Raja Temenggung Muar

Raja Temenggung Muar ialah pemerintah wilayah Muar yang berada di bawah kekuasaan Kesultanan Johor-Riau-Lingga-Pahang. Raja Temenggung Muar telah diberikan autonomi oleh Sultan Johor dalam menjalankan roda pemerintahan Muar.

Muar adalah anugerah daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Shah kepada Dato' Pasir Diraja atau nama sebenarnya Sayyid Jaafar sebagai hadiah maskahwin kerana Sultan Ibrahim mengahwini adinda Dato' Pasir Diraja Sayyid Jaafar yang bergelar Marhum Bakal yang kelak melahirkan Sultan Mahmud Shah II atau Marhum Mangkat Dijulang. Keturunan beliau terus memerintah Muar sehingga zaman pemerintahan Maharaja (Sultan) Abu Bakar.

Penguasaan Temenggung Di MuarSunting

Menurut Newbold, seorang kapten Inggeris, daerah Muar menurutnya terdapat kampung-kampung seperti berikut:

  • Bekok
  • Langkat
  • Gersik
  • Ring
  • Pagoh
  • Pengkalan Kota yang juga tempat kediaman Temenggung Muar

Newbold juga mencatatkan bahawa terdapat lapan orang penghulu di bawahnya iaitu empat di hulu (Penghulu Besar, Penghulu Tanjung, Penghulu Dagang dan Penghulu Mungkal) dan empat di hilir (Penghulu Gersik, Penghulu Bukit Raya, Penghulu Liang Batu dan Penghulu Ring)

Pemerintah MuarSunting

  • Sa' Akar Diraja, Temenggung I
  • Sa' Amar Diraja, Temenggung II
  • Engku Burok, Temenggung III
  • Engku Konit @ Sonet, Temenggung IV
  • Engku Said, Temenggung V
  • Engku Ismail, Temenggung VI
  • Engku Muhammad Saleh, Temenggung VII
  • Engku @ Wan Abdul Rahman, Temenggung terakhir Muar

Penyerahan MuarSunting

Muar telah diserahkan oleh waris-waris Sultan Ali Iskandar Shah, Yang Dipertuan Kesang kepada Temenggung Johor yang disokong oleh British pada 1877. Pada tahun 1879, waris-waris Raja Temenggung Muar bersetuju untuk menyerahkan kuasa pemerintahan di Muar kepada Maharaja Abu Bakar (kemudian Sultan) dengan syarat mereka diberi pencen selama-lamanya. Keturunan Temenggung Muar masih menerima pencen sehingga hari ini.

Pautan luarSunting

Lihat jugaSunting