya sendiri | bersama suaminya | |
2023 | Family Feud Malaysia | bersama suami dan keluarganya (Episod 1) |
Rujukan
sunting- ^ a b c d Ahmad Shah (13 Mei 2016). "Raja Syahiran Mahu Fokus Dalam Bidang Lakonan". Astro Gempak. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
- ^ "Raja Syahiran Terkejut Lagu It's A Trap Tembus Pasaran Antarabangsa". XTRA. 18 Disember 2018. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
- ^ Siti Athirah Dzulkifly (21 Disember 2021). "Uyaina Arshad dan Raja Syahiran selamat bergelar suami isteri". Utusan Malaysia. Dicapai pada 28 Disember 2021.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (21 Disember 2021). "Raja Syahiran, Uyaina sah suami isteri". Berita Harian. Dicapai pada 28 Disember 2021.
- ^ Nur Emira Saizali (9 September 2022). "Uyaina Arshad selamat lahirkan bayi lelaki". Kosmo!. Dicapai pada 12 September 2022.